Wednesday, January 27, 2010

Tenangkan hatiku,Oh Tuhan.

Semakin hari, semakin rindu.
Rindukan rasa tenang itu.
Rindukan damai itu.

Maha Tinggi ALLAH yang menciptakan.

Yang menciptakan setiap kejadian makhluk itu tanpa cacat tiada cela.
lalu membenarkan rasa tenang hadir apabila melihat ciptaanNya.


Firman ALLAH taala dari Surah Luqman : 14

" dan kami wajibkan manusia berbuat baik kepada ibubapanya ; ibunya telah mengandungnya dengan menanggung kelemahan demi kelemahan (dr awal mengandung hingga akir penyusuan) dan tempoh menceraikan susunya iaitu dalam masa dua tahun ; dengan demikian bersyukurlah kepadaKU dan kepada kedua ibubapamu ; dan ingatlah, kepada Aku jualah tempat kembali."



Firman ALLAH Taala :
" Dia menjadikan kamu dalam perut ibumu kejadian demi kejadian dalam 3 kegelapan."
(Surah az-Zumar : 6)

* 3 kegelapan ini merujuk kepada kegelapan dalam perut, kegelapan dalam rahim dan kegelapan dalam selaput yang menutup anak dalam rahim.
* menurut ilmu embriologi, semamangnya dalam proses kejadian manusia, ianya akan diselaputi oleh 3 lapisan yang memebri pelindungan kepada bayi ; membran amnion (amnion sac) , membran korion dan membran decidua.

Seagung-agung kejadian.
Wallahu Taala a'la wa a'lam.




Anisah Ali RINDU.

Tuesday, January 19, 2010

Laut mana tak bergelora?


Tika wajah penat memikirkan dunia, maka berwudhulah..
Tika tangan ini letih menggapai cita-cita, maka berdoalah..
Tika bahu ini tidak kuasa memikul amanah, maka bersujudlah..
Ikhlaskanlah semuanya dan dekatilah ALLAH s.w.t.....
agar tunduk disaat yang lain angkuh...
agar teguh disaat yang lain runtuh...
agar tegar disaat yang lain terlempar" ♥♥♥


Anisah kongsi-kongsi.
si-ai-en-ti-ea.

Monday, January 18, 2010

hampir tumbang

Tadi Anas Anonymous, inform yang miss Engy nak jumpa ana.
Ana dah takut dah. Taknak terima bad news dari office.
Cukuplah tahun lepas ana belajar dari kesilapan-kesilapann ana.
Tahun ni ana doa dan usahakan agar semuanya baik-baik dan mudah sahaja.
Mudahan cemerlang sama-sama dengan sahabat lain.

Selepas dapat information dari Anas tadi, ana mula jadi tak keruan.
Focus pada studies pun lari sedikit.
Risau. Macam-macam dalam fikiran.

Fikiran bercelaru sehingga seorang sahabat sekuliah berpesan supaya tenang-tenang sahaja dan insyaALLAH tiada berita buruk, kemudian dia type lagi, " Allah nak jadikan Kak Nisa lebih Kuat.".
Terdiam ana buat sesaat. Perasaan tadi yang hampir hanyut dengan rasa bimbang kembali terarah. ' Aku Orang Islam, Aku ada strategi hidup dan hidup aku harus teratur.Hidupku dalam tangan ALLAH.Aku bergantung padaNya dan aku yakin dengan aturan-Nya'.

Allah ada dan Dialah sebaik-baik tempat bergantung.
Setiap sesuatu yang ALLAH janjikan kita, pasti ada misi dan tujuan yang lebih besar.
Kita akan diuji dengan ujian yang macam-macam.
Namun jangan kita rasa, Allah tidak menyebelahi pihak kita.
Allah make things work in His own mysterious ways.
Sometimes, Allah bagi kita ujian sebagai peringatan dan supaya kita tak leka.
In some other times, Allah bagi kita ujian supaya ujian tu menjadi motivasi kepada kita. And if we look at it from another point of view, that's how He support and help us in our studies/work. Ujian sebagai booster.

