Tiada matlamat menulis.

Tiada matlamat menulis *ana mengulang semula title entry ni*

ALHAMDULILLAH. Siang tadi ana telah menamatkan pengajian ana di UCSI dlm bidang, erks... bidang?? hm, dalam programme A'levels.

Tamat.Selesai.Habis.

Last paper ana pukul 2.30pm tadi dan alhamdulillah, my last paper was Okay. Saat invigilator kutip kertas exam ana, jiwa ana bagaikan meloncat-loncat.Ana rasa jiwa ana menjerit-JERIT gembira.Cuma tak terkeluar suara je. Ana dapat lihat wajah-wajah lega dari setiap orang yang dah serahkan kertas exam tadi. Senyum sampai ke telinga.
Dalam fikiran ana dah tersenarai dah pelbagai jenis aktiviti yang ana nak buat. Haha. Dan masa ni, takde orang boleh halang ana!! Ha Ha Ha (gelak evil).

Pukul 6pm tadi. Berkumpul di Adni dgn ahli-ahli usrah. Dapat jemputan jadi audience di acara final Akademi Al-Quran, di PICC Putrajaya. Ramaai orang datang. Seronok juga. Waktu pengumuman,ana puas hati bila Fakhrul Radhi dapat Juara. Hehe. O ye, muka dia mirip-mirip Faiz Khaleed sikit. Ada mirip 'org tu' pun sikit. hmm. Membuat ku berfikir sepuluh jenak. (ah, abaikan.)

Sampai rumah pukul 12.30mlm tadi. Mama tak tidur lagi, risaukan ana dan adik. (kesian mama). Lepas selesaikan solat isya semua, terus online. Dah tak payah baca-baca buku dah.. Update blog yang dah bersawang ni. Update faceebook dan friendster. Update diri dengan cerita-cerita kawan yang merata-rata. hehe. Seronok hari ni pasal dah habis exam, dan ana masih lagi tersenyum gembira kerana ana dah bebas.Hehehehehe.

Tu je cerita. Nak bagi ada entry baru je ni. =)

Nisa dah habis.
Tamat.
Selesai.

Comments

Anonymous said…
will miss u dear!nanti dah jalan jauh2 tu update la blog selalu.

Popular Posts