Tragedi hari ini.

Pukul 10.30am, ana pulang dari program di setapak.
Pukul 1.30 tengahari, adik pulang dari art classnya di melawati.
Afifi, saudara kami datang.

Masing-masing kelaparan. Tak sabar menantikan waktu untuk lunch. Mama masak sup ayam, kangkung goreng kegemaranku dan sambal ikan bilis.Kami bertiga yang sedang asyik berbual santai di ruang tamu jadi terduga keimanan, teruji kesabaran lantaran aroma sup ayam yang semakin memanggil-manggil, mengusik nafsu makan kami.

Selesai ana sediakan meja makan dan hidangan semua. Kami duduk di tempat masing-masing, bersedia untuk bersantap. Pada masa yang sama, ana dan adik perlu mengejar masa untuk ke PJ,ada perjumpaan dengan lecturer. Dalam tekun ana menatap pinggan makan, cubit sedikit sambal,gaul dengan sejemput nasi. Tarik sehelai dua daun kangkung, Tiba-tiba ana terlihat sesuatu yang tidak ana jangka.Sesuatu yang tak diduga .Malah, ana sentiasa dan sangat sentiasa meminta agar dijauhkan ana dari berdepan dengan sesuatu itu. Sebujur badan,kecil dan dah keras, warna hijau. . kata orang ‘Comel’. Seekor ulat beluncas di celah dedaun kangkung kegemaranku! TIDAAAAAKK !! Ana kaku sebentar. Terbeliak biji mata,tangan keras seperti patung dan jantung ana terasa bagai hendak gugur kelantai. Jika ana terus kaku disitu, fikiran ana berteriak, “kang ulat ni melompat!! MaUT Nisa!! “, tanpa berfikir panjang lagi ana terus bangun, jerit “Tak boleh ! Tak boleh ! Tak BooLeeeH !! “ dan terus lari kedepan.Rasional hilang.Matang?Ah, tak peduli dah. Ana sangat FoBIA dengan makhluk iTu!! Hampir menangis ana. Hampir menangis namun mujur dapat dikawal.Bukan kerana ego, tapi kalau nangis, malulah ana sebagai si Anisah Ali yang nak jadi seorang yang hebat tu. (hehe).

Mama,Adik dan Afifi, tiga-tiga lari kedepan tersenyum tergelak melihat tindak balas ana yang seperti orang gila kene kejar tikus itu. Lagi-lagi hanya kerana seekor ulat beluncas hijau yang dah mati.
Trauma ana sekejap.Terdiam termenung didalam bilik.Tadi ana yang kelaparan terus kekenyangan. Terimabas-imbas ana akan kelibat baluncas tu. EEEE. GeLi yang Amat sanGat!! Jika tidak kerana nak jadi orang yang kuat lagi hebat, rasanya boleh sampai fobia nak makan sayur dah lepas dari insiden tadi. Ana basuh muka, dan cuba menabahkan diri ke dapur semula. Cukup untuk minum air sahaja. Belum bersedia lagi untuk sambung makan. Tak boleh.Tak boleh lagi.

Ana benar-benar rasa diuji tadi. Sangat teruji. Oh, fobiaku,Allah sahaja yang tahu. Manakan tidak, ternampak ulat bulu 5 kaki jauh dihadapan ana pun dah mampu buat ana lari keliling compound cari tempat berlindung, inikan lagi dalam pinggan makan sendiri. Tak sampai 1 sentimiter jarak dengan jari ana. Oh, Tragedi sungguh!
Rasa teruji tadi membuatkan ana rasa ingin bercerita dengan seorang sahabat , rupa-rupanya ujian ana ditambah lagi. Diusik olehnya cukup baik punya. Oh kasihan diri ini. (hahaha).

Tragedi yang sungguh tragis buat diri yang kerdil ini. Kelakar kan!! Disaat ana menulis ini pun, masih segar dalam ingatan ana wajah beluncas hijau tadi.Oh naik bulu romaku. . (hahahaha).



Anisah VS Ulat

Comments

NJ said…
aduhh... tadi entry wat orang nangis... ini entry wat orang ketawa smpai nak tegolek atas lantai pulak..... hahahhaa...

kesian anisah =P

tau, kalo dlm buku "The Secret" itu, orang kata, kalo tak suka, jangan difikir-fikirkan sangat, buat bodoh je..
adakah kewujudan ulat itu bersangkut paut dengan lagu 'ulat bulu' yang baru saya ajarkan lebih seminggu lepas?

hehhee.. sorry sis!!
Anonymous said…
Oh.. Lagi ana taknak fikir pasal Ulat buluw ni, Lagi fikiran tu menjadi-jadi! Sampai termimpi2.Ana terseksa yang amat malam tadi mimpi Ulat Bulu. Nak menjerit je rasa.

Eh, tak "ulat bulu' yang anti ajar tu menarik..ana suka.HaHa.
Anonymous said…
hahaha!!nisa nisa..
ana rasa ulut bulu tu mmg minat sungguh ngn nt lar..
lg kt kari,lg die suke dtg..

(sama la situasi kita akak oi)

Popular Posts