Monday, December 29, 2008

Bags under the eyes


E.y.e B.a.g.s

for staying up so late to cover the topics not covered earlier.
Silap siapa..Haa.. jawab sendiri.(padan muka!!)

All my YM friends list for Alex Med Batch 08 were online too...til late TOO.
And everone were on the BUSY status. Definitely busy reading,scribbling notes and stuffing each tummies with junkies. Thanks to Chibsi,Doritos,MORO and Snickers for being so yummy.

Ya Allah! Kurniakanlah kami fahaman para nabi dan hafalan para rasul serta mendapat ilham para malaikat yang hampir denganMu juga kurniakanlah kami kesihatan wahai Yang Amat Mengasihani.Terangkanlah hati kami seperti terangnya hati-hati orang yang arif.Berilah kami ilham petunjuk (kecerdasan) dan lindungilah kami dari kejahatan nafsu kami.

Tuesday, December 23, 2008

Rantai Rasa

BismillahiRahmaniRaheem.

Dalam Bilik.
Mood sekarang : Sayu dan rindu orang-orang jauh.
Mendengar : a few songs by Nitrus and Opick.

Sunnah kehidupan, tak setiap masa kita gembira,tak setiap hari kita ceria. Ada masa kita suram dan sayu.
Macam ana harini, mood ana tak seperti hari-hari biasa.Ana tak berapa nak seronok dan ceria. Buat-buat ceria boleh..tapi tak ikhlas.
Nak bercerita dengan orang pun, berfikir dua kali.
Lebih mahu bersendiri.Balik dari kuliah pun mahu berjalan sorang-sorang.
Harini hujan di iskandariah. Suhu jatuh, 16darjah harini. Memang sejuk.
Berpeluk tubuh ana jalan kesejukkan,melayan titis-titis hujan yang gugur.
Rasa macam nak balik Malaysia je,nak peluk mama, peluk maktuk. Rasanya tu saje yang boleh buat ana bahagia buat masa ni.

****
Semalam baba call, kasi bercakap dengan maktuk. Ana luah,"atuk..Nisa rindu sangat dekat atuk".. jawab atuk, "Atuk pun gitu jugee, selalu terfikir aje. Anisah belajar sungguh-sungguh sane yee". Bercucuran air mata ni jatuh. Ana rindu sangat pada maktuk (mak baba).

****
Tak tahu kenapa rasa macamni.
Mungkin pasal asyik galok je, gembira sangat dengan kawan-kawan setiap hari. Sedangkan ada peringtan : Bila gembira jangan keterlaluan, nanti esok bersedih-sedihan.

Tapi elok juga mood ni datang.Ana tenang sikit. Tak banyak bercakap.Tak banyak berinteraksi.Taknak kehadiran orang,nak dekat dengan ALLAH je.Pasal itu saje yang menenangkan.Kan?

Adanya perasaan ni pun atas izin Allah dan sesungguhnya Allah mengenali kita lebih dari kita mengenali diri kita.

Takpelah.Cukup.
Tak mahu dilayan sangat perasaan sayu-sayu ni.
Tak mahu aura sayu ni tersebar kat rumah ni.Nanti yang lain pun terasa sayu jugak.

hmm.
Apapun,ana masih ada rasa bahagia kerana ana masih ada tempat mengadu.
Tak jauh..DIA dekat. Biar ana mengadu pada DIA saje kerana ana tahu..DIA tak pernah melupakan,tak pernah menghampakan.

~ nak solat ~

Harap-harap esok ana kembali ceria.

wslm.

Rantai Rasa : anisah

Thursday, December 11, 2008

[-SPACEBAR-BERTUAH-]


BismillahiRahmaniRrahim.

This-is-a-story-about-a-girl-who-has-a-syndrome-called-'spacebar.malfunction'.
At-first-her-spacebar-was-still-okay.Only-half-side-of-the-spacebar-was-not-functioning-well..
This-girl-then-thought-she-can-repair-it-on-her-own-as-it-was-not-a-big-problem,so-she-took-a-ruler-and-poked-the-spacebar.Then-BOOM..she-damaged-the-whole-thing.And-so,Timberland-sang-"damages-done,so-i-guess-ill-be-leaving".HAHA!

NOW,She-had-to-use-the.---->'-'symbol-as-a-substitute.

-

Friday, December 5, 2008

Lawak jenaka malam ni.

Bismillahi Ar-Rahmani r-Rahim.

Aminah-aminah rumah ana berentap lagi.
Jam dah pukul 2am.
Belajar SEPATUTNYA.
Semua on the net, bukak wikipedia, cari maklumat tambahan. (bagus kan!)
Lama-lama..
Rasa nak tengok diri masing-masing ni famous ke tak..
Mula lah.

google search - Images
Type nama masing-masing.

Lala buh nama dia -Nabila Yahya. (dia type dekat-dekat)
Result :
Your search-Nabilayahya- did not match any documents.
Did you mean Nabi Yahya . ???? HAHAHA!!

Sofia pulak. Dia type nama penuh dia, Sofia Hazira.
Jeng jeng jeng..
Bukan keluar gambar dia.. Keluar gambar Lindsay Lohan! Sejak Bila?? HAHAHAHA!!

Gambar binatang pun banyak. Nama-nama binatang peliharaan rupanya. HAHA!
Setengah jam kami duk pecah perut gelak.Geli hati tengok results masing-masing.

And, after that, we came back to our senses..sedar yang banyak sangat gelak boleh menggelapkan hati. lagho-Lagho. Semua sambung study semula...

*Dah penat study, kita kene 'minum dulu'. kan? Itu lah dia antara acara-acara 'minum dulu' kami bagi menghilangkan ngantuk. =P


KITA MINUM DULU...!!




Anisah. Ahaha.

Thursday, December 4, 2008

Lawan arus. My buddy AL and I.

Anisah dan Alia.
The Rule Breakers.
Cemana kami dapat nama tu.
Senang saje.Break rules!!

Takde satu rules yang kami takpernah langgar, kecuali rules yang besar-besar lah. Hehe.
Kan Al kan??

Itu pasallah disini,rules bangunan MARA kami selalu TERlanggar. . .
Tak boleh keluar after 7pm?? Erks, TERkeluar pulak. KFC dekaat je.Takpe,Selamat. =P
Kene balik before 6pm?? Oops, sorry.. terlajak ke 8pm la pulak. =P

Outing with 'Olla , Aayah and Layla.
Our Alexandrian friends.
Bubbly.


Kabseh. Owh Heaven!!
Yes al.. The fingers.. I know you're happy with your kabseh.

Hari outing ni yang TERbalik lewat.
Sorry orang MARA.
Huh?

____________________________
______________


Alia.
My eyes.
My ears.
My rasionale.
My AL!
Ana Uhibbuk fillah!



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...