Wednesday, April 22, 2009

Tentang Setia. Bukan Si-Dia.


Entry kali ni ada gaya macam nak emosi sedikit. Kalam dari dalam. :)

Baru je borak dengan seorang sahabat jauh nun di malaysia, dia cerita tentang housemate dia yang masih in contact dengan crush dia yang dah pun jadi suami orang sekarang. KEBETULAN yang amat, ana kenal semua watak-watak yang terlibat. Baik dr housemate kawan ana tu, lelaki (crush) tu dan juga isteri dia.

Lelaki tu, ana buh nama Ahmad lah.Senang.
Isteri dia, ana guna Kak Min. Boleh?
And Housemate kawan ana tu, ana guna Su.

About Ahmad (bukan nama sebenar) :
Senior ana di sekolah menengah dulu..
Baik.Bagus.Pemimpin.Contoh.

(haa...dia ni friendly dengan semua orang.Ramai je yang sangkut dengan dia ni.And dia ni pun suka nak sangkut-sangkut dengan orang jugak. Hampeh)


Kak Min
pula.

Baik.Sopan santun.Bakal Doc insyaAllah.Manis.Alim. Perfect.

and nak tambah sikit... Doesn't deserve to be treated like what im about to share.


Su
.
Dia housemate kawan ana.Tu je ana boleh cerita. :)

Okay..and the story goes. Ill go straight to the point lah ya.

Ahmad jumpa Kak Min.

Ahmad jatuh cinta sama Kak Min.
Mereka Bertunang.

Waktu dalam tempoh bertunang.Ahmad kenal Su.Mereka contact2.
Mungkin..Mungkin, secara tak sengaja, ahmad TERsuka juga sama si SU.
Su tidak tahu yang Ahmad dan Kak Min dah bertunang.
Su layan Ahmad.

Namun,Ahmad cuba setia dengan Kak Min, Dia menikahi Kak Min.

Tapi...Ahmad dan Su masih in contact.

Hari pertama selepas nikah. Su dan Ahmad contact. Ahmad nak jumpa Su.

(*dalam hati saya... APAHHALL??*)

Dan ceritanya tentang Ahmad masih contact-contact Su tanpa pengetahuan Kak Min ini masih berterusan sampailah kini.

Kadangkala lewat malam pun si Ahmad masih boleh nak sms Su. dan Su pun boleh nak layan.


Ceritanya panjang,ana cerita apa yang penting jelah tu.
Nampak basic je.

Tapi... bila perkara ni jadi pada orang-orang yang kita kenali.
Rasa perit tu kuat sikit.


Pertama,
Tak Adil.Tak Setia.
Ahmad masih meluaskan lagi contacts wanitanya bilamana keperluan tu dah boleh serah pada Kak Min je.Kan dah bertunang.Dah serious.
Ada kenalan wanita,Sekurang-kurangnya biarlah Kak Min tahu siapa, dan apa-apa hal..contact melalui Kak Min je kan boleh?.
Okay, Kalau nak perluas network sekalipun, biar atas urusan-urusan yang penting lah.
Dan kalau urusan tu dah penting,TOLONG AVOID perbincangan yang TAK PERLU. Pasal, perbincangan yang TAK PERLU tu lah yang akan membawa kepada 'Macam-Macam HAL yang merepek'.


Ahmad salah.Su pun salah dalam hal ni.

Enough of the story.
Harap dapat sampai pengajarannya.


Pesanan ana.
Setialah dalam hubungan. Berlaku Adil lah. Jika kata nak 'Jaga' hubungan. JAGA betul-betul.Jaga dan kawal diri sendiri dan dari situ insyaALLAH hubungan itu pun boleh terjaga. Apa yang kita tidak mahu diperlaku, kita jangan buat dulu. Dalam hal ni, kalau kita tak mahu diperlaku curang, kita janganlah curang. Tak mahu isteri contact lelaki lain, si suami janganlah contact perempuan lain. Rulesnya simple je, tinggal buat tak buat je.

****
Bagi ana,
Love is about giving and appreciating.
But we tend to expect more than what we give.
and seldom we appreciate what we receive.

