Tuesday, June 30, 2009

Memelihara Pets

BismillahiRahmaniRaheem

Anisah Ali dah ada virtual pets sekarang. A hamster, a cute one..and its a SHE. Kiera is her name. And 7 little fishies. Colourful, siap ada nama lagi. HAA~ Check them out, scroll this page, its on your right hand side.Bawah-bawah sikit.

*sambung setadi*

Anisah Ali memecah sepi~

Friday, June 26, 2009

Wassiini...

Antara pesanan Sheikh Ahmad Yaseen kepada REMAJA MUSLIM..


a) Wahai anak-anakku, telah tiba saatnya kalian bangun dan melakukan solat subuh secara berjamaah,sudah sampai saatnya kalian menghiasi diri dgn akhlak yg mulia,mengamalkan al quran dan mencontohi Rasulullah saw

b) Aku menyeru kalian wahai anak-anak utk solat tepat pd waktunya ..

c) Aku amat berharap kalian semua tidak sibuk dengan muzik dan tidak terjerumus ke dalam arus syahwat serta cinta kepada manusia dan dunia.latihlah diri kalian utk sementara waktu merasakn kehidupan yg sukar.

d) Wahai puteriku,aku mahu kalian berjanji kpd Allah akan mengenakn hijab secara betul dan jujur,serta mengambil peduli ttg agama dan Nabi kalian yg mulia.Haram bg kalian melakukn sst yg blh menarik perhatian pemuda spy mendekati kalian.

.anisah ali

Wednesday, June 17, 2009

Tengok bulan

Tu lah dia,
Tengok bulan kira bintang punya pasal sampai pukul 2am pun tak tido-tido lagi.


Smlm tido pukul 3.30am.

Harini plan nak tido awal.
Awal sikiiiit dari semalam.
Sekarang dah pukul 2.09am, jadi tambah tolak masa nak tutup laptop ni apa semua, budget around 2.15am nak tido harini.

Tidur lah duhai Mata.
Tidur...
Tidu..
Tid..
Ti.
T.
......

dah tido... Nisa!

Tuesday, June 16, 2009

PLAN-cangan


Kita plan, dia plan, semua orang plan...
Namun sebaik-baik perancangan itu adalah perancangan ALLAH.

Mana aci hidup tak teruji.
Ibarat main game, ade 3 level; easy,medium,hard.
kalau menang2 pun, tapi stakat level 'easy'. takde thrill la kan.?
Mesti nak try level HARD.Kalau lepas, dapat highest score, baru nikmat.
Macamtu lah juga hidup.

Jangan takut diuji!
Kena ada keyakinan dan rasa berserah pada ALLAH, kerana
ALLAH tidak akan menguji hambaNya dengan ujian yang tidak dapat ditanggung hambaNya.

He knows your capabilities.
So you should just smile and have faith in yourself.
Allah yakin dgn kamu,
kenapa kamu perlu meragui kebolehan sendiri? :)


Kadangkala, pilihan juga menjadi satu ujian buat kita.
dan kekeliruan adalah satu kalimat yang sinonim dengan maksud kata,'pilihan'.

Bila kita tiba dipersimpangan jalan dan memerlukan kita membuat pilihan.
Selaku seorang yang bijak dan tidak terburu-buru, kita berhenti.
Jangan terlalu cepat membuat keputusan, takut-takut kita terkona masuk persimpangan yang salah.

Masa ada, ambil masa.
Jangan terlalu pantas, jangan pula terlalu lama.
Perlu tenang membuat keputusan.
Jika kusut keseorangan, cari teman, bincangkan.
Barangkali teman kita punya pendapat dan gerak hati yang lebih tepat untuk ke destinasi kerana teman kita tu tadi membuat penilain bukan dr pemikiran yang kusut dan emosinya lebih stabil dan tidak penat.

Mintalah pendapat ibu.
kerana instinct seorang ibu itu sangat kuat untuk anak-anaknya.

dan yang paling utama, Istikharah dan doa jangan kita tinggal.

Hidup akan temukan kita dengan pelbagai lagi cabaran dan liku2nya.
Jika kita tak bijak menanggani masalah yang ringan2 sekarang, esok2 macamana lagi?
jadi orang bijak...jadi orang yang tenang.

Teringat pesanan baba waktu kami sesat-sesat jalan di sarawak dulu, "Nampak Round-about, BENTI!" (rasionalnya, supaya sebelum kami membuat keputusan untuk belok ke salah satu simpang yang banyak tu, kita tahu kemana kita nak tuju dan betul arahnye.)

untuk adik tersayang, ANGAH (nisa.ali)

Saturday, June 13, 2009

sepi menyepi sekejap


Bismillah.

Selepas beberapa hari, hampir berminggu blog ini bersawang,
jemari ini kembali menari di papan keyboard.Cuba luah apa yang terbuku diminda.

Esok exam practical anatomy.
Jadi, sepatutnya memang singkat sajalah entry kali ni.

5 hari lepas, Baba datang buat kejutan. 3 hari dia di sini.
Tak puas, tapi cukup rasa bersyukur dapat berjumpa baba semula.

2 hari lepas habiskan masa di bangunan MARA bersama Alia.
Siapkan project yang sampai saat ni belum berapa nak siap.
InsyaALLAH akan siap tak lama lagi. ye alia? hehe.

Blog bersawang kerana Busy banyak.
Manakan tidak,
Tanggungjawab kita semua lebih banyak dari masa yang ada.
Yang menentukan kecemerlangan seseorang itu bukanlah pada apa yang dia peroleh, tapi pada caranya mengaturkan hidupnya. Ana belumlah cemerlang lagi dalam nak mengatur hidup ni, tapi pelan-pelan usaha buat perubahan yang baik. Kan? sama-samalah kita.

InsyaALLAH... ana doakan najah buat semua dan.... sikit seruan kepada diri ana juga diri kalian, sebarkan salam, eratkan ukhwah.
Kerana dia yang mengasihi makhluk2 Allah di muka bumi akan pasti mendapat kasih makhluk2 Allah di langit juga di bumi. Itu janji Allah.

Jemari anisah bernari-nari bagai bidadari. (HAHA!!)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...