Seribu jiwa satu matlamat.

Perut lapar.(rindu kari masakan sendiri)
Sejuk. (comforter (lihaf) ada, tapi malas nak sepahkan katil)
Buku Biochem terbuka, memanggil-manggil suruh dibelek. (macamana diri ni nak tumpu membaca bila fikiran ni di tempat lain?)

Abaikan 3 perkara tu, ana menaip.
Nak cerita tentang lecture yang seronok semalam.

Subject Pathology.
Topic, cell injury (kecederaan sel).

Setiap sel yang dijangkiti kuman atau bakteria akan mengalami radang atau dalam englishnya, Inflammation.
Sel-sel ini akan membengkak dan akan mengalami pelbagai perubahan physiologi.
Si pesakit akan merasa sakit,gatal-gatal dan permukaan yang mengalami radang tersebut akan berasa panas dan menunjukkan warna kemerah-merahan.Selalunya boleh ada pus atau nanah.
Tapi jangan risau tuan-tuan dan puan-puan, kecederaan sel yang tidak severe pastinya boleh sembuh.
Maha Besar ALLAH yang IlmuNya tidak terjangkau akal fikiran kita,telah menciptakan sel-sel dalam tubuh badan kita mempunyai mekanisme pemulihan.Dimana sel-sel yang rosak akan digantikan dengan sel-sel yang baru.

Dan, waktu ni lah yang best.
Dukturah gunakan analogi Israel-Muslim waktu perang Gaza untuk menjelaskan tentang mekanisme Cell Resolution (pembaikpulihan sel-sel rosak).

Just like in Ghazzah, many people die but new fighters(babies) are born!
* Walaupun sel-sel banyak yang akan rosak dan mati, tapi akan terus ada production of new cells.*

Even If the Israelis keep attacking, the city will become destroyed.And for every attacks the Israeli shall launch, Ghazzah will keep on fighting until there shall be nomore Israelis!
* Kalau bakteria terus menyerang, site of infection akan menjadi teruk dan rosak.Kerana itu,Maha Besar Allah atas keagungan ciptaanNya,telah mempersiapkan badan kita dengan pathogen-pathogen yang akan menyerang dan membunuh bakteria-bakteria tersebut.*

Waktu tu,rasa macam nak bangun Takbeer je. Terus tak mengantuk.Naik semangat.

Dan matlamatku..... ALLAH yang Satu.

Moga Allah terus semat semangat juang ini dalam diriku juga dalam diri-diri mereka yang berada disekelilingku. :)


One mission..> ALLAH.

Comments

::phoenixnoir:: said…
Awesome correlation, ngah!

:D

Very nice post!
Malkisideeq said…
bijak2..kita minum duluuuuuuuuuu.. :P
Zakiah Zazli said…
wahhhhhhhhhhhhhhhhhh..takbir je lain kali nisa!! biar aya dengar dari malaysia..harus semangat..

p/s: jgn ikot ckp malki..ade ke patot minum dulu :P

Popular Posts