Aku,Samoa,Melayu dan Inteligensiaku.
Suatu petang itu.Aku menjadi bosan.Tiada apa yang layak lagi untuk aku kerjakan melainkan berbaringan di atas sofa empuk yang koordinasinya begitu enak terletak dibawah hembusan hawa dingin ruang tv rumahku.Lantas,tanganku mencapai remote tv,Aku yang kebosanan memicit butang merah ‘ON’ yang tertimbul pada remote tv tersebut. Zzziingggg.Televisyen pun hidup.Bermulalah pencarianku akan siaran-siaran yang menarik. 101,102,103. Ahh. 106,119,122. Hanya menambahkan kebosanan hidup aku sahaja. 701,501, hmm..41..1.
Erk. Terhenti aku pada siaran 411 (HBO). Tajuk : The Samoan Wedding. Menarik! Kisah orang-orang Samoa. Atau lebih familiar jika aku sebut ‘orang-orang new Zealand’ atau juga ‘All-black’.
Aku memang sangat berminat pada kelompok manusia yang ini. Orang-orang Samoa. The samoans. New zealanders (if there is such term). Bukan erti aku berminat yang gila bayang itu, Tapi aku berminat untuk mengenali lebih tentang bangsa ini. Apa yang menarik minat aku ialah.. features mereka yang berciri ketimuran. To be more precise, sangat berciri MELAYU. Tona kulit yang sawa matang, hidung yang tidak begitu mancung, mata yang sederhana besar (tak sepet, tak pula bulat).Sungguh Melayu! Sempurna.Perfect. Aku berani kata, itulah sepatutnya menjadi features orang-orang melayu yang tulen dan sempurna. (andaian aku sahaja).
Memikirkan tentang ciri-ciri melayu yang menyerlah pada kelompok kaum Samoa ini.Aku terdiam dan tanpa perlu daya fikiran yang panjang,iaitu cukup dengan satu suntikan daya refleks , minda geligaku mula beraksi.Impuls-impuls pintar mula berlompat-lompat dari satu sel saraf ke saraf yang lain,memindahkan data-data bernas ke kotak inteligensiaku.Justeru,menghasilkan idea-idea logic yang luar biasa.
Aku telah mendapati bahawa, features orang-orang Samoa in sempurna sebagai Melayu tulen. Cantik. Kacak. Tapi asal-usul mereka adalah dari New Zealand dan bukan dari Negara melayu (Boleh jadi Malaysia atau Indonesia).
Orang melayu pula, jika kita lihat sekarang. Sudah bercampur aduk rupanya. Kacukan Arab lah. Kacukan omputeh lah,dan paling ramai kita dengar, “aku darah JAWA.”, “Aku ada keturunan JAWA”. Boleh kata ramai jugalah dari kita warga Malaysia yang melayu ini berketurunan jawa.Dan bugis.Dan serani.Dan mcm2 lagi. Hatta aku sendiri pun berdarah campuran itu dan ini, dan aku tak nafi, features aku juga tidak mencerminkan seorang melayu tulen.
Maka aku pun membuat kesimpulan genius aku sendiri.
Bersandarkan features semata-mata:
Inferens 1 : 3 Ciri-ciri penting orang melayu tulen ; Tona kulit yang sawa matang, hidung yang tidak begitu mancung, mata yang sederhana besar (tak sepet, tak pula bulat)
Inferens 2 : Orang-orang Samoa memiliki 3 ciri-ciri ; Tona kulit yang sawa matang, hidung yang tidak begitu mancung, mata yang sederhana besar (tak sepet, tak pula bulat)
Hipotesis : Orang Samoa adalah orang melayu tulen.
Bersandarkan features tulen dan sedikit logic :
Jika orang-orang Samoa itu adalah orang-orang Melayu, dan orang-orang melayu adalah orang-orang jawa. Maka dengan itu, orang-orang jawa adalah orang-orang Samoa!!
Sedar tak sedar, ibuku yang sedari pagi keluar bersama adik,sudahpun lama pulang dari siar-siar mereka.Ibu menepuk bahuku yang sedang asyik menonton tv,menyergah aku dari lamunanku, “dah makan belum? Lepas ni nak baca buku!”. Aku tergelak seorang diri, menyerahkan remote tv kepada ibuku yang sudah melabuhkan punggung diatas kerusi disebelahku, dan terus bangun menuju ke dapur untuk makan.
Sambil berjalan, minda cemerlangku seraya berkata, ‘ Orang melayu kan asalnya orang-orang asli. The Somoans are originated from the aborigines too and that is why our features and theirs are alike.’.
he he he. Selamat terhibur.
Anisah nan Intelligent!! haHa
Comments
kajian yang terhangit di alaf ini..lol..
ana darah minang..tapi cakap campok kedah ngan british..mate spet jepon..gigi jongang cam org zibabwe afrika nuh..hidung tak kembang tak mancung..tgh2 lah..hang nak campak cheq kat mano tuh?xP
tapi pape hal..satu je ana ske org samoan nih..DIDGEREEDOO!alat music tradisional dorg..bunyi nye..sungguh alam smesta..bunyi katak..bunyi cengkerik..all in one!ana rase kalo ade jantan nak pikat ana..main menatang nih..terus cair wo..
:P
hahahahaha..