Mengadulah,jangan meng'aduh'.

Mengadulah.Kita didengari.

Jangan mengeluh dengan kesusahan yang menimpa.
Hanya orang yang tiada keyakinan sahaja mengeluh.

Adilnya ALLAH,Zalimnya Kita. .

Waktu senang.Semua lancar.Rezeki cukup.
Ada kita teringat pada keADILan ALLAH??
Kenapa waktu susah,waktu semuanya menguji kesabaran dan ketabahan,
Kita persoalkan tentang keADILan ALLAH.??
Allah tak pernah adilkah pada diri kita?

Sedih bila kadang-kadang kita fikir,
betapa zalimnya kita pada ALLAH Yang sentiasa bermurah pada kita.
Jom tadabbur 2 ayat ni,

Surah Lukman,31 dan 32 :

(( Tidakkah engkau memerhatikan bahawasanya kapal-kapal berlayar dilaut dengan nikmat kurnia ALLAH,untuk kamu diperlihatkan kepada kamu sebahagian dari tanda-tanda kemurahanNya.? Sesungguhnya yang kian itu mengandungi keterangan dan bukti-bukti bagi tiap-tiap mukmin yang tetap teguh pendiriannya, lagi sentiasa bersyukur.))

(( Dan orang-orang yang tidak bersifat demikian,apabila dirempuh serta diliputi oleh ombak besar seperti kelompok-kelompok awan menyerkup, pada saat itu mereka semua berdoa kepada ALLAH dan mengikhlaskan kepercayaan kepadaNya semata-mata.Kemudian bila ALLAH menyelamatkan mereka ke daratan, maka sebahagian sahaja antara mereka yang bersikap adil (lalu bersyukur dan menesakan ALLAH). Dan sememangnya tiada yang mengingkari bukti-bukti kemurahan Kami melainkan tiap-tiap orang yang bersifat pemungkir janji, lagi sangat-sangat tidak mengenang budi.))

Berlaku adillah dengan ALLAH, Sesungguhnya ALLAH itu MAHA ADIL,pasti Dia akan berlaku Adil dengan kita.


a n i s a h [ nak mengadu ]

Comments

MuhammadSidqi said…
mengadulah.. ada yang kan mendengarkannya di sini :)

Popular Posts