walk straight

Tangan jam dah dekat dengan nombor 12.
Malam sudah tua.
Aku dan Nabila masih perlu selesaikan satu misi tidak mustahil(mission impossible) kami,
bagi satu bekas pasta carbonara pada Saddam yang tinggal hanya 2 imarah dari imarah kami.
Bunyi dekat, tapi banyak juga halangan dan rintangan yang perlu kami tempuhi jika penjelajahan bermula pada saat-saat genting, waktu larut malam begini. Mesir bukan tempat main-main.

Allahumma tawakkalna 'alallahi la Hawla wala quwwata illa billahi al-'aliyyil 'adheem.

Kaki kami melangkah keluar bangunan.
Bawwab rumah kami diam termenung menatap suasana malam Syari' al-Nasr yang sedang-sedang sunyi tapi sibuk sambil menyedut dan menghembus asap rokoknya.Bara puntung rokoknya menyala.
Angin malam mansheya menampar lembut wajah-wajah kami.
Dingin.Kami redahkan saja.

Masih terasa trauma untuk keluar berdua sahaja apabila mengenangkan insiden hitam dahulu,diganggu sekumpulan lelaki arab yang miang.
Lalu,kami berdua pantas melangkah.
Kepala dan postur badan, tegak.
Hanya anak mata yang dipercekapkan.

"ok...ada 2 perempuan arab kat depan tu..kita masih selamat"
"Pakcik fotostat ada...selamat!"
"Abang credit ada... selamat!"

Pada keadaan cemas pula,

"Okaaay..laju sikit jalann.ada a group of teenage boys on our right..jalan!Jalan!cepat!Cepat!"
"Jalan cepaaat, sekarang kita je perempuan...cepat!cepat!"

Dan pengakhiran ceritanya, kami selamat pergi dan selamat balik..Semua atas pelindunganNya.Alhamdlillah.

Serupa askar dah!HoHo.
Mendebarkan sebenarnya berjalan diwaktu malam di mesir ni.
Pepatah melayu pun ada menyebut, "Air yang tenang jangan disangka tiada buaya"
Harus sentiasa berhati-hati.
Ana berjalan sendiri pun dah risau,inikan lagi bila biar adik-adik ni jalan on their own memalam.. Risau mak aii.. Baru ana faham macamana rasanya 'risau' tu bila orang selalu kata "saya risaukan kamu" .

Itu saja.
NISA.

Comments

Eera Mohammad said…
beraninya...
next time hati-hati...
tp ana dpt rasakan kedinginan malam di mesir :)
Anonymous said…
ingat pesanan tu...

Popular Posts