Langkah pulang

Bila sedar langkah mula memincang, berhenti dan berundurlah. Atur semula langkah-langkah, kembali pulang.

Bila sedar diri terbiar hanyut, berkayuhlah semula, cari arah, kembali pulang.

Bila sedar, jangan diam, jangan berhenti.Panduan ada,dorongan ada.Cari jalan...

Kembali pulang.

Barangkali diri kerdil ini sudah banyak lalai dan terleka.
Bukan melupakan matlamat asal, tapi terlari dari landasan.

Bila ada yang mengingatkan, baru tersedar.Mata yang terpejam, celik semula.

Alhamdulillah,
Allah masih peduli akan jiwa dhaif ini.
Masih memberi peluang.
Masih menyuntik kesedaran.

Dan tatkala ini, bagiku, kesedaran itulah yang menghidupkanku semula.

Aku mencari jalan pulang.

Ya ALLAH, aku memohon dengan sangat agar Engkau terus memelihara hati ini dan jiwa ini dari perkara-perkara yang dapat menjauhkan aku dari-Mu.

***

Syukran
Mama,Kak Aishah,Saiful Islam & Shareez kerana menjadi pendorong.



i turn to you, O Allah.

Comments

Malkisideeq said…
You will get reached to them my fren!!! Dont be too sad hehh..

We all here...:)
Saiful Islam said…
This comment has been removed by the author.
Saiful Islam said…
selagi saya di sini..akan menemani kamu.
Dr Anisah Ali said…
Syukran !!
Takde pun rasa sedih,, rasa bersyukur banyak...Alhamdlillah.
Cuma yelah.. Terfikir, macamanalah anisah ali ni boleh leka sangat. Kene kuatkan balik pendirian2 ku.

Moga dengan kehadiran masing2, kita sama2 lebih dekat pada Pencipta.InsyaALLAH.
Malkisideeq said…
tkde mendenya..enche pasti bole!!!
fida yO said…
epul nye komen ni..ape hal?
hahahhaa
Dr Anisah Ali said…
Fida... kanak2 tak faham hal2 kami org2 dewasa..

Nanti attend kelas dgn along.
:P

Popular Posts