Tuesday, April 26, 2011

Basuh baju pakai perfume.


Bertanyalah seorang anak dara kepada ibunya
" Ma, baju-baju kotor ni nak basuh pakai sabun dulu ke..pakai softener dulu? "

seraya ibunya pun menjawab tenang
" bersihkan dulu baru elok lembutkan. "

~~~~

Bagai anak kecil yang bermain lecak diwaktu senja,
pulang kerumah, muka berdebu terus dibedak..
tidakkah janggal..mata yamg melihat sendiri tidak selesa.
kan?

ibarat hati, ibarat diri.
Kotor dan karat belum dibersih sudah mahu dihias.
bagaimana?

pertama.

Kita mahu pokok tumbuh tinggi, besar dan sihat,
tapi benihnya sudah kita bajai? sudah kita sirami?

Kita nak jadi orang hebat yang berpengaruh,
tapi asasnya sudah kita kuasai?
hati yang bersih sudah kita miliki?
jauh dr riak,syak dan hasad dengki.

kedua.

terkadang hubungan sama manusia bertemu perselisihan,
kita puas fikir, salah siapa?
terlalu memikirkan hubungan sesama kawan/pasangan,
kita terlepas pandang hubungan sama Tuhan.

terjadi silap sesama kawan/pasangan
barangkali kerana terbuat silap sama Tuhan.

Sudah tak rapat dengan Allah, mahu manusia semua rapat dengan kita.
bagaimana?

Kena ingat, perhatian dari ALLAH itu utama.Perhatian dari manusia adalah bonus.
hilang yang utama, tak dapat yang bonus.
bagaimana nak dapat perhatian jika tidak memberi perhatian..kan?

cukup terabaikan Tuhan dalam hati.
bukan tidak solat.
bukan tidak tadarrus.
cuma terlupa merasakan ALLAH sebagai unsur terpenting dalam hidup.
terlalu sibuk mementingkan manusia dan kerjaya.
kerana itu, kita mudah kotor.
bila kotor.. mudah datang silap dalam diri.
mudah buat silap pada orang.

tercalit lecak pada kasut.
jalan pun hilang selesa.
balik rumah, lekas-lekas bersihkan.
jalan pun penuh bergaya.

Begitu juga kita dan manusia sekeliling.
Hati dan Tuhan.

dalam hidup, banyak saja hints yang ALLAH berikan sebagai teguran agar lekas membersih diri. Agar lekas kembali.

Contohnya bila ada yang tidak berpuas hati denagn kita.
Contohnya bila ada perselisihan dengan kawan/pasangan.
Contohnya bila diuji dengan markah kurang memberansangkan.
Contoh lagi bila diduga dengan kesusahan dan kesedihan.

semuanya panggilan dari Tuhan.
agar hati pulang ke pangkal jalan.

berhenti dan beristighfar..sabun hati.
kemudian bertasbih dan bertahmid...pewangi peghias diri.

Mudah saja.
cuma mahu buat atau tidak.
mahu dekat atau jauh.
mahu bersih..... atau kotor.

InsyaALLAH..
bila hati dekat dengan ALLAH,
dan segalanya kerana ALLAH,
Tiada jalan yang sukar melainkan ALLAH permudahkan.
dan Tiada hari yang suram melainkan ALLAH cerahkan.