Bagi ana,
Love is Sincerity.
Love is Tranquility.
Because with sincerity, we feel safe.We feel secured.
Isn't that peace?

dan bagi ana..
Love should never be taken for granted.

***

Sayang manusia, Biar matlamat dan caranya betul.Tidak sekadar mahu disayangi dan mahu menyayangi.Tapi,Sayangilah seseorang tu kerana ALLAH,dan kerana AgamaNya. InsyaAllah...Allah pelihara.


(o_O) NuMb~

Wednesday, April 15, 2009

Merpati jingga terbang tinggi.

Tajuk yang takde kene mengena dengan isi.

Bismillah.

Terpanggil untuk menulis sedikit input yang dapat dari tazkirah ringkas lepas maghrib tadi.
Adab dengan anggota sendiri, sekaligus menjadi adab dengan diri sendiri.

Perlu kita beradab dengan mata kita.
Agar tidak melihat perkara-perkara yang 'huduh'.
Gambar-gambar di magazines/buku, bahan bacaannya juga.
Samalah, perlu menundukkan pandangan.
Agar yang perempuan jangan seronok sangat tengok (atau bhs kininya, Usha) lelaki,
dan yang lelaki jangan asyik sangat tonton perempuan, lagi-lagi yang comei2 tu. (HEP!!)
Beragak-agaklah!



Perlu kita beradab dengan telinga kita.
Agar tidak mendengar perkara-perkara yang 'jahat'.
Baik ianya berbentuk helwa telinga, kata-kata orang atau perbualan bebas.

Perlu juga kita beradap dengan mulut.
Agar tidak berkata-kata yang 'busuk'.
Boleh jadi mengumpat,mengata dan boleh jadi juga berbincang tentang perkara yang 'tidak perlu'.

Kenapa??
Kerana perkara-perkara yang 'huduh', 'jahat','busuk' dan yang 'tidak perlu' ini semua lah yang akan menjadi isi fikiran kita.
Dan fikiran-fikiran yang tidak cantik, tidak indah dan kotor akan membawa kepada Hati yang Kotor. Hati yang kotor akan membawa kepada Akhlak yang hodoh dan, bila akhlak dah hodoh, pandangan orang pada kita pun...???? Kalau begitu sudah pandangan manusia pada kita, bagaimana pula agaknya pandangan ALLAH? Kita jawab nafsi-nafsi...
Jadi, berpada-padalah dengan diri sendiri. JAGA diri baik-baik, ya? InsyaALLAH. Semua...Boleh!


(^_^)' Nisa Ali.

Tuesday, April 14, 2009

Pregnant dah ana ni haa.

Alhamdulillah,
Rezeqi dan anugerah dari Allah,
Ana diberi peluang untuk mengandung buat julung-julung kalinya.
Pada mulanya, waktu ana diberitahu tentang berita besar ni rasa macam nak terduduk (dah memang tgh duduk pun waktu dapat berita tu.Jadi,patut rasa nak berdiri la kan?).
Macam nak menangis pun ada.
Tapi, atas sokongan dan dorongan orang-orang tertentu. Ana sahut. Ana tahu, ana boleh bawa beban ni. InsyaALLAH.
Dengan hati terbuka, Ana rela untuk mengandungi bantal yang diikat pada perut demi menjayakan programme MKKI (Malam Keseniaan dan Kebudayaan Islam), acara Runway Busana Muslimah. Ana masuk kategori Dewasa...dan kene mengandung. HAHAHAHA!

Real tak? HAHA! Cayalah Nisa!

^__^

Saturday, April 11, 2009

Seni kehidupan


Sebelum lelap ini, aku menyempatkan diri untuk menoleh sejenak kebelakang.
Kutatap sebentang kain kehidupanku yang penuh dengan warna.
Aku cuba amati corak-corak yang terukir bersama tema warna-warni hari ini.

~

Siangnya aku gembira.
Malamnya aku berduka.

~

Satu demi satu kisah aku imbaskan dalam kotak fikiranku.
Sekejap tersenyum, sejenak kemudian aku tertawa.
Dan ada juga kisah yang mampu menitiskan air mata.

Aku terdiam.
Memikirkan apakah natijah dan apakah sebenarnya yang menantiku dihujung hari...
Aku tidak tahu.

