Saturday, May 30, 2009

Imperfectly perfect =)


"Keredhaan Manusia adalah cita-cita yang tidak mungkin tercapai"-Imam Syafi'e

Perfect to one's eye may be imperfect to another.

Everybody wants to be perfect regardless of the fact that 'Nobody is perfect'.

Tak salah untuk rasa diri tak sempurna.
Tak salah untuk tahu diri ade kekurangan dan kelemahan.
Kerana semua manusia ade kelebihan dan kekurangan masing-masing.
Yang penting, kita mahu menjadi seseorang yang sentiasa membuat perubahan yang baik.
Allah lihat dan Allah dengar.

Janganlah sedih.
Senyumlah kerana
Dalam kekurangan, ada kelebihan.
Allah Adil dalam setiap apa yang dijadikanNYA.

Kita ingin sempurna bukan untuk manusia, kerana penilaian manusia itu sentiasa lemah dan kurang.
Biar kurang dimata manusia tapi jangan kurang dimata ALLAH.
Sesungguhnya ALLAH sahajalah sesempurna penilai.

Setiap orang ada kelebihan, tetapi janganlah begitu bangga kerana kelebihan itu datang dengan ujian-ujiannya. Yang mampu dan ikhlas menghadapi ujian-ujian itulah yang benar-benar berkelebihan. InsyaALLAH.

Kelebihan dan kekurangan menjadikan kita semua sama sahaja. Tiada yang lebih.Tiada yang kurang.
Yang penting, kita saling menghargai satu sama lain kerana bila kita menghargai, kita juga akan sentiasa dihargai, dan benarlah itu satu nikmat dan juga satu kelebihan.

Hargai diri anda. Dan sentisa bermuhasabah atas kekurangan dan kesilapan.

* aku tak perlukan orang yang mahukan kesempurnaanku, tetapi yang menghargai kekurangan juga kelebihanku seadanya. *
~Anisah Ali ~

Sumber bekalan hidup dah kena sita.

KEDAI TEPI PAGAR CC TU DAH KENA SITA.

Maka dengan berita ini, bersedihlah hati mereka-mereka yang telah kehilangan 'sumber bekalan hidup' mereka. Malang sekali, 'mereka-mereka' ini termasuklah ana.
Kedai ini lah yang selalu menjadi persinggahan wajib kami di pagi hari sebelum melangkah masuk ke dewan kuliah. beli Danish, beli Mineral water, beli Mandolin, beli Roti, beli MORO, beli Lambada, beli macam-macam lah untuk jadi bekalan hidup dalam kuliah nanti. Kalau takde bekalan-bekalan hidup ni, maka akan tidurlah kami. :P

Kesian sangat tadi, ana tengah nak beli danish di kedai tu, sekali tengok kotak-kotak chibsi and barang-barang kedai tu kene angkat polis2 beruniform putih dan berkayu cota. Ammu yang jaga kedai tu pun muka pasrah je kemas barang-barang dia. Redha je. Anak ammu yang sporting tu pun ade.Muka dia lagi sedih.
Iyalah, dia bantu perniagaan ayah dia.Dia nak bantu ayah dia sara keluarga.
Selama ni elok saja, disangka panas hingga ke petang rupanya hujan di tengahari.
Ujian. Moga keluarga dia banyak bersabar dan mudahan Allah permudahkan urusan dan membuka peluang lain yang lebih baik buat mereka.
Allah Maha Adil.

Hari ni keluarga dia diuji. Hari ni, keluarga dia bertabah hati.
Mampukah esok bila kita pula diuji kita bertabah hati?
Mohon kekuatan dari atas.
Rabbuna ma'akum.

Tuesday, May 26, 2009

Noteworthy.

A beautiful locket my father gave me for my 22nd birthday.
They use to put pictures of their loved ones in lockets during the old days,
but now, all you need is just a little cip and the whole world can fit in your locket.

After half a year cursing and whining about my corrupted old 2gig pen-drive.
I finally got myself a new one. 8gig, Kingston.
Thousand thanks to Fida and Im who had sacrificed few hours of their precious time today to go out and look for a good and cheap pen-drive that i wanted.
You two are the best!
Thanks again and again and more than i may type. :P


Yes, yes, i know, its just a pen-drive, but living in a world of technology nowadays,
a pen-drive with a capacity of a universe is somewhat essential and necessary.
Having pictures,videos,slide-shows and zillions of documents in the que to be saved and transferred from one computer to another, it makes a little pen-drive something we cannot live without.


