Kapten Tarbiyah
" Ya Munal Ummah, saya selalu gagal hantar mesej pada Mujahidah Anisah.Tolong bg tau dia hantar mesej kat no saya ni.Syukron! "
Isi mesej Ustaz Amal kepada Munawarah, sahabat MTAZ ana yang sekarang di Kaherah.
Bagai datang semangat baru bila warah fwd mesej ustaz amal tu pada ana tadi. Walaupun mesej tu takde isi apa-apa pun, tapi cukup gelaran 'Mujahidah Anisah' dari ustaz Amal tu dah mampu memberi semangat pada diri yang terasa bagai kehilangan kekuatan ini.
Ustaz Amal memang suka bagi gelaran pada anak-anak murid dia. Dan ana yakin, gelaran-gelaran itu menjadi doa dan dorongan buat kami.
Ana suka cara Ustaz Amal mentarbiyah kami anak-anak murid dia. Dia tak pernah memaksa, tapi dia banyak mendorong. Jika kami buat silap, dia akan cuba elak dari guna perkataan 'itu salah' dan dia akan ajar kami alternatif yang lebih baik. Dia tak pernah marah, tapi banyak menasihat. Dan dia, Ustaz Amal tak pernah gagal menjadi sumber kekuatan kami. Setiap pesanan dan nasihat yang dia bagi akan hanya menaikkan lagi semangat kami.
Selalu pesan agar kami menjadi permata-permata agama yang tegak menjulang panji-panji islam.
Selalu mendorong kami menjadi pejuang-pejuang Allah.Jihad tidak semestinya di medan perang. Peranan kami besar sebagai ibu-ibu dan isteri-isteri kelak.Harus tertarbiyah.
Selalu memberi semangat kepada kami menjadi wanita-wanita hebat dan bijaksana.Harus mahir Bahasa Arab, kerana itu aset penting seorang muslim lagi-lagi hamalatul Quran.
Ana teringat dulu di MTAZ. Ana selalu kene panggil dengan ustaz Amal waktu qailulah. Waktu semua orang masuk dorm masing-masing untuk berehat,ana seorang je kena panggil. Kata ustaz Amal, Ijtihad Seorang Mujahidah, korbankan masa rehat untuk ilmu. Setiap hari tanpa gagal, ustaz Amal akan panggil ana untuk buat sinopsis ringkas dari madah yang dia baru ajar.Selalunya Seerah Nabawiyah. Kami belajar guna kitab arab, silibus YIK. Jadi, sinopsis yang ana kene buat pun LA BUDDA, kene bahasa arab juga lah. Selagi ana tak syarah, selagi itulah Ust Amal takkan balik, dan ana takkan dapat masuk tidur. Demi Qailulah, ana buatlah..eh??? silap2.. Demi Cinta pada Bahasa Arab dan Islam, ana buatlah. :P
Ustaz Amal lah yang mula-mula suntik semangat jihad dalam diri ni. Dia jugalah antara sebab wujudnya Cinta ini pada Lughoh Ahlul jannah, Bahasa Quran..Bahasa Arab.
Terlalu banyak yang ana dapat dari ustaz Amal. Dan banyak juga yang dia harapkan dari ana dan antara harapannya adalah untuk ana menjadi seorang Pendakwah.
InsyaALLAH, selagi harapan-harapannya membawa ana kepada Sang pencipta, selagi itu ana genggam harapannya.Menjadi janji buat diri ini.
***
Narju al-fauzal 'azeem liljami', dan kemenangan teragung itu adalah masuk syurga dan terhindar dari neraka.
Rabbuna Yusahhilkum.
Rabbuna Yusahhilkum.
Comments
sama2 la kita..
:)