Yang aku yakin,Hidup ini akan terus menjumpakanku dengan pelbagai lagi ujian.
Ntah ujian yang bagaimana, tapi aku harus bersedia.
Terkadang rasa seperti mahu terbang.Cari Tuhan.
Adakala aku seperti mempersoalkan mengapa ujian yang sebegini...
Kemudian aku teringat, Ya. Allah menguji orang-orang yang DIA sayang.
Ujian adalah tarbiyah dari Allah.
Bukan Dia menghukum,sebaliknya Dia menyokong.
Kaki-kaki lemah yang longlai tak mampu berdiri teguh ini, DIAlah yang sokong biar tegak.

Dan...
Nama aku Pejuang. Dalam genggamanku ada Semangat,ada Kuat.
Demi itu, aku tidak mampu untuk jatuh dan terus duduk terjelupuk sekarang.
Biarpun perlu perlahan menapak, aku mesti terus bergerak.

Ya ALLAH, demi langkah-langkah ini yang ingin menuju padaMu, aku minta jangan sekali diri ini terlepas dari BimbinganMu.
Perindahkanlah warna-warna hidupku dengan wujudnya rasa manis beriman padaMu, Ya ALLAH.

Anisah Ali, terus melangkah.

Rebutlah Hati Suamimu.

Bismillahi Ar-Rahmani Ar-Raheem.

Ana tengah browse internet tadi sampailah terbenti, terbaca satu artikel ni. Tak cari pun,tapi dijumpakan. Fahamkan maksud ana?

Artikel biasa je, tapi insyaALLAH banyak boleh beri manfaat pada kita-kita yang bakal bergelar 'isteri' ni. ( tak kiralah bila, tapi InsyaALLAH semua bakal kan? :D )

ni link blognya : Berita Akbar - Rebutlah Hati Suamimu

***


Istri yang bijak adalah istri yang dapat mengerti dan memahami kewajiban yang harus dilakukannya. Memahami bahwa mentaati suami merupakan salah satu kewajibannya. Dan bahwa mentaati suami dalam perkara yang bukan maksiat merupakan penyebab ia masuk ke dalam jannah.

Rasulullooh Shololloohi ‘alahi wassallaam telah bersabda:“Apabila seorang wanita telah mengerjakan sholat lima waktu, puasa bulan ramadhon, menjaga kemaluannya, mentaati suaminya, maka akan dikatakan kepadanya: “Masuklah jannah dari pintu manapun yang engkau suka”. (Shahih Al-Jami’ Al Kabir)

Ketahuilah, kewajiban utama seorang istri terhadap suaminya adalah mentaatinya dalam perkara-perkara yang bukan maksiat dan tidak menyeret kepada mudhorat. Ketaatan istri ini akan memberikan pengaruh yang amat besar dalam menciptakan suasana keluarga yang harmonis. Dalam hadits tentang kisah delegasi kaum wanita, mereka menyebutkan tentang pahala yang diperoleh para lelaki dengan jihad, kemudian mereka bertanya, “Bagaimana kami dapat memperoleh keutamaan seperti demikian?”

Maka Rasulullooh Shololloohi ‘alahi wassallaam bersabda: “Sampaikan kepada para wanita yang kalian jumpai bahwa mentaati suami dan menunaikan hak-haknya dapat menyamai semua keutamaan itu…” (HR. Al-Bazaar dan Ath-Thobrani)

Kewajiban kepada suami bukan berarti menihilkan kepribadianmu sebagai wanita. Bukan berarti hegemoni kaum lelaki terhadap wanita dan bukan pula berarti kehidupan rumah tangga menjadi ajang pertempuran, penentangan dan membuat keras kepala. Namun, merupakan kehidupan yang mana kesantunan menjadi ciri utamanya.

Sesungguhnya ketaatan istri kepada suaminya secara ma’ruf dan kecintaannya kepada suaminya bisa mengangkat kedudukannya di sisi Allooh dan mendatangkan kebahagiaan dan ketenangan baginya. Dan suaminya juga akan mentaatinya dan menuruti keinginannya yang syar’i. Dalam sebuah mutiara-mutiara hikmah, disebutkan: “Sebaik-baik istri adalah yang ta’at, mencintai, bijak, subur lagi penyayang, pendek lisan (tak cerewet) dan mudah diatur.”

