Wednesday, April 30, 2008

Evolusi Babi

Dua pelajar pintar dari darjah 2 cerdik,Ahmad Bukhari bin Hasanuddin dan Vincent Lim Eng Sew dipanggil masuk kedalam bilik guru besar Sekolah Rendah Taman Mewah pagi semalam.
Berdiri tegak, ketakutan Bukhari dan Vince dihadapan meja Tuan Saad.
Dengan suara yang garang lagi tegas,Tuan Saad pun bersuara,

T.Saad : Hm!! Bukhari! Terangkan! Kenapa Bukhari memanggil Vincent dengan panggilan yang begitu?

Ahmad Bukhari bin Hasanuddin tunduk.

T.Saad : BUKHARI, KENAPA KAMU MEMANGGIL VINCENT ‘BABI’!!!??!

Terkejut bukhari kerana sentakan Tuan Saad.

Bukhari : Saya…. Sayaa..

Vincent mencelah dengan bahasa skemanya, mahu menjadi batu api, : Dia selalu memanggil saya Babi cikgu!Saya pun tidak tahu mengapa,Namun saya tetap menjadi kawan kepadanya.

T.Saad : Bukhari?? Benarkah? Mengapa ?? Kamu tahu tak itu sungguh biadap?! Kamu mahu cikgu panggil kedua ibubapa kamu datang menghapad??

Bukhari : Jangan cikgu….. Saya minta maaf…

Air mata bukhari mula bertakung.Ketakutan.Menggigil Bukhari.Dia tidak mahu ibubapanya tahu dia dipanggil guru besar sekolah kerana sikapnya yang dikatakan ‘biadap’ itu.

T.Saad : Ini sudah aduan kedua cikgu terima tentang perkara yang sama dari kamu, Bukhari. Sudah 2 rakan kamu yang berbangsa cina kamu panggil ‘Babi’. Sikap ini harus dihentikan dengan segera! Apakah ibubapamu mengajar kamu agar memanggil orang berbangsa cina, ‘babi’??

Bukhari : Tidak cikgu…. Ibubapa saya menididik saya dengan baik…

T.Saad : Habistu?? Kenapa kamu panggil mereka ‘Babi’?? Itu bukan sikap yang baik!

Bukhari : Saya fikir mereka babi,cikgu.

T.Saad dan Vincent terkejut. Vincent hampa kerana rakan sekelasnya sendiri membuat sangkaan yang keji sebegitu rupa.

Bukhari sambung lagi : kan.. We Are What We Eat cikgu…… Vincent kata, dia selalu makan babi. Jadi, dia Babi lah cikgu!

Tuan Saad tergelak terbahak-bahak di tempat kejadian.
Vincent merajuk dengan Bukhari selama 20 hari 20 malam.

Moral of the story, You’re fat simply because you eat fat, and so eat healthy food to become healthy!
HeHe.

Tra La La : anisah

Thursday, April 3, 2008

Karya rindu-ku


Gegar! Gegar!
Atmosfera bergegar.
Berkocak air dalam gelasku.
Bergoncang dinding bilikku.
Bergetar katil tidurku.

Hasil…
Gegaran Rindu
Tak terbendung!!

Berdegup laju jantungku.
Berdegup laju tiada tama’ninah.
Lalu ku baring.
Baring menatap langit.
Masih biru.. masih siang.

Kuhitung-hitung waktu yang panjang.
Menanti saat mentari bersara.
Menanti bulan menjelma segera.

Segera! Segara!
Segeralah mata mengantuk.
Agar segera ku tidur.
Agar segera ku mimpi.

Gegar!Gegar!
Atmosfera bergegar.
Ku mahu! Ku mahu!
Mahu bermimpi segara.
Bermimpi

Berjumpa lagi
dengan-mu.


*****

"Dan diantara tanda-tanda kekuasaanNya ialah, Dia menciptakan untukmu isteri-isteri dari jenismu sendiri, supaya kamu bersenang hati dan merasa tenteram dengannya.Dan dijadikanNya diantara kamu perasaan kasih dan sayang. Sesungguhnya pada yang demikian itu terkandung tanda-tanda bagi orang-orang yang berfikir." - surah ar-Ruum : 21

Mu'adz bin Jabal R.A reported : Rasulullah SAW said, "Allah SWT has said : 'For those who love one another for the sake of My Glory, there will be seats of light (on the day of resurrection), and they will be envied by the Prophets and martyrs.' " -At-Tirmidzi-

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...