My Intermittent Fasting journey

"Dah masuk umur 30an ni, kita memang susah dah nak turun berat badan. Amik masa!"
"Metabolism kita dah slow"

Itulah mindset Nisa dan beberapa orang sahabat baik setiap kali kami berbincang tentang weightloss. DULU.

Tipu lah kalau kata Nisa tak mencari cara untuk lose weight. Of course!
Nampak ada kenalan berjaya lose weight, Nisa akan mesej untuk korek tips. Rasanya semua orang pun macamni kan? Nak tahu apa tips kurus setiap orang. dan kita nak cari tips yang kononnya paling serasi dengan cara kita. Paling serasi atau "paling mudah" ? itu soalannya. haha!

Makin lama makin ramai akak akak yang 30 tahun dan keatas mula capai berat badan ideal dan size badan yang sihat. 

Rasa tertampar. 
"Eh! Boleh je laa orang 30an keatas nak lose weight dengan mudah!"
Terus rasa hopeful.

Nak dijadikan cerita, November 2022 haritu, Nisa qualify untuk incentive trip Shaklee bercuti di Switzerland. 

Bulan September,minta tolong Baba di UK hantar winter jackets Nisa yang dari zaman belajar dulu.
Sampai di tangan, Nisa try sarung. TAK MUAT! tangan tak lepas nak sarung, badan pula tak sampai nak butang ya! Dah stress dah time ni.

dalam kepala Nisa ada 2 option saja :
1) Beli jacket baru
2) Lose weight sampai muat.

Nisa cabar diri untuk lose weight betul betul. Ada sebulan setengah saja tinggal waktu tu.

Waktu ni lah Nisa mula belajar tentang apa itu Intermittent Fasting.

Sebelum ni ramai dah sebut sebut. Banyak dah article lalu lalang pasal IF ni. Tapi bila dengar je orang sebut "Fasting 16 jam" Nisa terus rasa berat. Dalam kepala Nisa rasa 16 jam tu lama. Baik puasa je.

Tapi sebabkan ada clear goal dan ada tempoh waktu yang Nisa kena capai.
Nisa cari orang yang sedang buat IF , ada berat lebih kurang Nisa dan dia dah dapat results dari IF dia.
Nisa jadikan dia coach Nisa. 

and Alhamdulillah, dalam tempoh sebulan setengah Nisa cuba Intermittent Fasting. Nisa berjaya turun 4.9 KG, dan inchloss yang bagi nisa banyak untuk tempoh sebulan setengah tu.



Dan ini lah Jacket yang Nisa kata tak muat awal bulan September tu...
Alhamdulillah, 1 November muat dah nak sarung dengan selesa. 👇👇



APA FORMULA INTERMITTENT FASTING ?

Secara asasnya, Intermittent Fasting adalah puasa yang tidak penuh. Ini adalah in relation to puasa umat islam yang bersifat penuh / sepanjang hari (subuh ke maghrib) dan dilarang makan atau minum sama skali.

Intermittent Fasting ni puasa makanan dan minuman yang berkalori. Nak minum air kosong, teh kosong, kopi kosong yang 0 kcal tu dibolehkan lagi. 
Dalam bahasa harian kita, "Puasa tapi boeh minum air kosong je".

Waktu Berpuasa

Waktu berpuasa IF ni ada beberapa jenis.
Ikut masing masing.

16 : 8 (16 jam puasa, 8 jam makan)
14 : 10 (14 jam puasa, 10 jam makan)
12 : 12 (12 jam puasa, 12 jam makan)

note : Tempoh yang boleh makan tu bukanlah kena makan sepanjang 8 jam tu tau! Parah kalau begitu. haha. Ada jadual makan dia juga tapi tak strict sangat.

Key point yang kita nak faham kenapa kita puasa IF dengan tempoh-tempoh diatas.. kenapa tak 7 jam? 10 jam? Ini adalah kerana badan kita hanya mula membakar lemak pada jam ke 12 kita berpuasa




Yang paling disarankan adalah 14-16jam puasa supaya lebih banyak pembakaran lemak boleh berlaku, regulasi hormon lebih baik dan paras gula yang lebih stabil.