Kita kene husnu Dzon dengan ALLAH, pasti ALLAH akan terus mendatangkan kebaikan kepada kita. InsyaALLAH.
Jangan kita risau apa pandangan orang terhadap kita kerana yang kita nak adalah pandangan baik dari ALLAH.

Wallahu 'alam.


Anisah Berdoa.
Pohon semangat dari Atas.

Sunday, January 17, 2010

Baba and a lot of Camera Photos.

Bismillah

Seminggu yang lepas, baba datang Mesir, atas urusan pekerjaan. 5 hari dia duduk di Kaherah.
Dia sampai sehari sebelum MTC, so, pada hari MTC tu, habis sahaja event, ana terus cabut ke Mahattoh Misr, ambil train ke kaherah tepat pukul 6pm. Naik Asbani (Spanish Railway).Lepas 2 jam suku, ana sampai di kaherah.

Terubat rindu. Kuat juga baba peluk ana.

Makcik saudara selalu ingatkan " Mama Baba tak puas lagi nak timang-timang anak-anak dia, pejam celik anak-anak dia dah besar panjang dah, tak lama lagi dah nak kahwin, nnt dah tak boleh nak peluk-peluk, nak manja-manja. Luanglah masa banyak-banyak dengan mama baba selagi boleh."


dan lagi satu kata-kata dari seorang lagi makcik saudara tentang baba, " You and Adik are his world, all he cares about is your happiness, .."

kata-kata tu sampai sekarang beri kesan pada ana. Dan setiap sesuatu pekerjaan atau amal yang ana buat, antara matlamatnya adalah untuk membanggakan ibu bapa ana dan membuatkan mereka rasa senang.

Keesokkan harinya, ana balik semula ke Alex.

Selepas 3 hari, baba datang ke Alex. Baba book 2 bilik di Hilton Green Plaza. Baba was scheduled to arrive Alex late, around 2 am. So, i had to check-in early for him.Jadi, nnt baba sampai, terus masuk bilik, rehat.

Beginilah selepas dah check-in awal, and the story goes on....

I mentioned 2 rooms right? Ha, Satu bilik ana duduk, lagi satu cik Afida conquer yee.Haha.Tapi utk sekejap sahaja lah, tak payah nak jeles-jeles. Malam tu ayah ana dah datang. =P

Had tea that evening with my pasangan, Cik Afida hanim, or her new nama timangan, IDA! (hahaha).

The next day, friday. Went to Souq (Pasar/Pasau/Paso) with Suhaila Haikal (pasal giliran kami dua), Baba pun ikut. Baba belanja semua. Hamdlillah,Jimat seminggu duit belanja rumah. =P
Beli lauk-pauk yang banyak utk kami masak lunch. Ikan tenggiri, Ikan Pari, Lala dan pelbagai lagi.

Sementara tunggu baba habis solat jumaat, Ana dan Su main singgah-singgah gerai yang ditinggalkan, tuan-tuan kedai pegi solat jumaat. Haa, lepastu su jumpa binatang kegemaran dia ni haa.. Spider-Man! Cuba teka, dia beli tak benda-alah tu?? HAHA!
Biasanya takdelah trolley kami gelembung buncit macamtu.
Kali ni beli banyak, makan mewah sket minggu ni, Hamdlillah. Rezeqi.

Jom tadabbur ayat ni kejap, Surah Al-baqarah : 22
" (Dialah) yang menjadikan bumi sebagai hamparan bagimu dan langit sebagai atap,
dan Dialah yang menurunkan hujan dari langit,
lau Dia menghasilkan dengan itu buah-buahan sebagai REZEQI untukmu,
dengan itu janganlah kamu adakan tandingan bagi ALLAH, padahal kamu mengetahui."

