Be more useful and less useless.

Bismillah.

In this entry, I really would love to share 2 important stories to Everyone.
One is a verbal story told by my husband and the other one is an advert shared by a fellow friend.

Let me start with the story of which my husband had told.
Allow me to share it in Malay. ;)

Okay.

****

Pernah berkawan rapat seorang melayu dan seorang cina di suatu kampung.
Main bersama. Belajar bersama. Kelas pun sama.
Bersama-sama kemana saja mereka berdua ni sampailah masing-masing tamat sesi persekolahan.
(mcm cerita seth tan dgn nora elyna kan? tapi ni bukan ye. Ni cerita betul!)
Selepas tamat persekolahan, si melayu dan si cina masing-masing mencari hala tuju masing-masing.
Sambung belajar.
Yang si cina terbang ke America. dan yang si melayu stay di Malaysia Bumi tercinta.
melanjutkan pelajaran masing-masing.
Sewaktu ni, usia dalam lingkungan 20tahun.

Bilamana masing-masing dah berjauhan.
Waktu zaman tu, internet tidaklah secanggih kini.
Mereka lost contact.

Selang 20 tahun kemudiannya.
Si melayu terserempak dengan adik kepada kawan baiknya si cina tadi.
Bertanyalah si adik cina ,

" Eh... Cina dah balik Malaysia tau! Boleh lah jumpa! "

yang si melayu ni pun dengan penuh girangnya, meminta alamat dan segala butiran penting untuk mereka bersua kembali.

Tibalah hari yang dinanti-nantikan.
Si melayu dan Si cina bertemu.
Bersalaman. berpeluk. Melepas rindu.

Duduk bersama. mula bersembang.
Bertanyalah si melayu pada si cina akan khabarnya.

"Hoo.. Apa khabar kau sekarang? " bersungguh-sungguh untuk tahu akan cerita sahabat baiknya itu.

dan jawablah si cina itu dengan tenang

"Mat, Aku dah peluk ISLAM sekarang. Alhamdulillah. "
"Setelah sekian lama aku mencari cahaya kebenaran tu, Akhirnya aku menemukannya sewaktu aku di US. Alhamdulillah, Mat. ALLAH menemukan juga aku pada cahaya Hidayah tu."
"Sebelum ni aku tak pernah tahu pun ttg islam. dan selepas aku tahu dan kenal islam. Aku terus jatuh cinta dan terus memeluk ISLAM."
"Alhamdulillah, selepas aku peluk Islam, Aku sampaikan juga pada ahli keluargaku dan semuanya pun dah menerima ISLAM sebagai Agama mereka."

terkesima dan sebak Si Melayu.
Terpegun!

"MasyaALLAH. ALHAMDULILLAH!!"

kemudian, sambil mengerutkan dahi, bertanya si cina pada kawan baiknya si melayu itu..

"Mat... kenapa kau tak pernah kenalkan aku pada agama Islam sepanjang 20 tahun kita rapat dulu, sebelum aku terbang ke US, sedangkan kau tahu yang aku tak tahu tentang agama Islam? "
"Kenapa kau biarkan aku hidup 20 tahun dalam kegelapan padahal kau dah jumpa sumber penerang hidup tu?"

Soalan itu meninggalkan si melayu bingung, termenung. Tiada jawapan.

****

begitulah kisahnya. meninggalkan KITA SEMUA dalam persoalan.
Siapakah kita dan adakah kita sudah berfungsi untuk agama dalam membantu yang masih tidak tahu?
Bila ada peluang, adakah kita mengambil peluang itu untuk berkongsi ISLAM dengan mereka, atau kita sekadar menjadi muslim pasif dan 'memberi peluang' pada orang lain untuk menjadi muslim yang berfungsi?

Jika tidak mampu berdakwah, berislah lah.
Jika tidak mampu menyampaikan kalam sendiri bg menegakkan kebenaran, berkongsilah kalam benar muslim lain agar sama2 mendapat manfaat.
dan yang paling kurang, doakanlah semua orang agar sentiasa selamat, dan tak lupa doakan diri sendiri agar lebih kuat.

Pesan RASUL SAW pada kita, "Sampaikanlah walau dengan sepotong ayat,"
maka kita sampaikanlah. :)

Wallahuta'ala 'ala wa 'alam.

Perkongsian kedua.
Selamat menghayati.
dan syukran buat sahabat yang mengongsikan video ini pada ana, beserta doanya "Moga anak Nisa pun bijak macamnii. " Ameen Ameen ya Rabb!


Comments

Anonymous said…
The delicate part is to share info about Islam without sounding preachy. Most Non-Muslims automatically shut off when you start talking about Islam. With me, I find it best to keep it light and mention it casually like trivia as and when the opportunity comes along. Of course, this also means we have to have some knowledge before we can attempt to share. Wallahu'alam.

Auntie Mimi

Popular Posts