HidayahNya Harapan kita yang Menyeru.

Hidayah itu milik Allah dan Dia memberinya pada sesiapa yang Dia kehendaki.


Agusto : African chap.28 tahun.Dahulu pernah bekerja di office baba sewaktu baba di-post untuk bekerja di Africa. Sekarang belajar di Nilai College dalam bidang Finance and Accountancy bawah tajaan Petronas dan dibawah penjagaan baba. Pendek kata, agusto ni dah macam anak angkat baba lah.

Pernah terlintas dalam fikiran untuk mengajak dia mengenali islam.Alang-alang dah rapat dengan keluarga kami,baik jangan dilepas peluang tu.Kan! Tapi entah kenapa, ana seolah-olah menanangguhkan peluang tersebut.Selalu saja beri alasan yang barangkali dia takkan berminat lah, takut nanti dia rasa macam kita ni nak tarik dia masuk islam sangat-sangat lah hingga nanti dia menjauhkan diri dari kami lah. Macam-macam lagilah alasan yang diada-adakan. Alasan-alasan si syaitan durjana tu bisik,yang ana terima.Astaghfirullah, wal ‘iyaazu billah.

Sehinggalah akhir tahun lepas, sebelum ana berangkat ke Jordan, dia datang melawat kami. Knowing the fact that I was going to Jordan, he asked me some questions. He sounded as if he didn’t think that to learn Arabic could give such significance to a person.
Agusto : Anisah, Why do you want to learn Arabic?
jawabku ringkas, “ Oh, because I Love the language.”
Agusto dengan wajah peliknya menyoal lagi, seolah-olah tidak berpuas hati, “But why? You Already know malay and English. Why don’t you learn Spanish? “
Hatiku berbisik, barangkali inilah dia peluang untuk ana memperkenalkan agusto pada keindahan Kalamullah.As a start. “hmm, I find Arabic a beautiful language, especially when reading the Quran, you can understand the verses.”
Ringkas jawabnya, “Oh.Ok.. Good for you.”.
Henti disitu sahajakah perbualan tu? Dan disaat itulah ana terasa seperti jalan untuk berdakwah tu sangat-sangat dah diperluaskan Allah. Peluang tu Allah kasi free-free dan jika ana siakan. .Sesungguhnya rugi besarlah ana.
Sambung ana yang tidak mahu perbualan tadi terhenti disitu sahaja, “Agusto, did you know that there are verses from the Quran which are also stated in the bible, old-testament? “
Agusto : “You also read the bible? “
“ Hehe, I have two Bibles on my shelf.”
Agusto : “ You study it? “
“ Yep, I attended a comparative religion class and we studied about all the religions. So, have you ever read the Quran before?”
Agusto : “ermm no. “
“Owh, I have the translated one if you wana try and read it?If you ever feel like it, at anytime. Just tell me. Its always here on my shelf. Hehe “ Ana cuba untuk mensantaikan keadaan.
Agusto sekadar senyum dan mengangguk. Perbualan kami tentang Quran dan Bible terhenti disitu sahaja. Rasa ana, cukuplah sikit dulu ana cuba. Lepas ni wajib ana usaha lagi. Sesungguhnya Allah tidak menilai sesuatu pada hasilnya tetapi pada usahanya. Betul?

Satu malam, beberapa bulan selepasnya, ana duduk berbual dengan baba. Kemudian, entah macamana baba sebut yang Agusto tengah minat dengan Islam. Baba kata, agusto tertarik melihat akhlak muslims dan sangat menghormati adab-adab muslims dalam kehidupan seharian. Besar pahala mereka-mereka yang menjadi tauladan tu. Sungguh besar pahala mereka yang mampu mencerminkan islam melalui akhlak mereka. Subhanallah.
Saat tu, hati ana tak terkata gembiranya. Matlamat untuk melihat dia cenderung untuk mengenali agama kita, agama kebenaran tercapai.Alhamdulillah.Alhamdulillah wallahu Akbar! Indahnya sungguh HUDA dari Allah itu.

Malam raya baru-baru ni Agusto ikut marhaban sekali malahan baba juga bawa dia ke surau, lihat mereka solat malam akhir ramadhan tu. Sepanjang ramadhan tu pun, dia berjaya berpuasa untuk 15 hari dan setiap minggu dia datang iftor dirumah kami.MasyaALLAH.Mudahan minatnya untuk jalan kebenaran ini takkan pudar. Doa ana sungguh-sungguh, Moga ALLAH pelihara kecenderungannya tu, dan terus membimbing hatinya kearah HidayahNya. Juga ana mohon sangat-sangat moga terus dibekalkan kekuatan dalam memelihara perjuangan da’wah keranaNya. ilallah!

(( Rahmatnya seorang da’ie itu adalah apabila dia mampu memberi rahmat kepada orang lain. Rahmat melalui ucapannya (bilhikmah wal mau’izoh), gerak-gerinya, akhlaknya, perasaannya dan hatinya yang baik. ))


Anisah yang mengharap.

Comments

NJ said…
subhanallah!!!!!!!!!!!!!! hwaaa... bergenang air mata baca entry nih ^__^ i'm proud of u sis! terus kuat berusaha tau!!
the truth is, i've never actually really 'practiced' my comparative religion skills, far from inviting directly non-Muslims to Islam..

terasa betapa kerdilnya diri ini di hadapan Sang Pencipta..
hanya Dia yang memberi hidayah kepada sesiapa yang Dia kehendaki..

ya Allah janganlah Engkau palingkan hati-hati kami setelah Kau beri hidayah kepada kami...
Anonymous said…
Moga kekuatanNYA mengiringi perjuangan kita!!

Popular Posts