dan dianugerahkan kepada kami zuriat.


*mereka : orang-orang yang diredhai ALLAH

" dan juga mereka adalah orang-orang yang berdoa dan berkata :
Wahai Tuhan kami, berilah kami beroleh dari isteri-isteri dan zuriat keturunan kami : perkara-perkara yang menyukakan hati kami melihatnya, dan jadikanlah kami imam ikutan bagi orang-orang yang (mahu) bertaqwa. "
Surah Al-Furqan : 74



Baru saja minggu lepas kami dikejutkan oleh diri sendiri bahawa kami (ana dan suami) bakal menjadi ibu bapa lagi 8 bulan! Tak sangka. Terkejut. Gembira. Bahagia. Bersyukur. Takut. Risau. Segala macam perasaan ana rasa waktu dapat tahu kebenaran tersebut.

***
Malam tu ana tidur awal. Hampir 4 hari berturut-turun ana tidur awal minggu tu dan badan rasa letih sangat. Sebabkan rasa nak buang air, ana terjaga tengah malam tu, jam di handphone menunjukkan pukul 3am. Sambil duduk, ana berfikir sendirian,

"alang-alang nak buang air ni, baik buat je UPT (Urine Pregnancy Test) tu. Dah 10 hari lewat 'dtg bulan' ni. "

Jadi, ana pun tak fikir panjang, ana ambil UPT kit tu dan menjalankan processnya seperti biasa. Tanpa disangka, dua line appear! Menunjukkan test tersebut Positive! bererti, ana mengandung!! Terus berlari keluar, ana kejutkan suami ana.

" B, tengok, ada dua line... sayang pregnant, B! "

Terpancar sinar dari matanya. Sinar yang memberi kebahagiaan pada ana. Dia bahagia dengan berita tersebut. Tiada pandangan risau. Tiada termenung. Terus dia menyapa pipi ana dan meminta ana menta'akkid apa yang ana khabarkan. dan ana terus menunjukkan padanya UPT tersebut. Bibirnya tersenyum luas. Tanda dia membenarkan dan bahagia. Ana bersyukur sangat di saat itu.

Masih terkejut, ana terus mengambil wudhu. Ana mahu permulaan kejadian bayi ini disedari oleh kami dalam keadaan yang baik dan dimulakan dengan amal2 yang baik. Lalu terus ana mengerjakan solat sunat dua rakaat, tanda ana bersyukur dan memohon Redha ALLAH sepanjang ana membawa dan membesarkan kandungan ini.

Selang 3 hari. Ana dan suami berjumpa dengan pakar sakit puan bagi mengesahkan kehamilan. Alhamdulillah. Pada waktu itu usia kehamilan sudah 5 minggu 6 hari. Masih sebutir zygote. Mudahan Zygote ini membesar menjadi bayi yang sihat. Bayi yang active. dan lahir menjadi insan cantik,cerdik,cemerlang dan yang paling aula, insan yang Soleh.

***



Teringat pada sepotong ayat Al-Quran, dalam Surah An-Nur, ayat 32. Allah berfirman,

" Kahwinkanlah orang-orang bujang daripada kalangan kamu, orang-orang soleh dari hamba-hamba kamu, lelaki dan perempuan . Jika mereka miskin, Allah akan memberikan kekayaan kepada mereka. "

Galakan Allah untuk berkahwin. Kita sendiri tahu perkahwinan itu dapat menjaga si lelaki dan si perempuan dari banyak perkara, baik fitnah mahupun maksiat. Dan dengan perkahwinan itu juga ALLAH menjanjikan rezeqi.

Sama jugalah dengan anak.
Anak itu anugerah. Tercantumnya benih-benih atas izinNya. Terjadinya bayi atas izinNya.

Penat kita merancang aturan kehidupan kita seolah-olah kita tahu buruk baik, kesan outcome itu ini, Kita cuba susun begini begitu, rancang sekian sekian dan sekian. namun, penyerahan diri itu wajib sepenuhnya adalah pada ALLAH kerana yang membenarkan satu-satu perncangan itu adalah Dia dan yang mengaturkan perancangan buat hidup kita juga adalah Dia.

dan...

Jika ALLAH yang mengizinkan sesuatu itu, pasti ALLAH sertakan sekali rezeqi-rezeqinya. Dan adapun dihadapan itu akan ada simpang-simpang dan jalan berliku, pasti ALLAH datangkan sekali jalan-jalan keluar buatnya.

Ana yakin! Disini letaknya Siqqah (percaya) pada ALLAH. :)

Kadang-kadang, ada yang bertanya ;

" Bersalin ni bila? dekat nak exam ke? habis macamana? "
" Dah pregnant ni, nanti ada baby, studies macamana? "

Ana yakin, mereka yang bertanya ini gembira dengan khabar, mungkin mereka diganggu sedikit dek kerisauan. Iyalah, barangkali yang selalu berlaku dalam hidup mereka adalah perkara-perkara yang normal seperti

- Ada bayi lepas studies.
- baby lahir waktu cuti.
- kahwin dan ada bayi lepas belajar, waktu dah kerja.

