Rantai Rasa
BismillahiRahmaniRaheem.
Dalam Bilik.
Mood sekarang : Sayu dan rindu orang-orang jauh.
Mendengar : a few songs by Nitrus and Opick.
Sunnah kehidupan, tak setiap masa kita gembira,tak setiap hari kita ceria. Ada masa kita suram dan sayu.
Macam ana harini, mood ana tak seperti hari-hari biasa.Ana tak berapa nak seronok dan ceria. Buat-buat ceria boleh..tapi tak ikhlas.
Nak bercerita dengan orang pun, berfikir dua kali.
Lebih mahu bersendiri.Balik dari kuliah pun mahu berjalan sorang-sorang.
Harini hujan di iskandariah. Suhu jatuh, 16darjah harini. Memang sejuk.
Berpeluk tubuh ana jalan kesejukkan,melayan titis-titis hujan yang gugur.
Rasa macam nak balik Malaysia je,nak peluk mama, peluk maktuk. Rasanya tu saje yang boleh buat ana bahagia buat masa ni.
****
Semalam baba call, kasi bercakap dengan maktuk. Ana luah,"atuk..Nisa rindu sangat dekat atuk".. jawab atuk, "Atuk pun gitu jugee, selalu terfikir aje. Anisah belajar sungguh-sungguh sane yee". Bercucuran air mata ni jatuh. Ana rindu sangat pada maktuk (mak baba).
****
Tak tahu kenapa rasa macamni.
Mungkin pasal asyik galok je, gembira sangat dengan kawan-kawan setiap hari. Sedangkan ada peringtan : Bila gembira jangan keterlaluan, nanti esok bersedih-sedihan.
Tapi elok juga mood ni datang.Ana tenang sikit. Tak banyak bercakap.Tak banyak berinteraksi.Taknak kehadiran orang,nak dekat dengan ALLAH je.Pasal itu saje yang menenangkan.Kan?
Adanya perasaan ni pun atas izin Allah dan sesungguhnya Allah mengenali kita lebih dari kita mengenali diri kita.
Takpelah.Cukup.
Tak mahu dilayan sangat perasaan sayu-sayu ni.
Tak mahu aura sayu ni tersebar kat rumah ni.Nanti yang lain pun terasa sayu jugak.
hmm.
Apapun,ana masih ada rasa bahagia kerana ana masih ada tempat mengadu.
Tak jauh..DIA dekat. Biar ana mengadu pada DIA saje kerana ana tahu..DIA tak pernah melupakan,tak pernah menghampakan.
~ nak solat ~
Harap-harap esok ana kembali ceria.
wslm.
Rantai Rasa : anisah
Comments
hey,be strong babe! we miss u too here and hoping that everyday will be a good one for u. but i know wpon jauh dr org2 yg trsyg u will adapt wif it, iA (:
take care and yup, only to HIM we feel the peace ^__^
xoxo!