Makhluk itu yang aku benci. .
Agak-agaknye, boleh tak kita bunuh benda-alah makhluk yang bernama ‘mengantuk’ tu??
Tekanan aku bila aku dah persiapkan diri penuh semangat ke kelas untuk belajar,tiba-tiba makhluk ‘mengantuk’ ni datang menyibuk.
Tak mahu layan, dipaksa layan juga.
Dah tepis, dah tampar.
Dah makan gula-gula, baik yang manis mahupun yang berangin..
Ada jugak makhluk tu menyelit celah-celah mata bulat ku ini (nak jugaak).
Kenapa makhluk ‘mengantuk’ ni suka datang menyibuk? Aku bertanya …
Bertanya dengan segala rasa marah, geram, bengang dan segala rasa yang tak bagus.
Aku rimas betul dengan kehadiran ‘mengantuk’ ni. Rasa nak tembak saje dekat kepala dia (ada kepala ke?).
Aku bertambah marah bila ‘mengantuk’ ni naik lemak, datang waktu kita nak tumpu perhatian pada lecture, and pergi waktu dah habis lecture. Kurang ajar namanye!
Aku cuba halau ‘mengantuk’ ni dengan berbagai kaedah dan metode dah, namun dia terus berdegil.
Lantas, aku meminta pendapat dan pandanagn masyarakat disekeliling aku…..
Ada seorang tu kata, aku makan carbs banyak. – TAAK!-
Ada lagi sorang kata pasal tidur lambat. –Tapi semalam aku tidur awal je, makin ngantuk ade lah-
Ada lagi sorang, dia gelakkan aje. Yang dia ni memang nak kena!
Akhir sekali, aku fikir-fikir, biarlah aku layan ‘mengantuk’ ni puas2 untuk tempoh masa 2-3 minit.
Biar dia puas sedikit, aku tahu ‘mengantuk’ ni mahukan perhatian aku sahaja.
Ok… Segar semula lepas 2-3 minit. ‘Mengantuk’ hilang.
TAPI…. Aku dah terpaksa mengorbankan 2-3minit punya isi lecture!!!!
Aku yang rugi!! Bengong betul ‘mengantuk’ ni.
Itu pasal lah sampai sekarang aku berdendam dengan benda-alah makhluk ‘mengantuk’ ni.
MarAh _ nisa
Comments
Ulat gonggok boleh lagi. Jangan Ulat bulu.
:P