There you go. A story about a little new pen-drive.


Grateful walhamdlillah, Anisah ALi.

Sunday, May 17, 2009

Bring it onnnnnn~

Di kala begini.
Assignments banyak tak siap lagi.
Memikirkan exam yang dah tak lama lagi.

Otak menjadi sedikit kusut dan emosi pun kadangkala mudah nak terganggu.
Salah sedikit, boleh nak berubah angin.
Istighfar dan wudhu' memang banyak main peranan pada waktu-waktu genting begini.
Agar biar terus bercahaya hati, jauh dari karat-karat dan kegelapan.
Dan selaku manusia, adalah fitrah kita mahukan keceriaan dan keseronokkan..
Demi itu....
Kami telah melaburkan sedikit dari wang kami untuk membeli.
.
.
.
.
.
.
.
.
. PISTOL AIR!!!!!. WATER GUN!!!

Sorang satu.
kebetulan ada 5 warna, memang jodoh.
Untuk Ana,Bella Rossa d'amor,Angah,Pya dan Fida (sempena hari jadi kamu).



Main tembak2! Seronok.Hilangtension. Hilang kusut masai yang membelenggu fikiran dan yang paling penting dan yang paling bermakna....Ia lebih mengeratkan ukhwah kami yang sejak kebelakangan ini sedikit 'stiff'. (masing-masing ada macam-macam di benak barangkali).

Bring it Onnn~ Nisa Ali bermain air.

Tuesday, May 12, 2009

Hilang Rasional.


" Bagi siapa-siapa yang menggunakan sijil SPM 2006 atau 2004, anda diminta bayar penalty sebanyak 500 Genih. "

Aku mengerut dahi, tanda pelik dan tak faham rasionale penalti tersebut.

" Maaf atas segala kesulitan, tapi ini adalah undang-undang kementerian pendidikan mesir.Siapa-siapa yang melanjutkan pelajaran dalam bidang perubatan haruslah sejurus selepas menamatkan sesi sekolah menengah. "

***

1) Pelajar-pelajar yang telah lewat menyertai program perubatan adalah mereka yang telah mengambil kursus persijilan A-levels selepas tamat pengajian peringkat sekolah menengah.

2) Program A-levels mengambil masa selama setahun setengah ke dua tahun.Ianya seperingkat dengan Diploma. Dan dengan menggunakan sijil A-levels,seseorang itu layak untuk mendaftar masuk ke mana-mana university seluruh dunia bagi menyambung pelajaran dalam peringkat Degree/Sarjana Muda. (bergantung pada universiti mengikut negara juga)

3) Seharusnya tiada had umur dalam penyertaan program. Semua orang yang mampu (mampu untuk membawa subjek2 yang akan dipelajari) adalah layak regardless of his age and background.

4) Jikapun had umur ini bertujuan untuk memotivasikan para pelajar agar tidak melengahkan waktu sebelum mendaftar masuk,Atupun supaya para doktor yang lahir tidak TERlanjut usia,maka benar-benar method itu adalah tidak wajar

Kenapa tidak wajar?
Umur.HAD?
Tidak semestinya kita menggunakan satu jalan sahaja untuk graduate sebagai seorang doktor.Lain orang punya lain cara dalam mencapai cita-citanya.Ada orang perlu/terpaksa melalui program yang berlainan dan ada orang tidak perlu.
Umur tidak patut dijadikan kayu ukur kerana manusia bebas menuntut ilmu.Selagi dia ada keupayaan dalam membawa silibus perubatan, dia layak. Ilmu itu milik ALLAH.Dan peraturan hidup masing-masing juga adalah milik ALLAH.

Doktor TERlanjut usia.
Selagi dia bertauliah dalam usaha bantu mengubati orang, dia boleh dan dia layak. Tidak kira berapa ratus jua usianya. Selagi dia masih hidup, selagi dia masih mampu dan selagi dia masih MAHU. Dia boleh. Malah, bagi saya personally, lagi tua doktor itu, lagi saya percaya.

Kesal dengan undang-undang yang tidak jelas rasionale-nya.

Saturday, May 9, 2009

Jaga yang 5 dapat yang 5

Lima perkara semua kita mahukannya dan kita usaha utk mendapatkannya

1-وجه جميل
1:wajah yang cantik

2- فلوس بالملاين
2: duit yang banyak

3- صحة قوية
3:kesihatan yang baik

4 - اولاد شاطرين وفالحين مثلنا
4:anak2 yg cerdik dan berjaya (yg tdk meninggalkan suruhan Allah, yg hafal ayat2 Allah)

5-نوم عميق من دون مهدئات و أدوية
5:tidur yang nyenyak tanpa ganguan

سهلة جدا و بوصفة سحرية و سهلة تستغرق 15 دقيقة يومياً ! كيف؟؟؟؟؟
senang jer untuk mendapatkannya hanya 15minit setiap hari.

