Merpati jingga terbang tinggi.

Tajuk yang takde kene mengena dengan isi.

Bismillah.

Terpanggil untuk menulis sedikit input yang dapat dari tazkirah ringkas lepas maghrib tadi.
Adab dengan anggota sendiri, sekaligus menjadi adab dengan diri sendiri.

Perlu kita beradab dengan mata kita.
Agar tidak melihat perkara-perkara yang 'huduh'.
Gambar-gambar di magazines/buku, bahan bacaannya juga.
Samalah, perlu menundukkan pandangan.
Agar yang perempuan jangan seronok sangat tengok (atau bhs kininya, Usha) lelaki,
dan yang lelaki jangan asyik sangat tonton perempuan, lagi-lagi yang comei2 tu. (HEP!!)
Beragak-agaklah!



Perlu kita beradab dengan telinga kita.
Agar tidak mendengar perkara-perkara yang 'jahat'.
Baik ianya berbentuk helwa telinga, kata-kata orang atau perbualan bebas.

Perlu juga kita beradap dengan mulut.
Agar tidak berkata-kata yang 'busuk'.
Boleh jadi mengumpat,mengata dan boleh jadi juga berbincang tentang perkara yang 'tidak perlu'.

Kenapa??
Kerana perkara-perkara yang 'huduh', 'jahat','busuk' dan yang 'tidak perlu' ini semua lah yang akan menjadi isi fikiran kita.
Dan fikiran-fikiran yang tidak cantik, tidak indah dan kotor akan membawa kepada Hati yang Kotor. Hati yang kotor akan membawa kepada Akhlak yang hodoh dan, bila akhlak dah hodoh, pandangan orang pada kita pun...???? Kalau begitu sudah pandangan manusia pada kita, bagaimana pula agaknya pandangan ALLAH? Kita jawab nafsi-nafsi...
Jadi, berpada-padalah dengan diri sendiri. JAGA diri baik-baik, ya? InsyaALLAH. Semua...Boleh!


(^_^)' Nisa Ali.

Comments

Popular Posts