Monday, August 3, 2009

orang-orang dah lain

Hari pertama di kampung halaman, Malaysia.
Aku dan adik ke PCfair.Hari terakhir PCfair. Hamdlillah ana sempat.
Ada beberapa barang yang perlu kami beli sementara ada offer-offer dan lelong.
Seperti biasa lah, bila PCfair di KLCC.
KLCC akan sesak dengan manusia yang pelbagai jenis dan ragam. Pelbagai warna dan rupa. Pelbagai Bau juga. :P hehe.

Memandangkan kes kematian akibat H1N1 telah mencatat angka yang membimbangkan, ramai yang berjalan dengan mask. Dah rupa mask-Rider and Ninja Turtle dah orang-orang tu.Hehe.Langkah bijak sebenarnya. Tanda mereka ambil berat tentang nikmat kesihatan yang Allah kurnia pada mereka. But this is not my point today.

Ana nak meluahkan sedikit rasa terkilan dan hampa, biarpun ana tak terkejut kerana bi'ah di Malaysia sekrang memang menjangkakan anasir-anasir sebegitu, namun ana semakin hari, semakin kesal dengan apa yang ana lihat dah berubah di Malaysia ini.

Paling jelas adalah aspek Hijab/Tudung para akhawat atau lebih dekatnya ana guna gelaran "adik2" dan "Kakak2" di sini. Semakin Singkat tudungnya. Alhamdulillah masih melekat bertudung. Cuma makin singkat dan makin jarang. Appaaa punyaa tuurrr.
Rasanya sebelum ni, boleh lihat ramai lagi lah kita-kita yang etika hijabnya masih tepat dan kena.Biarpun tak labuh mana sekalipun,tapi masih menutupi dada. Dan seingat ana lah, sebelum ni, ramai aje kita-kita yang bertudung labuh(baik tudung mini atau tudung 3-segi labuh).

Sekarang? Makin pupus 'kita-kita' ni. Terbunuh dek budaya baru. Mati dek zaman.

Kedua.
Ramai dah yang tak reti nak menjawab salam.
Apo Cittoo ni woiT!

Meh nak ajar jawab.. ikut ye...kita sebut sama-sama.

Wa - `Alaaaiiikummm - Musss - Salaaaaam - Waa - Rahmatullaaah.

Boleh? Ke nak cuba lagi sekali??

Hayhh..

Ade ke, ana hulur ucapan salam kat counter, nak tanya soalan tentang tiket parking..

" Assalamualaikum kak..."

Akak tu kerut dahi, " Ye? "

Aik? Dah singkat dah jawapan salam sekrang eh? Dulu dah singkat "KomLam" skrang jadi lagi singkat, "YE" je??

Takpelah, mungkin dia jawab dalam hati (bak kata Biah).

Kemudian tadi,ana nak bayar barang..

"Ha, Assalamualaikum kak.."

Akak tu respond...DENGAN SENYUMAN JE! tak dengar pulak dia jawab salam tu ha.
Tak Apelah.. sekurang-kurangnya dia bersedekah kat ana yang bagi salam ni ha.. dia Senyummmm. dan MUNGKIN, dia menjawab dalam hati... (bak kata biah lagi)

Kemudian, ana jalan lalu depan 2 budak sekolah menengah perempuan, Drang pandang-pandang ana, jadi, ana pun angkat kening dan "Assalamualaikum..." sambil senyum.

respond derang : Pandang each other.. senyum balik kat ana. Then tunduk2. Samalah kesnya dengan akak cashier tadi tu. Rajin bersedekah senyuman. elok je. Cuma lebih MUSLIM kalau dijawab salam tu, lagi-lagi dengan jawapan salam yang lebih baik dari salam yang diberi.

Cukup dua point ini ana luahkan.
Budaya Islam dah semakin dilupakan, semakin ditinggalkan.
Kita kene mula hidupkan semula.
Kalau tak bagitau pun, kita semua tahu yang Itu tanggungjawab kita, generasi kita!
Ye? InsyaALLAH.
Jadilah kita muslim-muslim yang berfungsi. Moga ALLAH bekal semangat dan sokongan.

Allah Ma'ana.

Kami Ke Bintang. :)



Alhamdulillah.
At last,It was a smooth landing.
Selepas captain mengumumkan yang kami akan mendarat 'sebantar lagi', hampir 30 - 45 minit kami tunggu kapal terbang tu nak mendarat, tak darat2.
Kapal terbang duk buat Round-about kat atas langit tu, 2-3 kali. Anxious semua orang dibuatnya.

Ana dan Alia duduk bersebelahan di seat paling tepi. Ana sebelah tingkap, alia sebelah ana.
Memang gegar kapal tu kami buat. Segala lawak sewel yang boleh dibuat, kami buat. Segala topik yang boleh kami bincangkan, kami bincang. Segala posisi tidur yang kami boleh buat, kami buat.
Dan alia tak habis2 nak nyanyikan ana lagu " plis..plis..plis...kamu jangan nakal" (ade lah ceritera di sebalik lagu ni. hahehehe)

Penerbangan yang mengambil masa 11 jam tu terasa terlalu lama. Ana tak sabar nak jumpa ahli keluarga barangkali.

Dan bila tayar kapal dah dilepaskan, dan akhirnya jejak ke bumi malaysia, terasa satu semangat meresap masuk kedalam jiwa ini. berkobar-kobar untuk pantas melangkah keluar dr pesawat.

Sempat lagi, ana, Alia dan Almas singgah di kedai perfume selepas melepasi checkpoint kastam tu. Nak sembur2 perfume 'tester'. Biar wangi waktu peluk2 keluarga di luar nanti. Hehe.
Kesempatan percuma jangan ditolak. :P

Selepas kutip bagasi kami. Kami keluar. jelas terlihat wajah2 seronok gembira setiap ahli yang menanti kepulangan anak2/adik/kakak/abang mereka.
Termasuklah ahli keluargaku yang menunggu. Mama,Adik, Mak besar dan Datuk.

Antara comment2 pertama :

"Ingatkan nisa balik makin bulat..ni kenapa kurus sangat.." (diarrhea. :P)
"Mak aih..wangi nyee! " (hasil semburan perfume tester tadi..hahaha!)
"Kitrang tunggu dari pukul 9.30pm tadi.." (kami mendarat 10.30pm, keluar 11pm)
" Anisah ni dari mana nii?? " (ha..ni datuk.. hehe.. datuk dah lupa2 sikit..)

Pendek Kata..
The flight was Good. Alhamdulillah.
And we had a great time in the flight (me and alia). We had fun since Super Jet lagi. :P


ANISAH brings her 'egypt' home with her.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...