Tuesday, January 13, 2009

Solat Nugget.


Solat sebelah nuggets...

Rakaat 1 : Khusyu lagi.
Rakaat 2 : Buka tutup mata, untuk maintain kekhusyukan. Al-Fatihah pun 2 kali baca agaknye.
Rakaat 3: Dah terpaksa tutup mata dah.Bukak sket confirm lari focus.
Rakaat 4 : Gelojoh dah. Rockett..Zaaassss.

Jangaaannnlah letak makanan yang best sebelah orang tgh solat.Kelam kelibut dia nanti. HaHa.

Sunday, January 4, 2009

Tiada siapa terkecuali dari mempertahankan Gaza.

Sabtu ,03/01/2009 -Ulama' terkenal Islam , Sheikh Yousef Al-Qaradawi telah menegaskan Jumaat lalu bahawa ummah Muslim dari Maghribi ke Indonesia berkewajipan mempertahankan Semenanjung Gaza, dan melindungi tanah Islam daripada pihak musuh.

"Menyokong penduduk Palestin di Gaza adalah satu kewajipan agama pada setiap individu Islam dan tiada siapa dikecualikan daripada tugas tersebut " ujar Qaradawi dalam satu ceramah beliau sebelum perhimpunan besar-besaran di Qatar, Doha.

Beliau turut menegaskan umat Islam perlu bersedia berkorban harta benda dan apa sahaja yang bernilai demi membantu saudara mara kita di Gaza.

Note: sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : gunx

**********

Visiting and contributing to the Aqsa Mosque.

Maimunah bint Sa'd reported as saying that the Prophet Muhammad (peace be upon him) being asked about a person who is unable to travel to the Aqsa Mosque. The Prophet (peace be upon him) replied, "He should make a gift of oil to be burnt therein, for he who gives a gift to the Aqsa Mosque will be like the one who has prayed Salah therein." [Ahmad and Ibn Majah]

Dalam situasi kita sekarang, 'the gift of oil' boleh jadi dalam bentuk sumbangan harta atau seumpamanya, apa-apa yang dapat memberi kemudahan kepada penduduk daerah Al-Aqsa (palestin).InsyaALLAH.

Abu Umamah al Bahili reported that the Prophet of Allah (peace be upon him) as saying: "A group of my ummah will remain firm upon the truth, dominating their enemies. They will not be harmed by their opponents until Allah’s decree arrives upon them." They asked: "Oh Prophet of Allah! Where will they be?" He replied: "In Bait al-Maqdis and its surrounding areas." [Ahmad]

Malay version :
Dari Abu Umamah al bahili,Rasulallah (SAW) pernah bersabda : "
Akan sentiasa ada segolongan dari ummatku yang menegakkan kebenaran dan berjuang menentang musuh mereka, barangsiapa yang cuba menghampakan mereka tidak sekali-kali akan dapat melukakan mereka mahupun oleh kesusahan yang menimpa mereka sehingga datang keputusan ALLAH.Dan mereka akan tetap sedemikian" Maka para sahabat bertanya, "Wahai Rasulallah, dimanakah mereka ini? " Sabda Baginda, "Mereka berada di BaitulMaqdis dan sekitar BaitulMaqdis.". [Ahmad]



Suara Dunia demi Palestin

Satu dunia bersuara.Satu dunia terasa.
Rejim Zionis Kejam!!

Helsinki,Finland

Cape Town, South Africa
London,England
Montreal, Canada

New York, USA
Istanbul,Turkey
Amman, Jordan

Melihat semangat-semangat rakyat dunia mempertahankan haq kemanusiaan jiwa-jiwa palestin,semangat aku juga turut hidup.Bangkit.Tapi situasinya, aku terkilan di sini (mesir).
Mesir, negara jiran yang diam membisu.
Mesir, negara saudara seislam yang BOLEH membantu, namun sempadan mesir-palestin masih tertutup.Terlarang untuk saudara-saudara palestin masuk untuk menumpang perlindungan.
Mesir, negara sedarah dengan palestin, melarang sebarang mudhoharot (demonstrasi) untuk menegakkan haq adik-beradik sendiri di palestin.
Trak-trak askar mesir bersusun dikuliyyah-kuliyyah,persediaan terhadap sebarang demonstrasi oleh para pelajar yang berjiwa pejuang.
Kami seolah-olah berada didalam zon darurat... tak boleh itu, tak boleh ini..Kalau buat, masuk penjara bawah tanah.Dibelasah teruk..itu pasti.
Apa ni?

Aku terkilan.

Namun, biarkan... biarkan Mesir (perdana menterinya) membodoh sombong. Aku,dan semua yang bergelar MANUSIA akan terus mendoakan...menyokong, dan BERUSAHA sedaya mampu untuk bersama-sama bantu jiwa-jiwa suci rakyat Palestin dan ber'perang' menentang Zionis Yahudi Laknatullah .

An-Nasru lana Ya Falasteen...
Allah itu dekat dengan jiwa-jiwa yang sabar.
Our support and our prayers are constantly with you.

ALLAHU AKBAR!

note:sumber foto : http://electroinicintifada.net

SAVE PALESTINE : ANISAH
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...