Thursday, October 22, 2009

Lama mana?


Bismillah, pembuka bicara.

Buat sahabat handai, saudara mara yang tegar menziarah blog ana yang kian bersawang lagi berhabuk ni, ALF SYUKRAN ana ucapkan atas kesetiaan kalian.ZaSst¬ lagi-lagi buat sorang tu yang dah terbatuk-batuk dah suruh ana update blog ana ni, "dah naik Bosan" katanya... *haih..takpee..takpee*

Sebenarnya banyak activity di malaysia haritu yang ana nak kongsi dgn semua. Boleh la kot, INSYAALLAH, bi 'Aunillah, ana post entry lain.

So, post yang ni just nak jadikan Starting Point je. Nak mula blogging semula. hehehe.

Selamat mengikuti perkembanganku yang ntah berkembang ntah tidak.

Salam.
Yours, Nisa.

Monday, August 3, 2009

orang-orang dah lain

Hari pertama di kampung halaman, Malaysia.
Aku dan adik ke PCfair.Hari terakhir PCfair. Hamdlillah ana sempat.
Ada beberapa barang yang perlu kami beli sementara ada offer-offer dan lelong.
Seperti biasa lah, bila PCfair di KLCC.
KLCC akan sesak dengan manusia yang pelbagai jenis dan ragam. Pelbagai warna dan rupa. Pelbagai Bau juga. :P hehe.

Memandangkan kes kematian akibat H1N1 telah mencatat angka yang membimbangkan, ramai yang berjalan dengan mask. Dah rupa mask-Rider and Ninja Turtle dah orang-orang tu.Hehe.Langkah bijak sebenarnya. Tanda mereka ambil berat tentang nikmat kesihatan yang Allah kurnia pada mereka. But this is not my point today.

Ana nak meluahkan sedikit rasa terkilan dan hampa, biarpun ana tak terkejut kerana bi'ah di Malaysia sekrang memang menjangkakan anasir-anasir sebegitu, namun ana semakin hari, semakin kesal dengan apa yang ana lihat dah berubah di Malaysia ini.

Paling jelas adalah aspek Hijab/Tudung para akhawat atau lebih dekatnya ana guna gelaran "adik2" dan "Kakak2" di sini. Semakin Singkat tudungnya. Alhamdulillah masih melekat bertudung. Cuma makin singkat dan makin jarang. Appaaa punyaa tuurrr.
Rasanya sebelum ni, boleh lihat ramai lagi lah kita-kita yang etika hijabnya masih tepat dan kena.Biarpun tak labuh mana sekalipun,tapi masih menutupi dada. Dan seingat ana lah, sebelum ni, ramai aje kita-kita yang bertudung labuh(baik tudung mini atau tudung 3-segi labuh).

Sekarang? Makin pupus 'kita-kita' ni. Terbunuh dek budaya baru. Mati dek zaman.

Kedua.
Ramai dah yang tak reti nak menjawab salam.
Apo Cittoo ni woiT!

Meh nak ajar jawab.. ikut ye...kita sebut sama-sama.

Wa - `Alaaaiiikummm - Musss - Salaaaaam - Waa - Rahmatullaaah.

Boleh? Ke nak cuba lagi sekali??

Hayhh..

Ade ke, ana hulur ucapan salam kat counter, nak tanya soalan tentang tiket parking..

" Assalamualaikum kak..."

Akak tu kerut dahi, " Ye? "

Aik? Dah singkat dah jawapan salam sekrang eh? Dulu dah singkat "KomLam" skrang jadi lagi singkat, "YE" je??

Takpelah, mungkin dia jawab dalam hati (bak kata Biah).

Kemudian tadi,ana nak bayar barang..

"Ha, Assalamualaikum kak.."

Akak tu respond...DENGAN SENYUMAN JE! tak dengar pulak dia jawab salam tu ha.
Tak Apelah.. sekurang-kurangnya dia bersedekah kat ana yang bagi salam ni ha.. dia Senyummmm. dan MUNGKIN, dia menjawab dalam hati... (bak kata biah lagi)

Kemudian, ana jalan lalu depan 2 budak sekolah menengah perempuan, Drang pandang-pandang ana, jadi, ana pun angkat kening dan "Assalamualaikum..." sambil senyum.

respond derang : Pandang each other.. senyum balik kat ana. Then tunduk2. Samalah kesnya dengan akak cashier tadi tu. Rajin bersedekah senyuman. elok je. Cuma lebih MUSLIM kalau dijawab salam tu, lagi-lagi dengan jawapan salam yang lebih baik dari salam yang diberi.