Suami akan sangat gembira ketika mendapatkan istrinya segera mentaatinya, tidak bermalas-malasan dalam menunaikan apa yang dikehendakinya, bahkan terkadang sampai pada taraf kedua-duanya memahami apa yang diingini oleh pasangannya, ia tidak perlu memikirkannya sebelum menyebutkannya.

Itu berarti engkau benar-benar mengharapkan ridha suamimu dan berusaha untuk meraihnya. Dan juga berarti engkau mengetahui jalan menuju jannah.

Rasulullooh Shololloohi ‘alahi wassallaam bersabda:“siapa saja wanita yang meninggal sementara suaminya ridho terhadapnya maka ia pasti masuk jannah.” (HR. Ibnu Majah dan Al-Hakim)

Kita usahakan.InsyaAllah. :)

Anisah Ali

Thursday, April 9, 2009

TAGGED you're it!!

Salam.

Panjang umur bendealah 'TAG' ni, baru terfikir pasal 'tag' dah terkena.
Ni semua angkara mawah yang comel. Rindu MAWAH!! Rindu JoRdaN!!

1) Anda rasa anda HOT?
Jwp : Ye! (HAhaha..Confident!!). Nak HOT yang mana? Hot = Marah ke, Hot yang lagisatu tu?
Saya Hot & Spicy. Boleh?

2) Upload gambar kegemaran anda.
...... Loading .........

3) Kenapa anda suka gambar ni?
Jwp : Kerana... Saya tidak pernah (ni ape skema jaja ni?).
Sebab ana & adik ana bukan senang nak main cium2 ni, apatah lagi nak masuk gambar adegan2 begini. Sekali bila dapat... SUKA lah! Haha. Rindu adik ana ni sebenarnya.

4) Bila kali terakhir makan pizza?
Jwp : Baruu je tadi. Siang tadi di cafe Tibb Asnan (Dentistry department punya cafe). Ana makan pizza tuna dengan Teh susu tak tarik. Batuk-batuk ni elok minum teh. (ni dah bercerita dah ni..melampHaaaau)

5) Lagu terakhir yang anda dengar?
Jwp : Memandangkan playlist ana masih memutarkan lagu-lagu,jadi ana menjawaaab... lagu terakhir ana adalaaah.. *Kejap ana cek, sekarang lagu hmm..ok, sebelum ni tadi, lagu.... Raihan, Berilah Harapan.

6) Apa yang anda buat selain dari menyelesaikan tag ni?
Borak dgn orang istimewa.Dia dah ngantuk, tapi degil taknak tidur. Itulah dia cik Siti Istimewa kita.

7) Selain nama sendiri, anda suka dipanggil dengan nama apa?
Jwp: Doctor / Dukturah

8) Tag lagi 6 orang?

Hammik.

- Marwah semula (hahaha.)

1- Alia Azlan
2- Angah (Aisha Muhammad)
3- Pya Papaya (Sofea)
4- Epul (Saiful Islam)
5- Shasha (Shareez)
6- Yaya (Zakiah)

9) Siapa no.1 pada anda?
Jwp : Dia Kawan Baik Saya yang SGT AMAT saya Hargai kehadirannya dalam hidup saya. Dan saya bersyukur kerana ALLAH hadiahkan saya dia sebagai sahabat saya. :)

10) Orang no.3 ada hubungan dengan sesiapa?
Jwp : Ada! Dgn saya! hubungan kekeluargaan. :P (takkan nak bukak MELODI pulak kat sini..haiih..pandai2lah cover. :P)

11) Kata sesuatu tentang org no.5?
Jwp : Shasha ni. Dia seseorang bukan sesuatu.Pada suatu hari.. dia berjalan-jalan di hadapan bibliotheca Alexandria...kemudian, dia .. dia.... dia buat sesuatu. Sesuatu yang BEST. HAHAHAHAHA! Shasha ni Best. :)

12) Bagaimanapula org no.4?
Jwp : a.n.u.g.e.r.a.h. :)

13) Pesanan kepada orang no.6 dan no. 2 ?
Jwp : Buaaaattt Tag ni!!! Takpeduli. Pesanan: Saya tag pasal saya kisah. (boleh?)