Imam Ibn Al-Jawzee once asked: " Is it better for me to make Tasbeeh (praise ALLAH) or make Istighfaar (make forgiveness) ? " , He replied: " The dirty robe is more in need of soap than perfume."


Anisah Ali nak meluah.

Wednesday, April 20, 2011

Kata biar berpujangga.


Seorang Mukmin itu ada 4 ciri. Apabila dibebani dengan kesusahan dia bersabar dan berdiri teguh. Apabila diberi sesuatu dia bersyukur. Apabila bercakap dia berkata yang benar, dan apabila membuat keputusan, dia adil.


Bila berjalan, Biar orang terkesan dengan adabnya
Bila menyapa, Biar orang terkesan dengan akhlaknya
Bila bercakap, Biar orang terkesan dengan indahnya kata-kata yang mengingatkan pada Tuhan
dan bila diam, Biar orang terkesan terdiam teringat mati.




entah ada entah tidak ciri-ciri yang sebegitu dalam diri ini.
yang kalamnya tidak kering dari kata-kata bermanfaat.

yang lidahnya tidak kering dengan salawat.


Mula dimana?
Mula dari dalam. kata sheikh.

jangan tunggu jangan tangguh. kata sheikh.

bersihkan hati bersihkan jiwa.

supaya mudah bawa kalam2 suci,

butir-butir ingatan buat muslim yang mencari,

kekuatan dan pedoman buat mukmin sejati.


Ana dah mula berpuitis dah ni.
entah macamana, laju pula jari menari.

Kata-kata yang baik dari insan yang hatinya baik
mungkinpun bukan siapa-siapa didunia
tetapi seseorang yang istimewa disisi ALLAH.
kita ingin menjadi sebegitu!
Ingin sekali mengajak diri ini serta rakan-rakan pembaca semua agar kita menjadi orang-orang yang bercakap punya isi
jadi orang-orang baik lagi memberi kebaikan

seperti pepatah

"Benih yang baik kalau dicampak ke darat menjadi gunung, dicampak ke laut menjadi pulau."

Akarnya adalah HATI.
Hati yang bersih,
insyaALLAH pasti akan melahirkan kata-kata yang mulia

tingkah laku juga disenangi.

Sesungguhnya ALLAH tidak melihat seseorang itu pada rupanya, akan tetapi ALLAH menilai seseorang itu pada hatinya.

Macamana nak dapat hati yang bersih ni,

sudah pastilah dengan

Zikrullah
Istighfar
dan banyak-banyak
mengingati mati. Supaya diri sentiasa sedar kita dibumi bukan untuk main-main tapi ada misi yang lebih besar. ALLAH.


Bersabda Nabi SAW: "Sesiapa yang selalu beristighfar (minta keampunan dosa), nescaya Allah akan menjadikan baginya kemudahan bagi setiap kesempitan, kesenangan bagi setiap kesedihan dan memberinya rezeki tanpa diduga olehnya". (HR Abu Daud)
Sama-samalah kita
Refleksi diri
Muhasabah dan Mujahadah.

Wallaua'lam.
Anisah Ali coret mencoret.

Thursday, April 14, 2011

Demam bahang api.

