dialah suami solehku


sempat dia bertanya padaku

"tahu tak siapa isteri solehah?

aku menggeleng.

sambil dia mengucup dahiku, dia menjawab
"sayanglah isteri solehah"

aku senyum,
dalam hati hanya Tuhan yang tahu betapa berbunganya hatiku.
tapi aku tak tunjuk.

kami bersalaman dan berpelukan kemudian aku melihatnya, kekasih hatiku, keluar dari pintu.
betapa sedih dan luruhnya hati ini melihat dia keluar,pulang ke mansurah.
sebelum air mata mengalir lagi hati dah teresak-esak menangis.

Aku sampai hari ini belum pandai untuk berjauhan dengan suami tercinta.
barangkali aku terlalu memanjakan diri. sentiasa mahu dia berada disisi.
kerana tak pernah aku sedih, tak pernah rasa susah bila dia berdamping denganku.
bagiku, dialah Anugerah teristimewa yang ALLAH telah hadiahkan buatku, padanya ALLAH datangkan bersama rasa-rasa tenang dan bahagia buatku.

Selang 5 minit, loceng rumah berbunyi.
Pintu kubuka dan Mona, anak penjaga rumah, menjenguk dan menghulurkan aku sekeping chocolate. katanya ianya dari Seif.
Kejutan demi kejutan yang datang dari suamiku.
Terharu dan bersyukur aku mendapat seorang suami yang benar-benar kisah dan peka tentang isterinya.

sepanjang kehamilanku, banyak makanan yang aku tak boleh terima kecuali chocolate. Bagilah apa-apa jenis chocolate, semuanya masuk saja dan takkan dimuntahkan balik. (manjanyaa selera aku ni..)

Menungku dipembaringan setiap malam mengimbas kembali setiap detik bersama suami.

November 2010, Oxford Street, London.
Kami kesuntukan masa waktu tu,
kedai-kedai tutup pukul 8pm
dan waktu tu jam ditangan sudah pukul 6.30pm.
Suamiku ada barang yang ingin dicari, begitu juga aku.
dan barang-barang kami berada di kedai yang berlainan.
jadi waktu tu kami decide untuk berpecah.
Adikku menemannya ke kedai yang dihajatkan dan aku pergi sendiri ke kedai yang aku hajatkan.

selepas sejam lebih kurang, masing-masing dah dapat apa yang dicari.
Aku menunggu ditempat duduk berhadapan dengan kedai yang aku masuk tadi.
tunggu-punya tunggu tak muncul2, sangkaanku mereka belum selesai membeli belah.
lalu aku pun menuju kesebuah kedai yang lain.
terus ternampak mereka berdua.
baru lepas membeli sesuatu dari kedai tersebut.

sampai dirumah,suamiku memberiku sebungkus hadiah, rupanya-rupanya Suamiku telah mengajak adikku masuk ke kedai kedua tu, semata-mata untuk membelikan aku hadiah tersebut.

Beberapa kali sepanjang 2010 dan 2011

Suamiku keluar untuk mengerjakan solat jumaat dibawah.
setelah selesai solat jumaat, aku menunggu, suamiku tak pulang-pulang lagi.
aku terus menunggu. dalam hati dah mula risau. takut ada apa-apa yang terjadi pada diri insan yang aku cintai itu.
Aku terus menunggu sambil tak henti doa dalam hati mudahan dia selamat dalam apa jua keadaan pun.

Pintu diketuk, loceng dibunyikan.
aku membuka pintu, dan wajah suamiku tersengeh diluar pintu.Aku membalas senyumannya.
apabila aku menghulurkan tangan untuk menyalamnya,
dia mengeluarkan tangan dari belakang dengan memegang sejambak bunga dan dihulurkan kepadaku.
hadiah untuk aku.

Suamiku tak pernah penat membuat aku gembira.
bila aku fikir semula, apa saja lah yang aku dah buat untuk dia?

Tiada ayat yang dapat aku gambarkan pada kalian betapa hati ini sentiasa rasa bersyukur dikurniakan suami sepertinya. Yang sentiasa menghargai diri ini. yang sentiasa menyayangi diri ini walau aku dalam kesilapan sekalipun.

