Kepercayaan : hasil sembang 3 macam orang.

Lazim kita diingatkan dengan terjemahan ayat ni,

Surah Ar-Ra'd :
[27]
Dan orang-orang yang kafir berkata: “Mengapa tidak diturunkan kepada (Muhammad) satu mukjizat dari Tuhannya? “Katakanlah (wahai Muhammad): “Sesungguhnya Allah menyesatkan sesiapa yang dikehendakiNya (menurut undang-undang peraturanNya), dan memberi petunjuk ke jalan agamanya, sesiapa yang rujuk/mencari kepadaNya, -

[28]
“(Iaitu) orang-orang yang beriman dan tenang tenteram hati mereka dengan zikrullah”. Ketahuilah dengan “zikrullah” itu, hati-hati menjadi tenang.


Kerapkali bila kita mengadu pada ibu atau ibu mertua kita, yang selalu akan dipesan adalah

"Banyak-banyak mengaji, dekatkan diri dengan ALLAH"
"InsyaALLAH hati hilang ragu-ragu dan akan rasa lebih tenang."

ALLAH dan Al-Quran

kerana memang benar, satu-satunya pendamping yang paling boleh dipercayai adalah Al-Quran.
dan Satu-Satunya pemberi rasa tenang dalam hati adalah ALLAH SWT.

Pesanan bermakna dari mama re post ini :

"nisa, my love,when your heart is in doubt....read the quran. your one and only trustworthy companion. nothing will compare to it.

if u have to trust, do put your trust in allah first cos allah is perfect. i'm not saying u can't trust in fellow human. but human are not perfect. so when u put your trust in another human be prepared to forgive his / her imperfection..... that's what i remind myself everyday. your no. 1 survival kit!! "

****

Baru tersedar yang selama ni ana dah tersalah tafsir dan tersalah faham erti PERCAYA.Percaya pada pasangan.

Sempat 3 sahabat rapat atau lebih manja dikatakan adik beradik alex datang menziarahiku di rumah selepas suami terpaksa 'outstation' ke mansurah utk menjalani peperiksaan penggal akhirnya.

Sejak ana berkahwin ni, sejak pindah rumah asing dari mereka, jarang juga kami dapat duduk bersembang santai mcm dulu-dulu waktu bujang. hehe. Waktu ana seorang dirumah sajalah peluang untuk nak catch-up segala ceritera masing-masing.

Seperti biasa, ana minta masing-masing untuk update cerita masing-masing, dan sehinggalah kami sampai ke satu topic tu... KEPERCAYAAN : TRUST .

Selepas bersembang dengan mereka barulah ana tersedar yang selama ni ana dah tersalah anggap dan tersalah tafsir erti KEPERCAYAAN.
Salah konsep.

Mulanya masing-masing bercerita.Selepas mendengar cerita masing-masing tu, ana memuji sifat PERCAYA yang ada pada salah sorang dari mereka.Ana sungguh-sungguh kagum.
Macamana dia boleh percaya sampai macamtu skali? (ada lah dia percaya kawan dia sorang tu..takmo cerita sini. ;) )

lalu, terkeluarlah dari bibir ana ni, konsep PERCAYA yang ana selama ni pegang. Terus disangkal ketiga-tiga mereka.

"Ana percaya je pada pasangan ana. Takda was-was sikitpun. Yang ana tak percaya tu orang-orang luar tu!"

Tiga-tiga dengan serentak membalas

"Tu maksdunya tak percaya lah tuuuu."

Ana terdiam! dalam hati ana keras menepis tuduhan tu. Kerana ana rasa benar-benar sudah ana percaya dan yakin. Selalu yang membuatkan ana sedih adalah orang luar yang meragukan. Bukan pasangan ana. Pasangan ana jelas pendiriannya. Dan ana yakin dengan pendiriannya.

Sambung salah seorang dr mereka lagi,

" Tak percaya dengan orang luar tu, sama lah macam kita tak percaya dengan dia. Sebab kalau kita percaya dengan dia, kita tahu and yakin, apa2 pun orang luar buat, hati dia akan tetap dengan kita dan dia takkan goyah.Apa-apa orang luar nak buatpun, dia tetap akan balik pada kita."
"So, nak risau apa?"

Ana terdiam lagi.Kali ni lama.Salah konsep rupanya ana sebelum ni.
Padanlah selama ni, masih ada gelisah dalam tenang.

5 hari berjauhan dengan suami tercinta kali ni, ana cuba ubah konsep dan pemahaman ana tentang kepercayaan tu. Ana didik hati dan minda agar kali ini, benar-benar fokus untuk percayakan si dia yang kucinta. Percaya dan yakin pada dia dan abaikan yang tak berkenaan.

Dan

ALHAMDULILLAH... kali ni. ana betul-betul tenang. Gelisah kurang.
Ana dah jumpa kunci percaya ana tu.

terima kasih you three!!
You know who you are! and i love you! truly and deeply!

To my dearly beloved Husband, My night and day, My Life, My Everything...
Im appreciating this long distance as it allows me to love you more and miss you even more.
I just can't wait to see you again soon.
Berkasih Bercinta Sampai Syurga, InsyaALLAH!

Much extra love,
ANISAH ALI.

Comments

Unknown said…
This comment has been removed by the author.
Unknown said…
This comment has been removed by the author.
Anonymous said…
Thank you for making the effort and spreading this information with all of us. It was indeed very useful and informative while being straight forward and to the point. I have also avail information about the best new project Paras Dews
Dimasdali said…
Pencerahan yang sangat berguna, terima kasih sobat, salma kenal

Popular Posts