Basuh baju pakai perfume.


Bertanyalah seorang anak dara kepada ibunya
" Ma, baju-baju kotor ni nak basuh pakai sabun dulu ke..pakai softener dulu? "

seraya ibunya pun menjawab tenang
" bersihkan dulu baru elok lembutkan. "

~~~~

Bagai anak kecil yang bermain lecak diwaktu senja,
pulang kerumah, muka berdebu terus dibedak..
tidakkah janggal..mata yamg melihat sendiri tidak selesa.
kan?

ibarat hati, ibarat diri.
Kotor dan karat belum dibersih sudah mahu dihias.
bagaimana?

pertama.

Kita mahu pokok tumbuh tinggi, besar dan sihat,
tapi benihnya sudah kita bajai? sudah kita sirami?

Kita nak jadi orang hebat yang berpengaruh,
tapi asasnya sudah kita kuasai?
hati yang bersih sudah kita miliki?
jauh dr riak,syak dan hasad dengki.

kedua.

terkadang hubungan sama manusia bertemu perselisihan,
kita puas fikir, salah siapa?
terlalu memikirkan hubungan sesama kawan/pasangan,
kita terlepas pandang hubungan sama Tuhan.

terjadi silap sesama kawan/pasangan
barangkali kerana terbuat silap sama Tuhan.

Sudah tak rapat dengan Allah, mahu manusia semua rapat dengan kita.
bagaimana?

Kena ingat, perhatian dari ALLAH itu utama.Perhatian dari manusia adalah bonus.
hilang yang utama, tak dapat yang bonus.
bagaimana nak dapat perhatian jika tidak memberi perhatian..kan?

cukup terabaikan Tuhan dalam hati.
bukan tidak solat.
bukan tidak tadarrus.
cuma terlupa merasakan ALLAH sebagai unsur terpenting dalam hidup.
terlalu sibuk mementingkan manusia dan kerjaya.
kerana itu, kita mudah kotor.
bila kotor.. mudah datang silap dalam diri.
mudah buat silap pada orang.

tercalit lecak pada kasut.
jalan pun hilang selesa.
balik rumah, lekas-lekas bersihkan.
jalan pun penuh bergaya.

Begitu juga kita dan manusia sekeliling.
Hati dan Tuhan.

dalam hidup, banyak saja hints yang ALLAH berikan sebagai teguran agar lekas membersih diri. Agar lekas kembali.

Contohnya bila ada yang tidak berpuas hati denagn kita.
Contohnya bila ada perselisihan dengan kawan/pasangan.
Contohnya bila diuji dengan markah kurang memberansangkan.
Contoh lagi bila diduga dengan kesusahan dan kesedihan.

semuanya panggilan dari Tuhan.
agar hati pulang ke pangkal jalan.

berhenti dan beristighfar..sabun hati.
kemudian bertasbih dan bertahmid...pewangi peghias diri.

Mudah saja.
cuma mahu buat atau tidak.
mahu dekat atau jauh.
mahu bersih..... atau kotor.

InsyaALLAH..
bila hati dekat dengan ALLAH,
dan segalanya kerana ALLAH,
Tiada jalan yang sukar melainkan ALLAH permudahkan.
dan Tiada hari yang suram melainkan ALLAH cerahkan.

Imam Ibn Al-Jawzee once asked: " Is it better for me to make Tasbeeh (praise ALLAH) or make Istighfaar (make forgiveness) ? " , He replied: " The dirty robe is more in need of soap than perfume."


Anisah Ali nak meluah.

Comments

عين said…
sangat muhasabah..T T

Popular Posts