HaBis.

Tuesday, April 7, 2009

O Mak Ali !!

Cik Pidah tertumpahkan caramel atas carpet, lantas dia Termelatah,

O Ma'alish!! (mak alish - cara dia sebut)

Aku pun,

'O Mak Aku' ke 'O Mak alish'?

Fida,

'O Mak Ali' !!

Aku,

Eh.. 'O Mak Ali' ? Tu NENEK AKU!!

-------

Ma'alish (Bahasa Arab Pasar) = Sorry

Sunday, April 5, 2009

Sadly screaming in silence.


If silence is Golden, i guess im making a lot of GOLD (moneyhh) by now.

It had been 3 days now that ive lost my voice.

Can't talk. I even struggle whispering.

My sore throat is getting worse by the day.

Coughing like a mad cow already and at times i had to run to the toilet to vomit.
Im making it sound terrible aren't i?
It is... It IS terrible.

I can't sleep due to this continuous coughing.
My chest really hurts when i cough, especially during the nights when i sleep.

I can't cry for help because practically i CAN'T (no voice).
So,If i ask them to help,they can only rub my back, bring me medicines and even so, that can't make me sleep let alone taking the pain away.

The only thing i was and i AM left to do is just to Call Allah for help and ask Him to Help cure this pain or at Least, God, At Least ReDUCe this pain..

** i just ran to and got back from the toilet... to vomit out Nothing.**

Got nothing to vomit.
Had been filling my hungry tummy with water and a slice or two of soaked bread. I Can't swallow solids as it will only make this sore throat worse.
I'm still okay with that, InsyaALLAH.
Only that i do feel tired and very weak. No energy.
But its okay.

I have to be patient.
Need to be patient.

O Allah, i seek your help.... Be With me, Help me go through this with a Very Strong Heart.

Thank You people for your concern.

As-alullah an yuwaffiqokum ila Khoiri dunyakum wa aakhirotikum wama YuhibbuHU wa YardhoHU.

Saturday, April 4, 2009

Kapten Tarbiyah

Ustaz Amal merasmikan Programme Bahasa Arab.

" Ya Munal Ummah, saya selalu gagal hantar mesej pada Mujahidah Anisah.Tolong bg tau dia hantar mesej kat no saya ni.Syukron! "

Isi mesej Ustaz Amal kepada Munawarah, sahabat MTAZ ana yang sekarang di Kaherah.

Bagai datang semangat baru bila warah fwd mesej ustaz amal tu pada ana tadi. Walaupun mesej tu takde isi apa-apa pun, tapi cukup gelaran 'Mujahidah Anisah' dari ustaz Amal tu dah mampu memberi semangat pada diri yang terasa bagai kehilangan kekuatan ini.

Ustaz Amal memang suka bagi gelaran pada anak-anak murid dia. Dan ana yakin, gelaran-gelaran itu menjadi doa dan dorongan buat kami.

Ana suka cara Ustaz Amal mentarbiyah kami anak-anak murid dia. Dia tak pernah memaksa, tapi dia banyak mendorong. Jika kami buat silap, dia akan cuba elak dari guna perkataan 'itu salah' dan dia akan ajar kami alternatif yang lebih baik. Dia tak pernah marah, tapi banyak menasihat. Dan dia, Ustaz Amal tak pernah gagal menjadi sumber kekuatan kami. Setiap pesanan dan nasihat yang dia bagi akan hanya menaikkan lagi semangat kami.
Selalu pesan agar kami menjadi permata-permata agama yang tegak menjulang panji-panji islam.
Selalu mendorong kami menjadi pejuang-pejuang Allah.Jihad tidak semestinya di medan perang. Peranan kami besar sebagai ibu-ibu dan isteri-isteri kelak.Harus tertarbiyah.
Selalu memberi semangat kepada kami menjadi wanita-wanita hebat dan bijaksana.Harus mahir Bahasa Arab, kerana itu aset penting seorang muslim lagi-lagi hamalatul Quran.