Cukup dua point ini ana luahkan.
Budaya Islam dah semakin dilupakan, semakin ditinggalkan.
Kita kene mula hidupkan semula.
Kalau tak bagitau pun, kita semua tahu yang Itu tanggungjawab kita, generasi kita!
Ye? InsyaALLAH.
Jadilah kita muslim-muslim yang berfungsi. Moga ALLAH bekal semangat dan sokongan.

Allah Ma'ana.

Kami Ke Bintang. :)



Alhamdulillah.
At last,It was a smooth landing.
Selepas captain mengumumkan yang kami akan mendarat 'sebantar lagi', hampir 30 - 45 minit kami tunggu kapal terbang tu nak mendarat, tak darat2.
Kapal terbang duk buat Round-about kat atas langit tu, 2-3 kali. Anxious semua orang dibuatnya.

Ana dan Alia duduk bersebelahan di seat paling tepi. Ana sebelah tingkap, alia sebelah ana.
Memang gegar kapal tu kami buat. Segala lawak sewel yang boleh dibuat, kami buat. Segala topik yang boleh kami bincangkan, kami bincang. Segala posisi tidur yang kami boleh buat, kami buat.
Dan alia tak habis2 nak nyanyikan ana lagu " plis..plis..plis...kamu jangan nakal" (ade lah ceritera di sebalik lagu ni. hahehehe)

Penerbangan yang mengambil masa 11 jam tu terasa terlalu lama. Ana tak sabar nak jumpa ahli keluarga barangkali.

Dan bila tayar kapal dah dilepaskan, dan akhirnya jejak ke bumi malaysia, terasa satu semangat meresap masuk kedalam jiwa ini. berkobar-kobar untuk pantas melangkah keluar dr pesawat.

Sempat lagi, ana, Alia dan Almas singgah di kedai perfume selepas melepasi checkpoint kastam tu. Nak sembur2 perfume 'tester'. Biar wangi waktu peluk2 keluarga di luar nanti. Hehe.
Kesempatan percuma jangan ditolak. :P

Selepas kutip bagasi kami. Kami keluar. jelas terlihat wajah2 seronok gembira setiap ahli yang menanti kepulangan anak2/adik/kakak/abang mereka.
Termasuklah ahli keluargaku yang menunggu. Mama,Adik, Mak besar dan Datuk.

Antara comment2 pertama :

"Ingatkan nisa balik makin bulat..ni kenapa kurus sangat.." (diarrhea. :P)
"Mak aih..wangi nyee! " (hasil semburan perfume tester tadi..hahaha!)
"Kitrang tunggu dari pukul 9.30pm tadi.." (kami mendarat 10.30pm, keluar 11pm)
" Anisah ni dari mana nii?? " (ha..ni datuk.. hehe.. datuk dah lupa2 sikit..)

Pendek Kata..
The flight was Good. Alhamdulillah.
And we had a great time in the flight (me and alia). We had fun since Super Jet lagi. :P


ANISAH brings her 'egypt' home with her.

Saturday, July 25, 2009

Berani si Beriyani.

Assalamualaiakum Semua!

Makin dekat hari nak balik malaysia, makin banyak dan makin kuat pulak rindu ni kat Malaysia.
Rasa mengada lagi melampau pun ade jugak, baru setahun kat mesir ni dah nak rindu-rindu. :P
Tapi, pedulikan itu semua... saya rindu ini..ini...itu..dan..itu.... Zassst~

-
-

Nasi beriyani Ayam Madu Syed Bistro!!
-
-

Cendol Pulut!!

Ha, Buat masa ni, dua makanan ni lah yang paling mengganggu fikiran anisah anak encik ali.
Sabar... Saya perlu bersabar.
Lagi sikit nak balik ni..
Sabaaaaau...

Oh, satu benda cute,
tadi mama sms.

"This time next saturday u'll be home!! TghBuat apa tu? "
msg sent 9pm (malaysian time)
(ana dijangkakan mendaratdi malaysia sabtu minggu depan lbh kurang jam 10.15pm.InsyaALLAH)

Tengok mama membilang hari, tak sabar-sabarnak tunggu kepulanagan anak dia yang bernama Anisah ni, LAAAgi la buat ana tak sabarnak balik.

Oh..diri... bersabar lah..lagi sikit nak sampai.
:)

A.N.I.S.A.H A.L.I

Friday, July 24, 2009

kita bukan pemilik


Pencarianku,PemberianMu.

Kita hanya sang kerdil yang menumpang segala.
Tiada kuasa malah tiada hak untuk merasa berkuasa.

Kita hanya sang manusia yang tak punya apa-apa.
Segalanya diberi dalam bentuk Rezqi dari Dia yang Maha Kaya.

Kita hanya sang hamba.
Hidup kita dan mati kita hanya untukNYA.

*sedikit nukilan tak seberapa dari saya yang sedang bermuhasabah*

Anisah Ali
If you want me to stay,i'd stay.......just say.

