Adikku,Nurin Jazlin.


Tak berhenti kita bincangkan kes adik Nurin.
Marah , Kesal , Geram , Dendam , Pilu , Simpati , Empati . .
Semua rasa ada.

Kes kali ini sangat sangat memberi impak pada kita semua.Kan?
Sehinggakan ana sendiri trauma nak berjalan seorang diri sekarang.

Semalam kita dapat berita tentang penangkapan 4 suspek pembunuh Nurin tu.
tapi..ana masih hampa kerana dari identiti2 keempat-empat suspek tu semua,
banyak kemungkinan yang mereka tidak bersalah.Bukan Binatang yang membunuh Nurin tu.
Mungkin mereka hanya mengenali suspek sahaja.
Atau mungkin juga,pihak polis terpaksa buat penangkapan random kerana rakyat malaysia semua dah bising. (tapi ini HANYA kemungkinan).

Ana berdoa,Biar yang bersalah itu dapat dijejak.Biar dihukum.
Jikapun dia terlepas didunia , JANGAN INGAT ENGKAU TERLEPAS DENGAN HUKUMAN ALLAH.ITU PASTI.
Pintu taubat masih terbuka.Tiada siapa yang terlambat untuk memohon kemapunan dan berubah sehingga ajal datang memanggil.

Doaku,Moga keluarga Nurin sentiasa mendapat pelindungan ALLAH,dikurnia ketabahan yang luar biasa dan menjadi Mu'mineen yang dekat hati2 mereka dengan ALLAH.

p/s: Jangan biarkan adik-adik kita tu berkeliaran sorang2.Selagi boleh jaga,jagalah.

Get more info here:
www.nurinjazlin.blogspot.com

Anisah.

Comments

Anonymous said…
moveabletype filters benches biddle ratings geach macquarie sponsors relieved recognised conveys
lolikneri havaqatsu

Popular Posts