قال رسول الله صلى الله عليه وآله وسلم :
kata nabi saw

من ترك صلاة الصبح فليس في وجهه نور و من ترك صلاة الظهر فليس في رزقه
siapa yang tinggalkan solat subuh tiadalah padanya nur di wajahnya
dan siapa yang tinggalkan solat zohor tiadalah padanya rezki yang berkat

بركة و من ترك صلاة العصر فليس في جسمه قوة و من ترك صلاة المغرب فليس في
dan barang siapa yang tinggalkan solat asar tiadalah padanya kekuatan badan,dan siapa yang tinggalkan solat maghrib tiadalah padanya anak2 yg bermanfaat

أولاده ثمرة و من ترك صلاة العشاء فليس في نومه راحة
dan barangsiapa yang tinggalkan solat isyak tiadalah padanya tidur yang nyenyak

بلغ عن الرسول (صلى الله عليه وآله وسلم ) ولو آية
sampaikanlah daripada nabi saw itu walaupun satu ayat..


Friday, May 8, 2009

iklan raya petronas 2007. Burung Murai.



Terlalu besar dan terlalu banyak pengorbanan kedua ibu bapa kita untuk kita menyakiti mereka.
Hargai setiap detik bersama mereka.

Pisang Cake.


Harini merupakan salah satu hari yang paling bahagia dalam hidupku, melihat suamiku yang jarang ada dirumah, melayan kerenah anak sulong kami....

Eh..eh.. Silap, Tu script iklan raya Petronas yang pasal Burung Murai tuuu.
Kalau tak tgk lagi,Kang ana post satu lagi entry pasal iklan tu.

Ok, Harini ana telah melawan segala rasa malas membuat cake dan telah ALHAMDLILLAH, berjaya membuat cake dengan sendiri. First attempt, Cake Pisang.

Bahan-Bahan:

Pisang (4 atau 5 biji)
Telur (3 biji)
Gula (satu cawan)
Tepung gandum , guna tepung roti pun boleh ( 2 cawan)
Baking powder (1 sudu kecil)
Vanilla (1 sudu kecil)
Soda bikarbonat (1/2 sudu kecil)
Minyak (3/4 cawan)

Cara-cara :

Pukul telur dan gula sehingga kembang. (bila dah naik buih and warna putih, kembang la tu)
Dalam bekas lain, lenyek pisang sekali dgn soda bikarbonat tu,biarkan 15 min.
Dalam bekas telur tadi, masukkan tepung,minyak,baking powder dan vanilla.Gaul sampai sebati dan puas hati.
Masukkan lenyekan pisang.
Kacau punya kacau.SIAP.
Transfer adunan dalam bekas untukdibakar.
Masukkan dalam oven, api tidak terlalu kuat ye.
Biarkan untuk lebih kurang setengah jam. Tapi kejap-kejap, kamu pegilah cek.


Thank you Murshi bagi recipe ini.
And to mama.... i Love You ma. Cakes always remind me of YOU.

Anisah Ali membuat cake.

Tuesday, May 5, 2009

Layang-layang kita.

Lukisan ANISAH ALI waktu tadika.Mama simpan.

Hari ni banyak angin
Hari ni angin kuat.

Aku berjalan di kuliah, terbang-terbang tudung dupukul angin.
Tengok tudung orang lain pun terbang-terbang juga.
Walaupun dah masuk musim spring, tapi sejuknya disertai hembusan angin kota iskandariah ini membuatkan aku merasa seolah-olah musim winter belum lagi pergi.

Dalam solitude aku berjalan sendiri, sambil menentang angin kuat yang bertiupan, fikiran aku mengimbas imej-imej waktu aku kecil-kecil dulu.Main layang-layang dengan adik.

Kalau kita semua ingat lagi,waktu dulu (sekarang pun masih lagi kot) permainan tu bermusim. Kalau musim batu seremban, semua orang nak main batu seremban. Kalu musim tamiya, semua orang nak beli kereta tamiya, dan bila musim layang-layang, semua orang nak ada layang-layang,Dan waktu itu, aku dan adik juga dibelikan layang-layang. Aku punya gambar Spiderman, dan adik pula gambar Superman.