Thursday, July 23, 2009

Cyber-nation to Hibernation

hibernation

Shall update anytime soon.
InsyaALLAH

*Stomach aching*

*Reading Muhammad Ali Qutb's*
- Women around The Messenger, i pray and hope to have their qualities too,InsyaALLAH-

Let this generation not fall until
ISLAM rise
in each and every one of US.

.

Friday, July 17, 2009

Berfikir dalam bulatan.


Bismillah.

Pernah tak awkorang terfikir tentang hujung sebuah bulatan?
Untuk membuat sesuatu pasti ada permulaan dan ada penutup/pengakhiran. Jadi,pada satu bulatan...dimana titik mulanya yang boleh kita consider sebagai satu hujung dan titik pengakhirannya yang boleh kita consider sebagai hujung yang lagisatu. Dan memandangkan dua titik ini wajib bertemu untuk membentuk sebuah bulatan, kita boleh terima titik pertemuan tu sebagai satu HUJUNG. dimanakah ia?

Okay, kemudian....

Bila kita fikir-fikir dan renungkan tentang kejadian alam pula, segala yang bulat atau sfera, pasti berputar. Lets name it , The Sun, The Earth, The Planets... Semuanya berutak pada paksinya.

Kenapa kena berputar dan tidak sekadar bergegar sahaja atau bergerak keatas-dan-kebawah (melambung-lambung)?

Pernah terfikir?

he he he... Akan ada sambungan... Kita nantikan entry 'Hujung Bulatan' episod kedua.insyaALLAH.

- Akibat Anisah pening kepala fikir pasal nak balik malaysia punya pasal :P -

Sunday, July 12, 2009

About Sister Marwa of Alexandria

Pregnant Muslim Sister Stabbed to Death for Wearing Hijab


Have you heard of Dr Marwa el-Sherbini?

On the 1st of July 2009,ukhti Marwa al-Sherbini - Eqyptian Lady (pharmacist) was stabbed to death 18 times by a German guy in a courtroom in front of her 3 years old son.She was 3 months pregnant.

Her only crime was wearing hijab!!
The fatal attacks lasted for countinuous 8 minutes without any intervention from the security guards of the courts!

The killer called her 'terrorist' as she's a muslim wearing Hijab,so i just wonder who's the real terrorist?!!


Some thousands of Egyptians surround the coffin of sister Marwa el-Sherbini,
Monday July 6, 2009


Go search for "Marwa AL-Sherbini".
She stood for her right and faith and it cost her herlife. SHE WON the case.
May Allah (swt) grant her shahadah and the highest levels of jannah.Amin

Thursday, July 9, 2009

Happy 'Baby Strawberry' ^_^ and Chocs.

CHOCOLATE:goodforpregnantMAMAs

Huda & Nuha

According to scientific research in the US, eating chocolate,especially Dark Chocolate is good for mother and baby.

The research suggests that it could help prevent a serious complication known as pre-eclampsia, where the blood pressure soars during pregnancy.Pre-eclampsia is a major complication which has a cardiovascular manifestations : hypertension.

C.H.O.C.O.L.A.T.E especially dark Choc is particularly rich in a chemical called THEOBROMINE, which stimulates the heart,relaxes smooth muscles and dilates blood vessels ; it has been used to treat chest pain,high blood pressure, and hardening of arteries.

Apart from that, Chocolate is also good for expecting mothers because it was founded that those who ate chocolate daily during pregnancy were more likely to have happy babies. According to some reports, the scientists believe mood-altering chemicals in chocolate may be responsible for this.

So...mamas to be...EAT CHOCS!! Good for ya! InsyaALLAH.

To Umi Azah : Mabruk!!! Im So HAPPY!!! Nisa doakan kandungan umi baik dan dipelihara ALLAh terus. Moga ALLAH membentuk bayi dlm kandungan tu menjadi bakal pejuangNYA yang berani,soleh/solehah dan musleh. Ameen~

To Nabihah : We're gona be 'little' mamas soon, girl!!! Nab,practice makes perfect. Allah dah preparekan kelas dah tu. Baik Punye. :P

To my brother,Luke : WeHeee......... Deep breath bro, deep breath!! :P

*wiNk*

Anisah Merasa Bahagia
Thank You ALLAH



Saturday, July 4, 2009

the weight i cannot bear

BismillahiRahmaniRaheem.

Dalam hari-hari kita, pasti ada satu hari yang tidak semuanya baik untuk kita.
dan Harini merupakan hari itu bagiku.Tak baik sangat.

Mama kata aku perlu kuat jadi seorang perantau.
Kawan-kawan pun selalu beri keyakinan padaku bahawa aku boleh survive disini, dimana-mana sekalipun.InsyaALLAH.

