Tentang Setia. Bukan Si-Dia.


Entry kali ni ada gaya macam nak emosi sedikit. Kalam dari dalam. :)

Baru je borak dengan seorang sahabat jauh nun di malaysia, dia cerita tentang housemate dia yang masih in contact dengan crush dia yang dah pun jadi suami orang sekarang. KEBETULAN yang amat, ana kenal semua watak-watak yang terlibat. Baik dr housemate kawan ana tu, lelaki (crush) tu dan juga isteri dia.

Lelaki tu, ana buh nama Ahmad lah.Senang.
Isteri dia, ana guna Kak Min. Boleh?
And Housemate kawan ana tu, ana guna Su.

About Ahmad (bukan nama sebenar) :
Senior ana di sekolah menengah dulu..
Baik.Bagus.Pemimpin.Contoh.

(haa...dia ni friendly dengan semua orang.Ramai je yang sangkut dengan dia ni.And dia ni pun suka nak sangkut-sangkut dengan orang jugak. Hampeh)


Kak Min
pula.

Baik.Sopan santun.Bakal Doc insyaAllah.Manis.Alim. Perfect.

and nak tambah sikit... Doesn't deserve to be treated like what im about to share.


Su
.
Dia housemate kawan ana.Tu je ana boleh cerita. :)

Okay..and the story goes. Ill go straight to the point lah ya.

Ahmad jumpa Kak Min.

Ahmad jatuh cinta sama Kak Min.
Mereka Bertunang.

Waktu dalam tempoh bertunang.Ahmad kenal Su.Mereka contact2.
Mungkin..Mungkin, secara tak sengaja, ahmad TERsuka juga sama si SU.
Su tidak tahu yang Ahmad dan Kak Min dah bertunang.
Su layan Ahmad.

Namun,Ahmad cuba setia dengan Kak Min, Dia menikahi Kak Min.

Tapi...Ahmad dan Su masih in contact.

Hari pertama selepas nikah. Su dan Ahmad contact. Ahmad nak jumpa Su.

(*dalam hati saya... APAHHALL??*)

Dan ceritanya tentang Ahmad masih contact-contact Su tanpa pengetahuan Kak Min ini masih berterusan sampailah kini.

Kadangkala lewat malam pun si Ahmad masih boleh nak sms Su. dan Su pun boleh nak layan.


Ceritanya panjang,ana cerita apa yang penting jelah tu.
Nampak basic je.

Tapi... bila perkara ni jadi pada orang-orang yang kita kenali.
Rasa perit tu kuat sikit.


Pertama,
Tak Adil.Tak Setia.
Ahmad masih meluaskan lagi contacts wanitanya bilamana keperluan tu dah boleh serah pada Kak Min je.Kan dah bertunang.Dah serious.
Ada kenalan wanita,Sekurang-kurangnya biarlah Kak Min tahu siapa, dan apa-apa hal..contact melalui Kak Min je kan boleh?.
Okay, Kalau nak perluas network sekalipun, biar atas urusan-urusan yang penting lah.
Dan kalau urusan tu dah penting,TOLONG AVOID perbincangan yang TAK PERLU. Pasal, perbincangan yang TAK PERLU tu lah yang akan membawa kepada 'Macam-Macam HAL yang merepek'.


Ahmad salah.Su pun salah dalam hal ni.

Enough of the story.
Harap dapat sampai pengajarannya.


Pesanan ana.
Setialah dalam hubungan. Berlaku Adil lah. Jika kata nak 'Jaga' hubungan. JAGA betul-betul.Jaga dan kawal diri sendiri dan dari situ insyaALLAH hubungan itu pun boleh terjaga. Apa yang kita tidak mahu diperlaku, kita jangan buat dulu. Dalam hal ni, kalau kita tak mahu diperlaku curang, kita janganlah curang. Tak mahu isteri contact lelaki lain, si suami janganlah contact perempuan lain. Rulesnya simple je, tinggal buat tak buat je.

****
Bagi ana,
Love is about giving and appreciating.
But we tend to expect more than what we give.
and seldom we appreciate what we receive.

Bagi ana,
Love is Sincerity.
Love is Tranquility.
Because with sincerity, we feel safe.We feel secured.
Isn't that peace?

dan bagi ana..
Love should never be taken for granted.

***

Sayang manusia, Biar matlamat dan caranya betul.Tidak sekadar mahu disayangi dan mahu menyayangi.Tapi,Sayangilah seseorang tu kerana ALLAH,dan kerana AgamaNya. InsyaAllah...Allah pelihara.


(o_O) NuMb~

Comments

Malkisideeq said…
macam tau je kisah ni..adakah saya tau..
Dr Anisah Ali said…
Hmm. Maybe yes, maybe not. Banyak je cerita macam ni kann.. :D
Malkisideeq said…
sebabnya sebijik dan jugak bertepatan ngan tarikhnyaa..mungkin juga...

Popular Posts