Hilang Rasional.
" Bagi siapa-siapa yang menggunakan sijil SPM 2006 atau 2004, anda diminta bayar penalty sebanyak 500 Genih. "
Aku mengerut dahi, tanda pelik dan tak faham rasionale penalti tersebut.
" Maaf atas segala kesulitan, tapi ini adalah undang-undang kementerian pendidikan mesir.Siapa-siapa yang melanjutkan pelajaran dalam bidang perubatan haruslah sejurus selepas menamatkan sesi sekolah menengah. "
***
1) Pelajar-pelajar yang telah lewat menyertai program perubatan adalah mereka yang telah mengambil kursus persijilan A-levels selepas tamat pengajian peringkat sekolah menengah.
2) Program A-levels mengambil masa selama setahun setengah ke dua tahun.Ianya seperingkat dengan Diploma. Dan dengan menggunakan sijil A-levels,seseorang itu layak untuk mendaftar masuk ke mana-mana university seluruh dunia bagi menyambung pelajaran dalam peringkat Degree/Sarjana Muda. (bergantung pada universiti mengikut negara juga)
3) Seharusnya tiada had umur dalam penyertaan program. Semua orang yang mampu (mampu untuk membawa subjek2 yang akan dipelajari) adalah layak regardless of his age and background.
4) Jikapun had umur ini bertujuan untuk memotivasikan para pelajar agar tidak melengahkan waktu sebelum mendaftar masuk,Atupun supaya para doktor yang lahir tidak TERlanjut usia,maka benar-benar method itu adalah tidak wajar
Kenapa tidak wajar?
Umur.HAD?
Tidak semestinya kita menggunakan satu jalan sahaja untuk graduate sebagai seorang doktor.Lain orang punya lain cara dalam mencapai cita-citanya.Ada orang perlu/terpaksa melalui program yang berlainan dan ada orang tidak perlu.
Umur tidak patut dijadikan kayu ukur kerana manusia bebas menuntut ilmu.Selagi dia ada keupayaan dalam membawa silibus perubatan, dia layak. Ilmu itu milik ALLAH.Dan peraturan hidup masing-masing juga adalah milik ALLAH.
Doktor TERlanjut usia.
Selagi dia bertauliah dalam usaha bantu mengubati orang, dia boleh dan dia layak. Tidak kira berapa ratus jua usianya. Selagi dia masih hidup, selagi dia masih mampu dan selagi dia masih MAHU. Dia boleh. Malah, bagi saya personally, lagi tua doktor itu, lagi saya percaya.
Kesal dengan undang-undang yang tidak jelas rasionale-nya.
Comments
Syukran awii. Nisa tahu kak yang akan sentiasa support kami.:D
Moga perlembagaan lebih telus dan lebih 'masuk akal' sistem dan peraturannnya. InsyaALLAH.
saba je lah arb ni..kami pun kena dulu