Seni kehidupan


Sebelum lelap ini, aku menyempatkan diri untuk menoleh sejenak kebelakang.
Kutatap sebentang kain kehidupanku yang penuh dengan warna.
Aku cuba amati corak-corak yang terukir bersama tema warna-warni hari ini.

~

Siangnya aku gembira.
Malamnya aku berduka.

~

Satu demi satu kisah aku imbaskan dalam kotak fikiranku.
Sekejap tersenyum, sejenak kemudian aku tertawa.
Dan ada juga kisah yang mampu menitiskan air mata.

Aku terdiam.
Memikirkan apakah natijah dan apakah sebenarnya yang menantiku dihujung hari...
Aku tidak tahu.

Yang aku yakin,Hidup ini akan terus menjumpakanku dengan pelbagai lagi ujian.
Ntah ujian yang bagaimana, tapi aku harus bersedia.
Terkadang rasa seperti mahu terbang.Cari Tuhan.
Adakala aku seperti mempersoalkan mengapa ujian yang sebegini...
Kemudian aku teringat, Ya. Allah menguji orang-orang yang DIA sayang.
Ujian adalah tarbiyah dari Allah.
Bukan Dia menghukum,sebaliknya Dia menyokong.
Kaki-kaki lemah yang longlai tak mampu berdiri teguh ini, DIAlah yang sokong biar tegak.

Dan...
Nama aku Pejuang. Dalam genggamanku ada Semangat,ada Kuat.
Demi itu, aku tidak mampu untuk jatuh dan terus duduk terjelupuk sekarang.
Biarpun perlu perlahan menapak, aku mesti terus bergerak.

Ya ALLAH, demi langkah-langkah ini yang ingin menuju padaMu, aku minta jangan sekali diri ini terlepas dari BimbinganMu.
Perindahkanlah warna-warna hidupku dengan wujudnya rasa manis beriman padaMu, Ya ALLAH.

Anisah Ali, terus melangkah.

Comments

Saiful Islam said…
Saya disini akan terus menyokong kamu,,bersabarlah ada hikmahnya,mungkin tuhan nak kita belajar sebanyak2nya untuk hidup. :)
Saiful Islam said…
Mimpi adalah kunci,
untuk kita menaklukan dunia,
berlarilah tanpa lelah,
sampai engkau meraihnya,

Laskar pelangi,
takkan terikat waktu,
bebaskan mimpimu di angkasa,
warnai bintang dijiwa,

Menarilah dan terus tertawa,
walau dunia tak seindah surga,
bersyukurlah pada yang kuasa,
cinta kita di dunia,
SELAMANYA.

Cinta kepada hidup memberikan, senyuman abadi,
walau hidup kadang tak adil,
tapi cinta lengkapi kita,
Anonymous said…
Tak perlu berjiwang disini.
Terima kasih.
Saiful Islam said…
bukan masalah jiwang disini yer tuan2 dan puan2..ini namanyer memberi kekuatan motivasi,,MOTIVASI. terima kasih. :)
Dr Anisah Ali said…
This comment has been removed by the author.

Popular Posts