Tak seno'eh. 8 perkara!

Ini cerita tentang budak 5 orang yang tak senonoh perangai.
Semalam, habis exam histology semua mood 'kelakar'.
Mood tak stabil lah kononnye.Paper susah.Mmg kelakar!
Balik berpecah. Angah & pya balik dulu.
Ana,Fida,Bella Rossa d'amor & cik Baem ke HSBC bank yang berhampiran.
PERLU mengeluarkan duit-muit yang 'banyak' itu untuk membeli barang-barang yang nak dibawa pulang ke tanahair nanti.

Perkara pertama.
Sewaktu ana hendak mengeluarkan ATM card dr wallet, ana mendapati bahawa ATM card ana sudah tiada di tempat simpanan biasa.MANA? Hilaaang. Ni mesti kes tercicir ni.HAiiihhh.. Perempuann..perempuan.. *ana mengeluh*. Tenang lagi. Ada di rumah barangkali kerana baru kelmarin ana check, ATM card tu haadhir. Jadi. Niat untuk mengeluarkan duit terbantut secara tidak langsung.Head straight home for zuhur prayers and to look for my precious ATM card.

Perkara kedua.
Lepas zuhur dan lepas pencarian ATM card yang gagal.Kami secara berjemaah memulakan operasi seterusnya, keluar memburu makan tengahari. Perut masng-masing dah menjadi MP3 player mendindangkan lagu-lagu keroncong emas dan ade seorang tu modern sikit, perut dia main lagu techno (angah). Singgah di Baraka (sebuah restaurant di mansheyya). 3 jam disana!T.i.g.a. JAM! Itu merepek. Tunggu makanan sampai yang lama. Makannya tak sampai sejam. Sekali lagi....merepek dan buang masa denn jo!

Perkara ketiga.
Lepas makan, shopping. Baem beli macam2 untuk family dia. Terkejut juga bila dia yang lagi excited shopping dari kami. Ana dah definitely kalah dgn excitement itu. (ana bukan shopaholic).
Dari satu kedai ke kedai lagi satu. Tudung, pashmina,tudung, pashmina sampai cakap pun dah tersasul, jalan pun dah nak tersungkur. LaMa bershopping sakan. Habiskan shopping sebelum maghrib, then balik. Asar,punggah barang belian (biasalaaaah), try2 tudung pesume (biasalaaaa), kemudian siap2, maghrib..lepas maghrib berangkat ke Bangunan MARA. Ada majlis kejutan untuk Alia dan falah. (kene guna 'majlis kejutan' ye..tak boleh guna 'Surprise Party'..isu sensitive dan mmg kurang molek pun bunyinya.)

Perkara keempat.
Surprise-surprise-surprise... Alia terkejut..Dapat hadiah.. Alia dapat hadiah Violin yee untuk birthday dia.Alia Pandai main violin!!Sedap dia main *applause*. Yesterday she played GETARAN JIWA,lagu Pramlee tu. Mmg bergetarrrr jiwa. :)
Lepas surprises, kami tanpa lengah-lengah terus berangkat ke Bibliotheca Alexandria. Nanti akan ada a few friends datang jemputkami di Bibliotheca dan bawa kami ke CD bay. Abg Din nak bawa kami pergi makan sedap di sana. Sejuk suasana malam itu. Sungguh Sejuk Seriously! Angin bertiup kencang.Kencang Sekali!

Perkara kelima.
Kerana jasad tidak mampu menanggung beban suhu yang begitu sejuk malam itu tambahan lagi hujan yang gugur semakin rancak, kami pun merayu pada pak guard bibliotheca tu untuk membenarkan kami menumpang berteduh dan memanaskan badan didalam office dia. Dibenarkan. Alhamdlillah. Lepas setengah jam, mereka yang perlu datang menjemput kami pun hadir. Naik tramco...Zaaaasss ke CD bay. Waktu ni, jemari jam dah menuding pada angka 9.45pm.

Perkara keenam.
Setibanya kami di tepi jalan, di CD bay. Rasa bagai nak terbang ditiup angin kencang.Tepi pantai.Sejuknya berkaliganda. Jari jemariku biru. Lagi-lagi tangan ana ni hypersensitive to coldness(such term?). 10.30pm, Dah cukup chorum, kami pun berjalan melawan pukulan angin padu yang datang bertentangan...senget-senget badan jalan.Jalan menuju destinasi ,Mat'am Ya Halla.

Perkara ketujuh.
Makanan yang dihidangkan di Mat'am Ya Halla..fantastic!! MasyaALLAH, Lazeeez aaawwwi aawi!Sedapnya hingga menjilat jari. Moga kami tidak terkecuali dalam menjadi orang-orang yang tidak berhenti bersyukur atas RezqiNYA.
Duduk-duduk,bincang-bincang. Around 11.50 kami bayar bill dan keluar, pulang.
Dalam perjalanan nak ke tepi main road untuk tahan tramco. Kami terpaksa meredah angin ribut lagi. Semua jadi Superman. Seronok!!

Perkara kelapan.
Aroung 12.20, kami tiba di Mahattah Tram (Mahattoh Ramlh). Berjalanlah kami berlima menuju Bangunan MARA untuk menyambut satu lagi majlis kejutan..kali ni untuk Falah pula. Kesian Falah. Hehe. Sembang-sembang, bincang-bincang, baring-baring... sedar tak sedar, jam dah hanpir pukul 2am. KAMI PERLU BALIK RUMAH!
Lalu, kami pun bersiap-siap untuk pulang. Sebelum turun terus ke lobby, singgah dahulu di tingkat alia, aras 4. Masuk bilik dia dulu..kemudian, santai-santai lagi sikit.. Akhir sekali...sedar-sedar kami dah tertiidur disitu, and alia duk tidur atas lantai.

Anak Dara............Anak Dara.....
Ape tak seno'eh perangai?? Berjaaaaalan je kerja.Tak balik-balik rumah. Bahasa kasarnye, Dah macam org mabuk dah..merayau sampai ke pagi buta kemudian tersadai ntah mana-mana ntah. Haha~Tapi kami taklah tersadai mana-mana..hehe. Baik...Budak baik nii. :P

Begitulah ia..Maafkaaan~

(o_O) Anisah Ali

Comments

Anonymous said…
salam takzim dan ziarah.................
Anonymous said…
amboi!amboi!amboi! sakannye dia.

Popular Posts