Bagi soalan-soalan yang begitu, ana hanya mampu senyum dan nak ikutkan jawapan santai ana "hehe.. belasah je lah. InsyaALLAH okay tu.. adeelah jalan dia tu. "

Tapi kalau nak suruh ana bagi jawapan yang skema, ana akan jawab,

" Kheir InsyaALLAH. Yang mengizinkan kejadian bayi ni adalah ALLAH, dan yang menentukan tarikh lahirnya juga adalah ALLAH. ALLAh lagi tahu apa didepan ana lebih dari apa yang ana dan kita semua tidak tahu. InsyaALLAH, masanya yang ALLAH tetapkan buat ana dan bayi ni adalah yang terbaik. "

" ALLAH tu Maha Adil lagi Maha bijaksana. Semacamana kita rasa kita bijak merancang, ALLAH yang MAHA. "

" Pasti ada jalan-jalannya tu. Pasti ada kemudahan-kemudahan yang ALLAH berikan nnt. Tugas kita yakin dan berserah pada ALLAH je. "

" Yang ana mampu buat sekarang adalah merancang apa yang mampu dan bersedia. kemudian, ana berserah je. Boleh jadi tarikh lahirnya lewat sedikit, jaatuh selepas exam. atau boleh jadi tarikh lahirnya awal dalam fatrah study leave. Wallahu'alam. Dan jikapun tarikh lahirnya jatuh pada hari ana sedang menjawab exam. Itu adalah yang terbaik. "

" Bila kita berserah. ALLAH pasti luaskan jalan buat kita. Tapi bukan berserah dan kita tidak berusaha. InsyaALLAH Allah ada bersama. "

^_^

Dengan setiap anak itu ada rezeqi-rezeqinya.. :)



Anisah Ali membawa bayi pertama. :)

Comments

haven't said my congratz yet...
CONGRATULATIONS k nisah!
so happy for you two (and sort of envious)... hehe...
I'm sure you two will be great parents...
Meru said…
ecewah die..bukan men manja lagi..

anyway tahniah kak nisah..tapi..

rasa macam dah tua plak..dah nak masuk anak buah yg ke-2 dh ni..haiya..

anak tu rezeki..no hal lah..ade la jalannye tu ye tak..
Dr Anisah Ali said…
2 Anas : Thank You, Anas! Im happy that all my peers and family in alex are happy for me. InsyaALLAH, with those good feelings, ALLAH will repay back with many more goodness and happiness in your life. :)

Do pray for the baby as well as for the parents, ya! :D


2 Hanif Hafiz : ahaha! manje eh? ilusi je tuu. haha!

Anyway, Thank You for your wish and your thoughts.
Anta belum tua, cuma makin mendewasa. Tarikh "seru" tu pun dah memanggil2. Boleh dicepatkan kehadiran kawan-kawan buat anak buah anta yang dah nak masuk 2 org ni. hehe.
mabrukkkk kak nisah (yg kedua kali ;p). hehe. InshaAllah kheyr. Semoga baby membesar dengan sihat & cerdas ya. InshaAllah. Rasa mcm speechless pula (haha sape yg preggy ni lol).

Take good care kak nisah! Semoga dipermudahkan semuanya :)
nadeiya said…
k nisah.. congratulations for the baby! nadiah y jadi excited sgt3!hehe
but insyaAllah, smoga dimudahkn dan dibukakan jalan buat semua yang bakal dilalui..it's so true that Allah knows everything better than us, tawakal..i keep reminding myself the same thing, hanya Dia sebaik2 perancang.
nasib baik smpt tgk baby b4 kitorg grad taun dpn! :)
Dr Anisah Ali said…
Buat Syazana :

Syukran awii! hehe. Takpe2, excited lah! please be! mudahan perasaan tu menjadi doa dan harapan buat ana dan kandungan. :)
Mendoakan segala yang baik buat anti juga!


Buat Nadieya! :

Thank You So Much, Nad! Kaknisa pun happy bila org2 sekeliling kaknisa happy dan sentiasa support dan mendoakan kak nisa.
Sempaaat insyaALLAH. Nad sempat manja2kan dia sebelum balik msia! even seniors 6th year thn ni pun sempat insyaALLAH! Doakan ya! Hearts.
Mastura said…
along! hehe. takpe2, kite buat deal eh. saya sehari, fida sehari, fana sehari, hana sehari, sue sehari. hari jumaat je bagi along eh :P

lalala. insyaAllah Allah always knows what you not. pasti ada jalan nya kan. 'belasah jee' ;)
islahmujahidin said…
This comment has been removed by the author.

Popular Posts