Apa yang menggagalkanku ? ?

Bismillahi ArRahmaani ArRaheemi

Pernah rasa tak. . .
Tak tahu dah apa nak buat untuk score higher in exams and tests as well as quizzes?? Dah usaha berhempas pulas, pagi petang, menelaah buku2. Assignments siap dengan cemerlangnya.Hubungan dgn lecturers baik. Tapi masih tak dapat nak score in exams,tak tahu mana asbab dan punca yang menggagalkan kita. Ana jadi bingung!

Ana duduk diam-diam semalam merenung buku ‘Chemistry A’levels’ yang terbuka. Menatap setiap perkataan-perkataan dan terma-terma saintifik.Sekadar menatap tiada diserap masuk ke otak pun.Tak cuba memahami sedikit pun, kerana ana sibuk mencari punca kegagalan ana. Biarpun ana tidaklah yang terpaling corot didalam kelas,tidak pula termasuk dalam kategori pelajar lembap. Cuma sem ni, matlamat ana tak tercapai-capai lagi.Ana menimbang itu sebagai satu kegagalan. Lebih-lebih lagi exam besar dah semakin menjelang.

Ana mengimbas sepintas wajah-wajah sahabat-sahabiah dan mereka-mereka yang ana lihat sebagai orang-orang yang tidak gagal.Berjaya istiqamah dalam mengekalkan prestasi cemerlang, baik dalam amal duniawi, juga amal ukhrawi.MasyaALLAH. (sahabat-sahabat seperjuangan ana yang diluar merata sana menjadi inspirasi). Ya, terus ana temu jawapan. Mereka tidak berat hati meluangkan masa lebih untuk ALLAh, maka ALLAH meluangkan masaNya untuk mereka. Hidup dalam barakah. Segalanya mudah.

Lagi satu, Hubungan ana dengan mama dan baba. Ya ana sentiasa menjaga hubungan dengan mereka. Tak pernah ana menderhakai mereka. Merekalah kawan baik ana dirumah. Tapi mungkin ana pernah sekali tipu mama kerana nak selamat satu perkara, dan dosa yang satu itu telah menjadi penghalang adanya keberkatan dalam hidup ana.Barangkali. Oh, Wajib ana minta ampun. Wajib ana minta keampuanan.

~ Terus ana sedar semula dari lamunan tadi ~
Hidup ini perlu ada keberkatan. Perlu jauh dari dosa dan maksiat. Kerana ALLAH mahu kita menjadi orang-orang soleh, pemimpin-pemimpin dan contoh tauladan pada yang lain. Ya. . Kerana itu Dia memberi peluang kepada kita untuk bermuhasabah dan bermuqarabah denganNya, supaya kita berfikir tentang yang mana Haqq dan yang mana batil.Lihatlah keAgungan Rahmat Allah,caraNya menjaga kita supaya jauh dari dosa dan maksiat . . biar kita dapat capai matlamat yang diimpi-impikan.Mudah perjalanan menuju ke destinasi yang Agung, Kerana adanya Keberkatan.


Hmmm : Anisah

Comments

semoga anti berjaya di dunia dan akhirat.. :)
Dr Anisah Ali said…
Moga kejayaan didunia dan diakhirat itu dapat anti kecapi juga.. Ameen. Barakallahu fiiki.
~Seronok bila ramai yang menyokong.
Alhamdulillah.
Anonymous said…
uh-oh!! mcm tekena kat ana sgt!! huhu. ada kemungkinan usahaku masih belum cukup, tapi yang pastinya, aku sering lalai tentang perhubunganku dengan Yang Maha Esa... Ya Allah. saaidni...
Anisah, mashAllah. ana yakin nt tulis ni dr hati. Tulisan ni menyentuh hati ana. Smg ini dikira sebagai sebahagian dr usaha dakwah nt, InsHAllah.

Popular Posts