Waktu aku dan adik kecik, around tadika ke darjah 1, mama baba tak dapat nak tumpu perhatian sangat pada kami kerana Kak Long sakit. Dia menghidap barah otak.Jadi, yang selalu layan kami adalah orang gaji kami, Kak Misah aku panggil dia. Dia orang melayu,orang perlis. Kak Misah lah yang selalu bawak aku dan adik ke taman permainan dekat dengan rumah kami di ampang jaya.

Asal ada angin je, nak naikkan layang-layang.Pantang berangin, mesti nak terbangkan layang-layang.Tak nak kalah dengan anak-anak jiran sebelah. Seronok bila teringat balik. Sampailah satu hari tu, layang-layang aku tersangkut pada wayar elektrik depan rumah.Aku tak reti nak ambil.Adik pun hanya mampu tengok saja.Aku pun membiarkan,pasrah.Selang dua tiga hari, layang-layang adik pulak rosak. Dua-dua tak dapat main layang-layang lagi.

Setiap hari bila lalu tiang elektrik tu, aku pasti menjenguk melihat layang-layang aku yang tersangkut.Nak minta baba belikan layang-layang baru, aku dan adik takut.Jadi kami pun biarkan aje.

Kemudian, satu hari... baba bawa kami ke kedai mahbob. Setiap minggu memang baba akan bawa kami ke kedai mahbob tu, kedai buku. Baba beli magazine dan kami akan beli stickers.
Pada hari tu, sebelum balik, tak tahu kenapa, baba berhenti di kedai sebelah kedai mahbob dan dia offer kami sambil menunjuk pada satu plastik.Plastik layang-layang! , " haa, kak ngah and adik nak tak? nak yang mana?". Aku tak ingat macamana rasa gembira aku pada waktu itu, tapi yang pasti..... sebagai seorang anak kecil, aku tahu bahawa Baba dah menggembirakan hati aku dan adik aku pada hari itu.

Dan esoknya, baba ajar kami main layang-layang.

Terima Kasih Baba. Terima Kasih Mama.
Nisa dan adik tahu, kamilah duniamu. Dan ketahuilah juga bahawa dikau juga dunia kami.

Anisah Ali menulis lagi.

Dia dekat sangat dengan kamu.

Abu Hurairah r.a. memberitahu bahawa Rasulallah s.a.w. pernah
bersabda, Allah s.w.t. berfirman:

"Sesungguhnya Aku adalah sebagaimana yang disangkakan oleh hambaKu,adalah Aku bersamanya apabila dia mengingati Aku.Jika dia mengingati Aku dalam hatinya,maka Aku mengingati dia di dalam hatiKu,dan jika dia mengingati Aku dalam jamaah,maka Aku mengingati dia dalam jamaah yang lebih baik (iaitu dalam jamaah para malaikat yang maksum dan suci dari segala dosa).Apabila hamba Ku mendekati Ku sejengkal,maka Aku dekati dia sehasta.Apabila dia mendekati Aku sehasta,maka Aku dekati dia sedepa.Dan apabila dia datang kepada Ku berjalan, maka Aku dekati dia dengan berlari."