~~~
Telah diriwatkan oleh Abu Hurairah (RA) : Aku sedang bersama-sama dengan Rasulullah (SAW) dan aku telah berkata " Demam (fever) itu adalah satu bala/musibah buat manusia, lantas Rasulullah membalas " Ianya bukanlah satu musibah, tetapi ia penghapus dosa-dosa sepertimana api menulenkan/membersihkan bendasing dalam besi. "

(Ibn majah)
~~~

Diatas adalah sekadar gambar hiasan. Tapi mmg suami ana tengah demam waktu tu.

Ana dilanda demam panas sejak 2 hari yang lalu.
Tinggi juga suhu badan. Lebih-lebih lagi masuk waktu malam. Rasa sejuk, tapi badan panas.
Suami ana terpaksa bangun tengah-tengah malam dan tuam badan ana dengan air sejuk.
Pagi semalam, bukan saja air sejuk, malah diletaknya ketulan-ketulan ice lagi. Semata-mata nak meredakan demam isterinya yang dicintai ini (hehe).

kita tahu
Demam ni sangat tak sedap rasanya (obviously!),
setengah kita mengeluh
setengah yang lain menangis
dan setengah besar yang lain bersabar

Tak boleh nafi, ada beberapa seketika, bila badan ni dah tak larat langsung nak menahan rasa demam, rasa tak selesa, ana pun mengeluh.
Tapi teringatkan sebuah kisah para sahabat dimana seorang sahabat itu merasa sedih kerana dah lama tak ditimpa sakit/demam. dan katanya (lebih kurang- orrect me if im wrong) " Allah dah melupakan aku ', dalam erti kata lain, sakit yang ALLAH berikan pada hamba-Nya merupakan satu kafarah penghapus dosa buat hambaNya. Justeru, sakit itu merupakan tanda sayang Allah pada hambaNya, dan kerana itulah sahabat tadi merasa sedih kerana dah lama tak sakit.

Buntu, ana dan suami buka kitab " prophetic way of treatment ".
Nak cari cara merujuk sunnah Nabi dalam menghilangkan demam ana ni.
dan ini adalah beberapa points yang kami dapat.
Harap dapat memberi manfaat pada semua.

Ibn Umar (RA) said :
Fever is from the raging heat of Fire, so cool it down with water
[Bukhari & Muslim]

Ibn Abbas (RA) said :
Fever is from the boiling heat of Hell, so put it out with the water of zamzam
[Bukhari]

According to Anas (RA), The Prophet (SAW) also said :
If one of you has a fever, then pour cold water over him on three successive nights ad dawn.
{tuam air sejuk pada si pesakit pada waktu sahur/ waktu subuh}
[Al-Juzi]

From Rafa' Ibn hadji comes this hadith :
If an attack of fever seizes any one of you, truly fever is part of the Fire, so put it out with cold water
[At-Tirmidzi]

dalam kitab ni, ada juga penulis mensyarahkan ;

I maintain that it is the general opinion of physicians that water is the best of drinks, for it drives out a hot fever.

When treating some conditions, it is necessary to make the water even cooler, in which ice is added to it.

Other hadiths regarding fever,

The Prophet SAW is reported to have said :
Having a fever for a day is like fasting for a year
[Ibn Majah]

Al-Hassan reports the Prophet SAW to have said :
Truly, all a worshipper's wrong actions will be effaced if he suffers from fever for a night.
[Nasa'i]

So, dear readers, having fever is beneficial, both for one's body and this is why the Prophet SAW has forbidden people to curse fever.

As a conclusion, the best treatment for fever is

1) Tuam air sejuk, bagi reduce temperature.

2) Minum air zamzam (air zamzam mengandungi lebih banyak mineral yang bermanfaat berbanding air lain tambahan lagi, ia dapat barakah tanah haram)

3) Lagi panas badan, lagi sejuk air untuk dituam.

4) ressst banyak2. :)

Wallahu taala 'ala wa'alam.


Anisah Ali berkongsi lagi.

Tuesday, April 12, 2011

A speech from an Amazing mother.

Bismillah.
Assalamualaikum dear readers (if there is any. hehe.).
Ana tak pernah cerita tentang perkahwinan ana kan?
tak pernah sentuh kisah bagaimana ana kenal suami ana atau kisah-kisah yang berkaitan dengannya.
Niat nak berkongsi cerita, berkongsi pengalaman itu mmg dah lama ana pendam, dan sebagai muqaddimah, izinkan ana mulakan entry tentang hidup sebagai seorang isteri dan perjalanan ana sebagai seorang bakal isteri orang itu dengan ini...

wedding speech ibundaku... Mama.

~~
A wedding speech for my daughter
17th September 2010
~~

Anisah my love, today you turned into a young woman starting a journey through a new life. A journey which I myself made 31 years ago. For this journey you are taking today I have only one thing to offer you, and that is my prayer.

I pray that you will have a life as good as I have had on my own journey. But being the person you are, and having all the goodness you have inside you, I will pray that your life will even be better than mine has ever been.

One day insya'allah, you too will be a mother, and I will pray that your children will be as brilliant as mine have been if not even better than mine.

I pray that one day you will also be able to say about your husband what I am now saying about mine, that he is just amazing !

As you begin your journey today I will pray that you and your beloved husband will have a wonderful journey that will be filled with sweetness, love and most importantly full of blessings. Insya'allah.

I would like to take this opportunity to welcome my son-in-law, Saiful, to the family fold, and I pray that your presence in our lives will bring more joy and happiness and plenty of barakah, insya'allah.

AMIN, YA RABBUL'ALAMIN


Pendek, tapi penuh makna bagi ana. Setiap kali ana baca text ini, tak pernah tidak, pasti aakan mengalir air mata.

~~~

O Allah, Bless this lady, for her love towards her family, for her passion in bringing up her family, and for her courage in going through the all winding and rocky roads in making our family an example of a happy family.
O ALLAH, bless this lady and shower her all the goodness that she deserve, Keep her safe under your mercy and keep her well..for She is my mother and I am thankful that You chose me to be her daughter.

Ameen ya Rabb.

*insyaALLAH entry lain, cerita lain. ;) *

ANISAH ALI sayang mama.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...