Kami Ke Bintang. :)



Alhamdulillah.
At last,It was a smooth landing.
Selepas captain mengumumkan yang kami akan mendarat 'sebantar lagi', hampir 30 - 45 minit kami tunggu kapal terbang tu nak mendarat, tak darat2.
Kapal terbang duk buat Round-about kat atas langit tu, 2-3 kali. Anxious semua orang dibuatnya.

Ana dan Alia duduk bersebelahan di seat paling tepi. Ana sebelah tingkap, alia sebelah ana.
Memang gegar kapal tu kami buat. Segala lawak sewel yang boleh dibuat, kami buat. Segala topik yang boleh kami bincangkan, kami bincang. Segala posisi tidur yang kami boleh buat, kami buat.
Dan alia tak habis2 nak nyanyikan ana lagu " plis..plis..plis...kamu jangan nakal" (ade lah ceritera di sebalik lagu ni. hahehehe)

Penerbangan yang mengambil masa 11 jam tu terasa terlalu lama. Ana tak sabar nak jumpa ahli keluarga barangkali.

Dan bila tayar kapal dah dilepaskan, dan akhirnya jejak ke bumi malaysia, terasa satu semangat meresap masuk kedalam jiwa ini. berkobar-kobar untuk pantas melangkah keluar dr pesawat.

Sempat lagi, ana, Alia dan Almas singgah di kedai perfume selepas melepasi checkpoint kastam tu. Nak sembur2 perfume 'tester'. Biar wangi waktu peluk2 keluarga di luar nanti. Hehe.
Kesempatan percuma jangan ditolak. :P

Selepas kutip bagasi kami. Kami keluar. jelas terlihat wajah2 seronok gembira setiap ahli yang menanti kepulangan anak2/adik/kakak/abang mereka.
Termasuklah ahli keluargaku yang menunggu. Mama,Adik, Mak besar dan Datuk.

Antara comment2 pertama :

"Ingatkan nisa balik makin bulat..ni kenapa kurus sangat.." (diarrhea. :P)
"Mak aih..wangi nyee! " (hasil semburan perfume tester tadi..hahaha!)
"Kitrang tunggu dari pukul 9.30pm tadi.." (kami mendarat 10.30pm, keluar 11pm)
" Anisah ni dari mana nii?? " (ha..ni datuk.. hehe.. datuk dah lupa2 sikit..)

Pendek Kata..
The flight was Good. Alhamdulillah.
And we had a great time in the flight (me and alia). We had fun since Super Jet lagi. :P


ANISAH brings her 'egypt' home with her.

Comments

Zakiah Zazli said…
selamat pulang ukhti ^_^

Popular Posts