Baba and a lot of Camera Photos.

Bismillah

Seminggu yang lepas, baba datang Mesir, atas urusan pekerjaan. 5 hari dia duduk di Kaherah.
Dia sampai sehari sebelum MTC, so, pada hari MTC tu, habis sahaja event, ana terus cabut ke Mahattoh Misr, ambil train ke kaherah tepat pukul 6pm. Naik Asbani (Spanish Railway).Lepas 2 jam suku, ana sampai di kaherah.

Terubat rindu. Kuat juga baba peluk ana.

Makcik saudara selalu ingatkan " Mama Baba tak puas lagi nak timang-timang anak-anak dia, pejam celik anak-anak dia dah besar panjang dah, tak lama lagi dah nak kahwin, nnt dah tak boleh nak peluk-peluk, nak manja-manja. Luanglah masa banyak-banyak dengan mama baba selagi boleh."


dan lagi satu kata-kata dari seorang lagi makcik saudara tentang baba, " You and Adik are his world, all he cares about is your happiness, .."

kata-kata tu sampai sekarang beri kesan pada ana. Dan setiap sesuatu pekerjaan atau amal yang ana buat, antara matlamatnya adalah untuk membanggakan ibu bapa ana dan membuatkan mereka rasa senang.

Keesokkan harinya, ana balik semula ke Alex.

Selepas 3 hari, baba datang ke Alex. Baba book 2 bilik di Hilton Green Plaza. Baba was scheduled to arrive Alex late, around 2 am. So, i had to check-in early for him.Jadi, nnt baba sampai, terus masuk bilik, rehat.

Beginilah selepas dah check-in awal, and the story goes on....

I mentioned 2 rooms right? Ha, Satu bilik ana duduk, lagi satu cik Afida conquer yee.Haha.Tapi utk sekejap sahaja lah, tak payah nak jeles-jeles. Malam tu ayah ana dah datang. =P

Had tea that evening with my pasangan, Cik Afida hanim, or her new nama timangan, IDA! (hahaha).

The next day, friday. Went to Souq (Pasar/Pasau/Paso) with Suhaila Haikal (pasal giliran kami dua), Baba pun ikut. Baba belanja semua. Hamdlillah,Jimat seminggu duit belanja rumah. =P
Beli lauk-pauk yang banyak utk kami masak lunch. Ikan tenggiri, Ikan Pari, Lala dan pelbagai lagi.

Sementara tunggu baba habis solat jumaat, Ana dan Su main singgah-singgah gerai yang ditinggalkan, tuan-tuan kedai pegi solat jumaat. Haa, lepastu su jumpa binatang kegemaran dia ni haa.. Spider-Man! Cuba teka, dia beli tak benda-alah tu?? HAHA!
Biasanya takdelah trolley kami gelembung buncit macamtu.
Kali ni beli banyak, makan mewah sket minggu ni, Hamdlillah. Rezeqi.

Jom tadabbur ayat ni kejap, Surah Al-baqarah : 22
" (Dialah) yang menjadikan bumi sebagai hamparan bagimu dan langit sebagai atap,
dan Dialah yang menurunkan hujan dari langit,
lau Dia menghasilkan dengan itu buah-buahan sebagai REZEQI untukmu,
dengan itu janganlah kamu adakan tandingan bagi ALLAH, padahal kamu mengetahui."

Bila kita bersyukur dengan nikmat ALLAH, sungguh ALLAH akan mendatangkan rezeqi dari arah-arah yang tidak kita sangka-sangka.
Jadi, dapat makan mewah ke, makan simple ke, makan maggi sekalipun, Jangan lupa rafa'kan ucapan Tahmid. Kalau dapat makan sedap2, sebelum berterima kasih pada tukang masak for the day tu, berterima kasih dahulu pada ALLAH.
Mudahan Allah memurahkan rezeqi kalian.

And so, i cooked Kari kepala Ikan tenggiri (mamak style, rebus, no tumis..) dan Masak assam pedas Mama. Mastura masak Lala and Farhana Masak sayur.
Sedap2! =P

Ni periuk2 licin, habis semua balun!
Ana berpuas hati sangat, hamdlillah. Pasal dah lama sebenarnya ana berhajat nak masak sendiri untuk baba. And Alhamdulillah, baba suka and puas hati sangat. (boleh kawin dah?? Boleh? hehe)
Kalau kat rumah, nak masak, nnt mama tolong-tolong, last2 jadi mama yang masak. So, this time, first time dapat masakkan baba on my own. Puas hati sangat disitu. =)

Ni, balik hotel semula, dah makan lauk pauk tadi, dpt makan free kat hotel lagi..Ape lagi!! balun! Fida lah ni hasut ana!
Fish Fingers + Chicken Fillet (Firakh Banneh)

Okay ni dah balik rumah semula.Baba pun dah balik UK pagi tadi.
Ana and Fida pau semua air-air free kat hotel semalam dan antaranya minuman Ectopic Foci ni ha. kegemaran Ana,Su and Fida. BEBSI! hehe.
Sungguh enak diminum begituuu sajaaa.. (please yee..minum dgn ice.Cannot resist one!)

Lepas dinner tadi, vacuum carpet2 yang terhampar dalam bilik ana & mas.Tapi sebelum vacuum tu, bersihkan dulu dust bag dlm vacuum tu. Mak aih!! dah mengandung 9 bulan dah bag tu. 3 bulan punya habuk! haha!

PASIR penuh!! haha!Dasyat kan!

Dan sekarang, anisah nak sambung study.
InsyaALLAH cari peluang utk menulis dan berkongsi lagi.
Terima kasih bagi yang rajin menyinggah..
=)

Buat semua ahli malizi di ardhul kinanah ni, ana ucapkan "Salam Imtihan, Rabbuna Yusahhilkum wa Rabbuna Yunajjah! "

N.B : All pictures in this entry were taken using my phone. 2MegaPix je.=P

Exam , Exam..StUDY!
Anisah Ali.

Comments

Amirah Azmi said…
Anisah,

Amirah menangis baca post ni..Especially the part yg ckp baba nisah peluk kuat and spend la bnyk2 time dgn die.. We are nothing in this world without our dad. May Allah bless them.
Dr Anisah Ali said…
Thank You Mirah!!! =)

True, and dads, the have nothing in this world except for us..
May ALLAH bless us all.

Popular Posts