Seronok apabila mudah.

Bismillahi ArRahmani ArRaheem

Alhamdulillah,
Harini masuk hari ke-2 ana punya trials. Dah 4 paper lepas. Semalam Biologi 3 (essay and application), Core Math 1, Core Math 2 . Harini pula Biologi 3 (structured questions).
Alhamdulillah, buat masa ni belum lagi ana bermasam muka, bermuram durja mengenangkan paper-paper yang dah selesai.
Sebenarnya ana seronok menjawab soalan-soalan biologi semalam dan harini, kerana banyak yang dapat dijawab dengan mudah,lancar dan fakta-fakta juga banyak dapat ana letak.Alhamdulillah! Alhamdulillah! Semuanya bantuan dari ALLAH.
Kenapa ana seronok? Pertamanya kerana ana dah usaha membaca dan membuat semua soalan2 lepas (past years), dan keDuanya, ana dah Doa dan ana dah berserah habis-habisan pada ALLAH sebelum ana masuk ke dewan peperiksaan tu.
Dan jikalah keputusan trials ni kurang memberansangkan, ana tahu, itu bukan lagi kesilapan ana tidak berusaha tapi atas kecuaian ana ketika menjawab soalan-soalan, dan ia juga satu isyarat dari ALLAH agar ana tak terlalu comfortable dengan usaha ana yang sedikit itu. Harus pertingkatkan lagi Mutu.Ahehehe.


Semester ni, ana kurang beri tumpuan pada Matematik. Jadinya, memang semalam punya paper matematik 2 tu ana ada banyak kekurangan. Namun ana tak sedih pasal ana sendiri yang tak belajar. Kalau keputusan teruk, memang ana dah jangka lah. He he.

Kesimpulannya disini,
Jika kita betul-betul usaha, kita pasti boleh Buat.
Yakinlah pada keAdilan ALLAH, sesungguhnya kita tidak pernah diabaikanNYA . . .


(( dan berdoalah kamu kepadaKu, nescaya akanKU perkenankan kepadamu )) - Surah Ghafir : 10

Anisah : Berserah

Comments

NJ said…
subhanallah!!! bagus bagus!! keep it up! and of course, there's always room for improvement!

*cewah, cakap lebih.. sendiri kalut.. huhu.. takpe2 motivate same2 yeh*
Anonymous said…
sama2.. Kita kan sama2 nelaa!
Akekeke..
huihsy, ana pun ade bit Trauma ana gak... adeee.. bukan takdee..haha.
Anonymous said…
bagus2 semoga berjaya..
kelebihan kita umat islam ade tempat berharap/berserah selepas berusaha..

Popular Posts