Tapi keluh aku hari ini bukan pasal bi'ah dinegara orang ni.
Bukan pula pasal orang-orang rumah,mahupun sahabat-sahabat sekuliah.

Aku sedikit terkilan sebenarnya hari ini.
terkilan pada diri sendiri barangkali.Atas apa yang telah aku buat.
Tak apelah, halnye biarkan aku simpan sendiri.

Aku mahu diam-diam sendiri.
lagi-lagi waktu malam begini.
Aku suka duduk sorang-sorang, dongak ke langit... cari bintang-bintang.
Yang bersinar, yang kecik, yang besar sedikit.
Melihat keAgungan ciptaan ALLAH yang terhampar luas dihadapan mata kita sentiasa membuatkan aku tahu bahawa aku tak pernah keseorangan....

Aku lihat langit. Luas.
Gelap tapi Indah.
Sunyi tapi Bahagia.
Diam...... tapi Damai.
dan itu membuatkan aku yakin bahawa sentiasanya,

ALLAH ADA

dengan aku.

dengan Semua orang.


Ya Allah, ampunilah dosa-dosaku.Janganlah Engkau biarkan aku kehilangan seorang diri melainkan Engkau pimpin hati ini.Aku mencari semangat hanya pada-MU ya Allah.

beban yang berat di bahuku.
aku : Anisah Ali

***************
Got a very sweet and thoughtful note from a dear sister way back in malaysia. Missing all the little moments, little hangouts we had together. Thank YOU so much rab, for your prayers.I miss you RAB!!

Thursday, July 2, 2009

transform summer into winter please!

I had been holding myself back for almost a week now to not watch Transformers. Somehow its killing me. HAHA~ I couldn't stand it so i HAD TO watch the trailer over and over again,and today i watched it in youtube for more than 5 times already. yikes*:P

Cars, Robots, TRANSFORMATIONS.
All these are just temporary and doesn't bring any good to me,but it really had caught my interest. Just an interest. Worldly interest? erks.. need to revise on that.

I am really into cars, super cars and especially cars which can transform themselves into robots. :P
Anyways, here are some pictures of Chevrolet Concept Cars which were designed and filmed in the movie Transformers.

Chevrolet Corvette Stingray
[concept car]
Elements inspired by the '59 stingray racer' also of Chevy


Chevrolet CAMARO coupe
[concept car]
This Bumblebee CAMARo was said to hit the streets for real.
Dang, if it really does,I NEED to have one of these!! (kan FIDA!)


and one more..
Chevy VOLT
now in TRANSFORMERS 2 : Revenge of the Fallen



Anisah Ali menTransformasi menjadi kereta!!
p/s : Fa, later can we have one of thesee?? :P

Tuesday, June 30, 2009

Memelihara Pets

BismillahiRahmaniRaheem

Anisah Ali dah ada virtual pets sekarang. A hamster, a cute one..and its a SHE. Kiera is her name. And 7 little fishies. Colourful, siap ada nama lagi. HAA~ Check them out, scroll this page, its on your right hand side.Bawah-bawah sikit.

*sambung setadi*

Anisah Ali memecah sepi~

Friday, June 26, 2009

Wassiini...

Antara pesanan Sheikh Ahmad Yaseen kepada REMAJA MUSLIM..


a) Wahai anak-anakku, telah tiba saatnya kalian bangun dan melakukan solat subuh secara berjamaah,sudah sampai saatnya kalian menghiasi diri dgn akhlak yg mulia,mengamalkan al quran dan mencontohi Rasulullah saw

b) Aku menyeru kalian wahai anak-anak utk solat tepat pd waktunya ..

c) Aku amat berharap kalian semua tidak sibuk dengan muzik dan tidak terjerumus ke dalam arus syahwat serta cinta kepada manusia dan dunia.latihlah diri kalian utk sementara waktu merasakn kehidupan yg sukar.

d) Wahai puteriku,aku mahu kalian berjanji kpd Allah akan mengenakn hijab secara betul dan jujur,serta mengambil peduli ttg agama dan Nabi kalian yg mulia.Haram bg kalian melakukn sst yg blh menarik perhatian pemuda spy mendekati kalian.

.anisah ali

Wednesday, June 17, 2009

Tengok bulan

Tu lah dia,
Tengok bulan kira bintang punya pasal sampai pukul 2am pun tak tido-tido lagi.


Smlm tido pukul 3.30am.

Harini plan nak tido awal.
Awal sikiiiit dari semalam.
Sekarang dah pukul 2.09am, jadi tambah tolak masa nak tutup laptop ni apa semua, budget around 2.15am nak tido harini.

Tidur lah duhai Mata.
Tidur...
Tidu..
Tid..
Ti.
T.
......

dah tido... Nisa!