Motivasi : Apa Nilai Kita




Perkara pertama yang Nisa hadam waktu join kelas Tuan Afnan Rosli beberapa tahun lepas.


Waktu tu Nisa dalam peak kelelahan.

Situasi bisnes memang dah paras hidung. Lemas. 


Nisa yakin sebabkan hati meronta mencari jalan mencari jawapan.


Allah bukakan seluas peluang untuk Nisa join kelas tu.That was the turning point of my life. 


Tuan Afnan sedarkan kami waktu tu, 


Apa sahaja yang dikejar, pasti akan lari.


Even kita pun, tengah diri sensorang tiba tiba ada orang nak kejar kita. Automatically kita pun rasa nak lari kan!? 


Macam itu jugalah dunia ni. Lagi dikejar Lagi ia lari.


Yang dikejar itu selalunya sebab ianya ada nilai.

Kalau takde nilai takde siapa nak kejar.


Dunia ni bila kita terus mengejar, sampai satu masa kita akan letih. Kita tak larat. Lagi kuat kita kejar lagi kuat lah dia lari.


Yang lebih baik adalah biar benda tu yang kejar kita.


Macamana nak buat bnd bnd tu kejar kita?


Caranya adalah dengan meletakkan NILAI pada diri kita. Bila kita ada NILAI, barulah semua benda semua perkara akan berkejaran datang pada kita.


Nilai kita terletak pada manfaat kita pada manusia dan alam. Pada tenangnya hati dalam kesyukuran.

Pada lapangnya fikiran dengan kepercayaan pada kuasa Tuhan.


Kuatkan hubungan kita dengan Allah.


Besarkan hati kita dengan kasih sayang.

Buangkan segala sangkaan yang tak baik.


Jangan letakkan diri dalam keadaan terdesak.

Percaya dengan kecukupan dr Allah.

Jangan mengharap pada kuasa manusia.

Haraplah dan mintalah hanya pada Allah.


Bertenang saja. Tarik nafas, hembuskan.

Jadi orang yang tenang. 


Sebab tenang pasti menang. 

Bila tenang, lebih banyak nikmat yang terlihat.

Makin besar syukur kita.


Bila tenang, lebih banyak kita memaafkan dari marah.

Makin besar tarikan aura kita.

—-

Tugas kita 3 sahaja bila dalam kesusahan

1) Solat

2) Sadaqah

3) Sabar

InsyaAllah, usaha dan kerja keras kita sentiasa Allah pandang dan takkan disiakan.

Sabar.

Ada hadiah dr Allah di penghujung sabar kita. 

Moga banyak urusan kita dipermudahkan,

Moga rezeqi dan kejayaan berlari lari datang mengejar kita.

Moga makin besar motivasi dan inspirasi kita.


Dan biar dengan kelapangan rezeqi ini menjadikan kita manusia manusia yang sentiasa berbudi dan berbakti. 


❤️

Nisa Ali

Comments

Popular Posts