Bila kita bersyukur dengan nikmat ALLAH, sungguh ALLAH akan mendatangkan rezeqi dari arah-arah yang tidak kita sangka-sangka.
Jadi, dapat makan mewah ke, makan simple ke, makan maggi sekalipun, Jangan lupa rafa'kan ucapan Tahmid. Kalau dapat makan sedap2, sebelum berterima kasih pada tukang masak for the day tu, berterima kasih dahulu pada ALLAH.
Mudahan Allah memurahkan rezeqi kalian.

And so, i cooked Kari kepala Ikan tenggiri (mamak style, rebus, no tumis..) dan Masak assam pedas Mama. Mastura masak Lala and Farhana Masak sayur.
Sedap2! =P

Ni periuk2 licin, habis semua balun!
Ana berpuas hati sangat, hamdlillah. Pasal dah lama sebenarnya ana berhajat nak masak sendiri untuk baba. And Alhamdulillah, baba suka and puas hati sangat. (boleh kawin dah?? Boleh? hehe)
Kalau kat rumah, nak masak, nnt mama tolong-tolong, last2 jadi mama yang masak. So, this time, first time dapat masakkan baba on my own. Puas hati sangat disitu. =)

Ni, balik hotel semula, dah makan lauk pauk tadi, dpt makan free kat hotel lagi..Ape lagi!! balun! Fida lah ni hasut ana!
Fish Fingers + Chicken Fillet (Firakh Banneh)

Okay ni dah balik rumah semula.Baba pun dah balik UK pagi tadi.
Ana and Fida pau semua air-air free kat hotel semalam dan antaranya minuman Ectopic Foci ni ha. kegemaran Ana,Su and Fida. BEBSI! hehe.
Sungguh enak diminum begituuu sajaaa.. (please yee..minum dgn ice.Cannot resist one!)

Lepas dinner tadi, vacuum carpet2 yang terhampar dalam bilik ana & mas.Tapi sebelum vacuum tu, bersihkan dulu dust bag dlm vacuum tu. Mak aih!! dah mengandung 9 bulan dah bag tu. 3 bulan punya habuk! haha!

PASIR penuh!! haha!Dasyat kan!

Dan sekarang, anisah nak sambung study.
InsyaALLAH cari peluang utk menulis dan berkongsi lagi.
Terima kasih bagi yang rajin menyinggah..
=)

Buat semua ahli malizi di ardhul kinanah ni, ana ucapkan "Salam Imtihan, Rabbuna Yusahhilkum wa Rabbuna Yunajjah! "

N.B : All pictures in this entry were taken using my phone. 2MegaPix je.=P

Exam , Exam..StUDY!
Anisah Ali.

Monday, January 11, 2010

Membasuhlah sebelum dibasuh.

Banyak longgokan pakaian yang masih belum dibasuh?
Mengalami kekangan masa sehingga tidak jumpa ruang untuk membasuh pakaian?
Tiada baju nak pakai kerana semua baju belum dibasuh lagi?
Kini anda jangan lagi bimbang!
lagi-lagi anda yang tinggal di Alexandria/Iskandariah, Mesir.

Pihak Tram iskandariah telah menyediakan khidmat laundrette dalam gerabak wanita!!
Mudah bukan?
Sungguh convenient, sambil menunggu tram tiba ke destinasi, kita boleh membasuh.
terkejut?
nah..tengok gambar ni.



Cik adik manis berbaju pink tu dah pun mencuba perkhidmatan laundrette Tram Iskandariah dan inilah komennya,
" Ya, saya sungguh berpuas hati lah dgn perkhidmatan ni. Bagi saya, ini merupakan satu langkah yang creative datang dr pihak pengangkutan tram mesir. Dan ini juga mampu menarik minat ramai para pelancong untuk melawat iskandariah."

Sekian sahaja posting ana buat kali ini.
selamat bersenyum bersengeh.

Anisah Santai-Santai.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...