Insentif Shaklee Tak Pernah Menyecewakan
Bismillahirrahmanirrahim.
Mesti ramai yang tertanya kan, "Ramai duk join bisnes Shaklee tu, dapat apa?".
Nampak macam sama je dengan networking bisnes lain, tapi hakikatnya setiap bisnes tu berbeza dan for me, Shaklee is very special!
So, harini Nisa nak share sikit tentang insentif Shaklee.
Sejak 6 tahun Nisa melibatkan diri dalam dunia bisnes Shaklee, antara sebab terbesar yang buat Nisa setia dan bahagia meneruskan bisnes Shaklee ni adalah insentif-insentif yang ditawarkan.
Tidak Pernah Mengecewakan!
3-4 bulan pertama Nisa join bisnes Shaklee takde lah serious mana. Sales pun biasa biasa saja. Kemudian satu hari tu dapat call dari upline dia bagitahu Shaklee buat offer insentif RM1000 tambahan untuk new joiners yang berjaya naik rank dan maintain rank 2 bulan selepas itu.
Oh Man! RM 1000 reward. Extra cash on top of monthly income. Bayangkan rank pertama pun income bulanan dah 4 angka kemudian dapat tambahan extra rm1000 lagi. Nisa rasa ruginya kalau Nisa ignore insentif tu.
So pada bulan tu jugak Nisa cuba fight, hari hari melekat dengan leader dan uplines, belajar apa yang patut untuk rank up dan Alhamdulillah, Allah mengizinkan.
Tercapailah matlamat nak dapat extra RM1000 tu.
NISA SILAP!
Asbab nisa fight untuk rank up, maintain rank and gradually enjoy building this business.
Dalam tak sedar, tahun pertama join tu Nisa berjaya score insentif shaklee yang lain!
Iaitu, trip insentif tahunan Shaklee.
Tahun kedua sampailah tahun keenam ni, Alhamdulillah Nisa tak pernah lagi miss ticket ticket trip insentif Shaklee.
Kalau kita buat betul-betul bisnes Shaklee ni macam-macam company bagi sebenarnya.
Shaklee ni syarikat yang tak kedekut dengan business owners dia.
Meh Nisa bagi gambaran sedikit bagaimana Shaklee layan business owners dia.
2) Trip ni kalau kita tak dapat pergi, Shaklee izinkan kita wakilkan ahli keluarga untuk ganti. Ada yang wakilkan suami/mak/ayah/adik beradik untuk pergi. Seronok la, achievement tu kita boleh share dengan ahli keluarga. ada syarikat yg strict tau, kalau qualifier tak boleh pergi tak boleh ganti org lain.
3) Itinerary pelancongan dikaji dengan sangat teliti. Tempat-tempat dan Restaurants yang Shaklee bawa sebolehnya yang muslim friendly. Management team siap pergi dulu destinasi tu untuk study tempat mana yang paling penting dan terbaik untuk bawa qualifiers.
4) Hotel semua 4-5 bintang dan ditaja sepenuhnya!
setakat yang Nisa senaraikan atas ni, semua Shaklee bayarkan. belum ada lagi points yang qualifier perlu keluarkan duit atau keringat.
5) Luggages Shaklee urus dari KLIA sehinggalah sampai ke bilik hotel. di KLIA kita check-in luggage saja.
Nanti sampai destinasi tahu tahu luggages kita dah siap sedia ada dalam bilik hotel kita.
6) Dalam bilik hotel pula Shaklee akan hadiahkan macam macam merchandise dan souvenirs. SETIAP HARI YA! setiap hari masuk bilik ada hadiah baru untuk each qualifier! Sampaikan baru ni pergi Switzerland, rasa mcm tak payah beli souvenirs sebab Shaklee punya hadiah pun dah sangat macam macam.
Duit makan pun bukan sikit-sikit. Nilai dekat rm500-rm600 juga seorang dapat. Bayangkan dekat negara tu nanti setiap hari Shaklee dah belanja makan dekan restaurants, bila lah pula kita nak beli makanan? maka kita guna lah duit makan tu buat belanja benda lain. Taknak belanja pun boleh 😆.
Comments