Ana teringat dulu di MTAZ. Ana selalu kene panggil dengan ustaz Amal waktu qailulah. Waktu semua orang masuk dorm masing-masing untuk berehat,ana seorang je kena panggil. Kata ustaz Amal, Ijtihad Seorang Mujahidah, korbankan masa rehat untuk ilmu. Setiap hari tanpa gagal, ustaz Amal akan panggil ana untuk buat sinopsis ringkas dari madah yang dia baru ajar.Selalunya Seerah Nabawiyah. Kami belajar guna kitab arab, silibus YIK. Jadi, sinopsis yang ana kene buat pun LA BUDDA, kene bahasa arab juga lah. Selagi ana tak syarah, selagi itulah Ust Amal takkan balik, dan ana takkan dapat masuk tidur. Demi Qailulah, ana buatlah..eh??? silap2.. Demi Cinta pada Bahasa Arab dan Islam, ana buatlah. :P

Ustaz Amal lah yang mula-mula suntik semangat jihad dalam diri ni. Dia jugalah antara sebab wujudnya Cinta ini pada Lughoh Ahlul jannah, Bahasa Quran..Bahasa Arab.
Terlalu banyak yang ana dapat dari ustaz Amal. Dan banyak juga yang dia harapkan dari ana dan antara harapannya adalah untuk ana menjadi seorang Pendakwah.

InsyaALLAH, selagi harapan-harapannya membawa ana kepada Sang pencipta, selagi itu ana genggam harapannya.Menjadi janji buat diri ini.

***
Narju al-fauzal 'azeem liljami', dan kemenangan teragung itu adalah masuk syurga dan terhindar dari neraka.

Rabbuna Yusahhilkum.

Kami untukMu.

Wednesday, April 1, 2009

Seribu jiwa satu matlamat.

Perut lapar.(rindu kari masakan sendiri)
Sejuk. (comforter (lihaf) ada, tapi malas nak sepahkan katil)
Buku Biochem terbuka, memanggil-manggil suruh dibelek. (macamana diri ni nak tumpu membaca bila fikiran ni di tempat lain?)

Abaikan 3 perkara tu, ana menaip.
Nak cerita tentang lecture yang seronok semalam.

Subject Pathology.
Topic, cell injury (kecederaan sel).

Setiap sel yang dijangkiti kuman atau bakteria akan mengalami radang atau dalam englishnya, Inflammation.
Sel-sel ini akan membengkak dan akan mengalami pelbagai perubahan physiologi.
Si pesakit akan merasa sakit,gatal-gatal dan permukaan yang mengalami radang tersebut akan berasa panas dan menunjukkan warna kemerah-merahan.Selalunya boleh ada pus atau nanah.
Tapi jangan risau tuan-tuan dan puan-puan, kecederaan sel yang tidak severe pastinya boleh sembuh.
Maha Besar ALLAH yang IlmuNya tidak terjangkau akal fikiran kita,telah menciptakan sel-sel dalam tubuh badan kita mempunyai mekanisme pemulihan.Dimana sel-sel yang rosak akan digantikan dengan sel-sel yang baru.

Dan, waktu ni lah yang best.
Dukturah gunakan analogi Israel-Muslim waktu perang Gaza untuk menjelaskan tentang mekanisme Cell Resolution (pembaikpulihan sel-sel rosak).

Just like in Ghazzah, many people die but new fighters(babies) are born!
* Walaupun sel-sel banyak yang akan rosak dan mati, tapi akan terus ada production of new cells.*

Even If the Israelis keep attacking, the city will become destroyed.And for every attacks the Israeli shall launch, Ghazzah will keep on fighting until there shall be nomore Israelis!
* Kalau bakteria terus menyerang, site of infection akan menjadi teruk dan rosak.Kerana itu,Maha Besar Allah atas keagungan ciptaanNya,telah mempersiapkan badan kita dengan pathogen-pathogen yang akan menyerang dan membunuh bakteria-bakteria tersebut.*

Waktu tu,rasa macam nak bangun Takbeer je. Terus tak mengantuk.Naik semangat.

Dan matlamatku..... ALLAH yang Satu.

Moga Allah terus semat semangat juang ini dalam diriku juga dalam diri-diri mereka yang berada disekelilingku. :)


One mission..> ALLAH.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...