Bila aku letih, dia memudahkan urusanku.
Bila aku sedih, dia yang menenangkan aku.
Bila aku membuat kerja-kerja rumah, pasti dia menolongku.
Bila aku gembira, dia menambah kegembiraanku dengan merasa gembira bersama.
Bila aku bersedih hati, dia mengingatkan aku pada kebesaran Ilahi.
Bila aku lupa atau leka, dia mengingatkan aku.
dan bila aku mencari, dia yang menjumpakan.

Aku tidak meminta hadiah-hadiah mahupun perkara-perkara lain darinya,
cukup aku ada dia disisi dan cukup aku tahu aku sentiasa dihatinya dan didalam doanya sudah membuatkan aku rasa sempurna.
cukup rasa seperti manusia paling bahagia.

dan bagiku, dialah Suami Soleh dalam hidupku.

Aku memohon, mudahan ALLAH memelihara hubungan kami.
Menjauhi hubunagn dan cinta kami dari karat-karat dan kotor-kotor duniawi.
Moga ALLAH memelihara dan menaungi hubungan kami dibawah Redha-Nya serta ditempatkan kami bersama orang-orang yang berkasih sayang kerana-NYA.

Berkasih Bercinta sampai ke Syurga, InsyaALLAH.

Comments

عين said…
SUBAHNALLAH. indahnya kisah ni...Allah.....ain doakan semoga kasih yg dibina sampai ke syurga Allah. (- -)
Dr Anisah Ali said…
Syukran, Ain. :D

Nisa juga mendoakan kebahagiaan Ain.
Allah yubarik fik.
عين said…
nisa.........
teringin nak tau kisah bagaimana lamaran penyatuan 2 hati ni berlaku..:) boleh? kongsikan nnt ye
Dr Anisah Ali said…
hehe. InsyaALLAH... segan pulak. nisa cerita private2 dgn ain je lah. :P
:')

rasa sebak baca cerita kak nisa. terasa mahu memiliki cinta seperti itu :)
Dr Anisah Ali said…
syukran anis, kak nisa sendiri berlinang air mata menulis entry ni. rindukan kekasih. :)

Every lady deserve her prince charming, and insyaALLAH Anis juga akan bertemu dengan pasangan ideal anis.hehe. dah jumpa dah pun kan. :D doa kaknisa bersama anis.
عين said…
ok2..ain tunggu, kat YM bila2 nmpk ain tu ok ? :) sbnrnya ain pn ada something nk mntk pndgn nisa jgk, yela nisa kan da lepas...hehe. kena mntk pndgn 'junior'
Unknown said…
comel jew story kamu....hehehehe,,,salam perkenalan....jom singgah blog ayu http://qaysaasupplement.blogspot.com
Anonymous said…
It's good to see this information in your post, i was looking the same but there was not any proper resource. I have also avail information about the best new project Tata Raisina Residency
Watersport said…
Ma chik Numpang iklan ya
Watersport murah di Bali nih
Anda mau libur ke Bali ingin menikmati hiburan watersport dengan harga promo hub kami di 085237758479-085333307489
atau anda kunjungi website kami :
Parasailing - banana boat -sea walker - jetski -Scuba Diving - snorkling - Donut - glass bottom boat - Turtle Island ( pulau penyu ) Flying fish . apakah anda sudah membahagiakan saudara kerabat atau pacar anda ,dengan harga kami semua puas.
Perhatian :
Harga ini Tidak berlaku apabila pemesanan langsung di lokasi.harga ini bisa di dapat dengan voucher melalui blog ini voucher K.S Sea Groups Bali ( lihat cara dapatkan voucher ) Silahkan anda nikmati harga murah dan promo ini.
K.S Sea Groups Bali
085237758479-085333307489
Unknown said…
official source Good write-up, official statement I am normal visitor of one?s blog, official website
maintain up the excellent operate, original site and It is going to be a regular visitor for a lengthy time.

Popular Posts