(Hadith Riwayat Muslim)

~~~

Every grain of sand,
In every desert land, He knows.
Every shade of palm,
Every closed hand, He knows.
Every sparkling tear,
On every eyelash, He knows.
Every thought I have,
And every word I share, He knows
Allah (SWT) knows.

^_^

7 sunnah Rasulullah s.a.w


JAGA 7 SUNNAH RASULULLAH S.A.W.

Pertama: tahajjud, kerana kemuliaan seorang mukmin terletak pada tahajjudnya.

Kedua: membaca Al-Qur'an sebelum terbit matahari.

Ketiga: jangan tinggalkan masjid terutama di waktu shubuh.

Keempat: jaga solat dhuha, kerana kunci rezeki terletak pada solat dhuha.

Kelima: jaga sedekah setiap hari.

Keenam: jaga wudhu terus menerus kerana Allah menyayangi hamba yang berwudhu.

Ketujuh: amalkan istighfar setiap saat.

P/S Kalu x boleh buat semua, jangan tinggal semua... InsyaAllah.

^_^

Monday, May 4, 2009

to anonymous dan yang seangkatan dengannya.

Salamullah aleik dan Basmallah sebagai pembuka bicara.

Ana ingin menyatakan sedikit discomfort di sini.

Kepada pembaca-pembaca yang dirahmati ALLAH sekeliaann..
Ana tahu antara pembaca-pembaca ni, ada yang benar-benar concern tentang ana.
Ye, ana hargai.Sungguh!
Tapi, bila dah terlalu banyak teguran yang menunjukkan kerisauan lebih dari sokongan dan dorongan, ana agak kurang selesa.

Please. Please. Apa-apa e-mail saja. Kita bincang-bincang di YM barangkali pun bagus juga.

Ana perasan, yang dirisaukan itu byk berkenaan dgn dunia cinta ana. Ye Ke?? Ana betul ke ada dunia cinta? Mungkin bagi mereka-mereka yang risau, marilah kita bincangkan. Add ym ana, dania_affina. (serious ni).

Maafkan ana jika entry ini ada unsur2 marah atau kekerasan. Tapi, izinkan ana meluahkan rasa.
Ini ruang ana.

Syukran atas sokongan yang PERNAH kalian beri. Ana tak perlukan kebimbangan tapi doa,kepercayaan dan sokongan kalian.Itu yang ana masih harapkan.


serious - ANISAH ALI.

Saturday, May 2, 2009

Ukht al-mahboobeh.

Kak Balqis & Me

Bermula dengan perkenalan yang tak dirancang.
Gurau suka-suka,Gelak berjenaka, Kenal-kenal nama.
Lantas terbina satu titian mahabbah antara 2 hati atas platform Ukhuwwah Fillah.

Ana memang dah lama simpan rasa nak rapat2,rasa berkeluarga dengan kakak-kakak di bumi mesir ni.
Bukan hubungan semata yang ana cari, tapi apa kebaikan yang ana boleh dapat dari mereka juga.InsyaALLAH.
Iyalah, ana jarang rasa jadi adik.Diberi perhatian,dimanjakan.Sekali sekala sementara boleh, nak jugalah merasa. Hehe.

Kak Balqis, atau lebih mesra ana panggil Kak Yang.
"Baru kenal sehari, dah rindu"katanya.
Ana juga rasa begitu. Kehadirannya bagaikan satu hadiah dari ALLAH buat ana.
Bagai terjawab segala doa dan permintaan ana sebelum ni.

Kak Yang seorang yang sangat baik,penyayang,banyak pengetahuan dan setiap kali kami berbual berborak, pasti akan ada juga pengisian2 diri yang dia selitkan. Tak pernah kosong perbualan kami. Banyak yang ana dapat dari dia.

Kelmarin,ana,Fida Yo,Angah,Pya papaya dan Sufi sleepover di rumah dia di mandarah.
memang seronok. Kami terdatang lewat sikit (lewat sikit ke banyak kak yang??? hehehehe) atas sebab-sebab tertentu. Sesampai je di rumahnya, terus dia denda kami.
Tapi kami tak kisah, pasal denda dia Best. Kene habiskan Kuih Muih yang ada di rumah dia. Ngeh ngeh ngeh.

Keesokan paginya,selepas subuh berjemaah dan selepas sedikit tazkirah ringkas.Kami exercise poco-poco kejaap, kemudian terus berjalan ke pantai mandarah.
Pagi tu tenang sangat,nyaman dan sejuk.
Air laut pun sejuk membeku.Sampaikan pya pun pitam-pitam (ni pitam bbtul tau, bukan main2.)


Seronok luang masa dengan kak yang.
Nisa sayang kak yang.
Uhibbuki Fillah abadan abada.

P/S: kak Yang...tak payah la balik msia awal sangaaaat. :(

menulis dari hati, Anisah Ali

Super Contentment!

See the happiness?

Truly
This morning, is a beautiful morning.

and This feeling, is a wonderful feeling.

Why so?

Because this morning.....

I just got a phone call from a classmate telling that " PAGI NI TAKDE PRACTICAL!!"


Verily my day shall start at 12 today!!!!

i now can sit and treat myself with a deluxe meal of healthy breakfast,
or probably continue lying in my bed..
or perhaps go swimming in the blue crystal clear sea of mandarah.
or maybe i can loosen myself up a little bit with a chocolate bar while star jumping,singing and dancing merrily in this little area where im sitting now called 'the living room'.
waaaaaaaaaaaahhh...What a feeling.


Super Contentment of the day!


Early in the morning, i was already happy, and now ALLAH give me more happiness.

A continuous chapter of happiness.

O Allah, only YOU deserve Our gratitude and Thankfulness.
Ya ALLAH,You held my heart and guided me.
Keep me safe in Your light of Guidance and let me be among the best of Your slaves.

(^__^)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...