Biar dapat apa yang dicari.
“Yang kita cari itu Mardhotillah, maka biarlah Mardhotillah yang kita dapat.Ana pegang pada janji-janji ana.Janji ana pada diri ana, janji ana pada anti dan janji ana pada ALLAH.”
Ku membaca semula SMS terakhir yang aku terima daripadanya itu. Aku simpan SMS tersebut sebagai peringatan untuk diriku.Peringatan untukku terus berpegang teguh pada pendirianku dan agar aku tidak kalah dengan diri sendiri.
Sudah hampir 2 tahun kami tidak berutus khabar berita. Entah bagaimanalah keadaannya sekarang? Pelajarannya, urusan-urusannya, ahli keluarganya, program-programnya. Sesekali dalam menungku,aku teringatkannya.Kata-kata semangatnya, sokongannya, senda gurau dan lawak jenakanya, dan yang paling kuat memberi inspirasi pada diriku adalah perjuangannya. Biarpun kami dahulu jarang bersua muka,berjumpa pun atas urusan-urusan penting dan sekadar berinteraksi melalui email dan SMS sahaja, sudah cukup banyak yang dapat dijadikan ingatan-ingatan nan hidup dan terus menghidupkan. Ingatan-ingatan tersebut akan terus mengiringi aku dalam meneruskan perjuangan ini.
Mungkin perit untuk aku menerima hakikat bahawa kami sudah tidak berhubung lagi. Namun keperitan itu tidak sedikitpun melemahkan dan membantutkan langkah-langkahku untuk terus maju dalam mencapai matlamat yang agung itu.Aku punya matlamat.Dia juga punya matlamat dan matlamat kami sama. Aku masih berpegang pada janjinya.Malah aku juga sudah berjanji pada diriku tentang pengorbanan itu.Maka adalah seorang muslim itu, dia berpegang pada janji-janjinya.
Pengharapanku, aku sandarkan sepenuhnya hanya pada yang Maha Penentu, yang Maha Tahu, ALLAH Tuhan yang Kaya dengan Kasih Sayang dan Penganugerah nikmat bekasih sayang. Jika kesatuan kami dapat mendatangkan kebaikan pada diri-diri kami, ahli keluarga kami, sahabat-sahabat kami juga pada Ummah ini, Maka Doaku tiada putus, semoga Allah memelihara perasaan ini dan diberkahinya dengan keredhaanNya.
2 tahun lepas kami memilih untuk berkorban dan pengorbanan kami tidak lain hanya demi Mardhotillah. Semoga dibawah lembayung keredhaanNya jugalah kami ditemukan kembali.Semoga kerana keredhaanNya lah kami hidup jauh dari buta duniawi.Semoga dengan keredhaanNya lah kami dapat bertemu dengan Allah dengan wajah berseri-seri.
*** *** ***
Kadangkala, yang rahsia itu elok dibiarkan rahsia.
*** *** ***
~Tabah menghadapi dugaan menunjukkan kamu mempunyai Iman.
Kadangkala, yang rahsia itu elok dibiarkan rahsia.
*** *** ***
~Tabah menghadapi dugaan menunjukkan kamu mempunyai Iman.
Anisah XOXO
Comments