** kalau kita kira tempoh puasa umat islam pun sebenarnya lebih sikit dari 12 jam. Melepasi high fat burning phase tu. Allah Maha Besar, untung jadi orang islam. Dalam gaya hidup kita ni semua Allah dah aturkan yang paling baik untuk kesihatan dan kehidupan.






Ok. Macam Nisa, waktu nak mula tu Nisa rasa berat nak mula dengan 16 jam puasa (8mlm - 12 tghri). Sebabkan Nisa menyusu baby, coach Nisa suggest mula dengan 12 jam dulu.

Day 1 - Day 2 Nisa mula dengan 12 jam puasa.
Last meal pukul 8 malam, esoknya pukul 10 pagi Nisa start makan.

masuk Day 3, Nisa rasa macam tak lapar. Rasa boleh tahan lagi lama sikit. So nisa extend buka pukul 12 tengahari. 

Lepas seminggu, rasanya perut kita pun dah terbiasa. Pagi-pagi tu sekadar minum air kosong saja pun tak ada masalah. Tak lapar. Tak menggigil. Tak cari makanan.

Maka Nisa pun teruskan dengan jadual makan; Last meal at 8pm, 1st meal at 12 noon. (16:8)

Bila dah faham konsep Intermittent Fasting ni, 
Nisa pun adapt dengan saranan pakar nutrisi Shaklee.

First meal setiap hari pukul 12 tengahri tu sebaiknya kita ambil makanan yang rendah gula. supaya insulin kita tak shoot naik mendadak. Bila insulin naik secara perlahan, Badan kita boleh elak proses penyimpanan lemak yg kerap.

Maka, first meal tu Nisa akan mulakan dengan protein shake dulu.
Nisa suka bancuhan Life Shake Matcha & ESP. High protein, High fiber. 

Kemudian nanti pukul 2pm baru Nisa akan start makan proper meal dalam pinggan.
Ada hari ikut diet suku suku separuh tu, ada hari ratah protein dan sayur je, ada hari makan roti. Ikut masing masing. 

Ada orang kira calorie. ada orang tak kira. Nisa? Nisa tak kira. haha.

Boleh ikut contoh contoh timetable antaranya macam di bawah ni :


 Note : Lemon water 0 kcal (air kosong , rendam lemon slices), coffee/ tea tanpa gula 0 kcal.
Buka puasa IF pada jam 12 tengahari, itulah 1st meal of the day.


Dan ini pula jadual yang dah diolah oleh pakar nutrisi Shaklee Malaysia sesuai dengan gaya hidup rakyat Malaysia beserta cadangan supplements dan nutrition untuk membantu jadikan Intermittent Fasting kita lebih berkesan, lebih ringan, tak membebankan badan dan lebih menyihatkan.


Rasanya thats about it. 
Bagi yang sedang mencari rentak dan semangat untuk mulakan your Intermittent Fasting journey, 
nasihat Nisa, MULA saja. cari seorang "coach" atau seseorang yang dah berjaya buat dan mulakan terus. 

3 hari pertama je yang mencabar. Masuk hari keempat, perut kita dah terbiasa nanti. Mudah je dari situ InsyaALLAH.

Yang penting, Jangan fikir rumit rumit. 
Jangan serabutkan kepala dengan rules yang macam macam.
yang penting mula dulu.

Last but not least, Intermittent Fasting ni sebenarnya bukanlah satu kaedah untuk kurus semata-mata. Tapi ia adalah satu corak gaya hidup yang menjaga kesihatan kita secara menyeluruh dan ultimately ia membantu kita reverse masalah insulin resistant. 

Nisa ucapkan selamat memulakan your Intermittent fasting journey. You can do it!

XOXO
Dr Nisa Ali



Comments

Popular Posts