Sunday, December 26, 2010

Cartoon TV Pendidikan Zaman 80's & 90's!!

BismillahiRahmaniRaheem.

Baru saja tadi, ana dan suami browse2 YouTube nak cari klip-klip bola. Maklum sajalah, suami ana ni kaki bola dan tambahan lagi, Malaysia baru sahaja menang mengalahkan Indonesia 3-0 dalam perlawanan final pertama Piala AFF Suzuki.

Sambil-sambil browse tu, tergerak hati suami ana nak cari program-program tv waktu zaman kecil-kecil dulu. Ingat lagi, waktu kecil dulu,time tadika, darjah satu,darjah dua, ana dan adik selalu tengok kartun2 Tv Pendidikan. Yang pasal kancil dan buaya lah, Monyet yang degil lah and macam2 lagi.. Zaman innocent. Zaman happy2 care-free. Rindu betul zaman tu.

Lagi satu perkara tentang program2 kanak-kanak yang disiarkan Tv pendidikan Malaysia dulu, semuanya penuh dengan nasihat dan peringatan. Kartun2 semuanya jelas mesej yang cuba nak disampaikan.


~Melentur buluh biarlah dari rebungnya~

Kanak-kanak kecil membesar menjadi remaja-remaja . Dan remaja/pemuda-pemudalah penentu masa depan. Cerahnya atau gelapnya masadepan satu2 kaum/negara itu semuanya bergantung pada nilai dan harga diri pemuda-pemudanya.

Maka, nak melahirkan pemuda peneraju negara/ummah yang kuat... kenelah disusukan dan disuapkan dengan nilai2 yang baik dan kuat sejak dia kanak-kanak lagi. InsyaALLAH.

Wallahu'alam. :)


video

Monday, December 6, 2010

Kisah Sang Muharram. (Sejarah Tahun Hijrah)



Hijrah Rasulullah SAW untuk kita, Hijrah kita kemana..?

Semoga dalam hati-hati kita tertanam rasa bersemangat untuk memulakan langkah-langkah baru dalam usia tahun baru kita ini. Biar permulaannya,permulaan yang baik dan biar ianya terus bertambah baik sepanjang tahun. insyaALLAH.
(sekadar muhasabah untuk kita tajdid semula semangat dalam meraikan kehadiran tahun baru hijri ini.)

Sempena awal muharram, pembukaan tahun yang baru ni,
Ingin sekali ana berkongsi kisah Tahun Hijrah. Kisah Muharram. Kisah Rasulullah.
Ini adalah hasil daripada apa yang ana baca dari sana sini dan research sikit sebanyak dari sumber-sumber yang insyaALLAH boleh dipercayai. :)

***


Kalendar Islam bagi sandaran umat Islam adalah Takwim Hijrah atau Takwim Islam. Ianya merupakan takwim yang digunakan secara meluas di kebanyakan negara umat Islam untuk menentukan hari kebesaran Islam. Kalendar ini merupakan kalendar lunar (berasaskan bulan), dan mempunyai kira-kira 355 hari dalam setahun.

Permulaan penggunaan Kalendar Tahun Hijrah / Hijriah adalah hasil dari ilham Khalifah Ar-Rasyidin yang kedua iaitu Saidina Umar Al-Khatab r.a. Ini adalah rentetan dari Kesatuan Arab yang ditubuhkan di bawah naungan Islam pada zamannya.Riwayat juga mengatakan bahawa Gabenor Abu Musa Al-Asy’ari telah mengirimkan surat kepada Saidina Umar r.a meminta beliau menjelaskan tentang tahun bagi tarikh surat/arahan Umar yang telah dihantar kepadanya.Bermula daripada peristiwa itulah Saidina Umar memerintahkan satu kalendar / taqwim Islam yang khas diwujudkan untuk menggantikan tahun rujukan kalendar yang berbagai-bagai yang digunakan oleh bangsa-bangsa Arab dan bangsa-bangsa lain pada zaman itu. Peristiwa ini juga merupakan pencetus kepada penyusunan takwim berdasarkan falak syar’ie.

Sebelum kemunculan kalendar Islam ini di kalangan bangsa Arab sendiripun ada berbagai-bagai kalendar yang digunakan seperti Kalendar Tahun Gajah, Kalendar Persia, Kalendar Romawi dan kalendar-kalendar lain yang berasal dari tahun peristiwa-peristiwa besar Jahiliah.

Maka Umar telah memilih tahun yang terdapat di dalamnya peristiwa paling agung dalam sejarah Rasullullah s.a.w untuk dijadikan asas permulaan tahun pertama bagi kiraan kalendar taqwim Islam.

Walaupun tahun yang dipilih adalah tahun hijrah, ianya mencatatkan peristiwa hijrah berlaku pada bulan yang lain selain Muharram namun kalender Islam meletakkan awal bulan kalender hijrah itu sebagai awal Muharram ini kerana kemuliaan yang ada pada bulan ini di sisi Allah SWT.

Kalendar ini juga mengambil peristiwa hijrah Rasullullah s.a.w dari Makkah ke Madinah. Ini adalah kerana dengan hijrah inilah permulaan pertolongan Allah kepada RasulNya dan agama Islam ditegakkan. Hasil dari itu, Kesatuan Arab lebih sistematik, bersatu dan tersusun serta mendapat berbagai-bagai kejayaan besar dan bertambah kuat hasil dari pilihan Umar itu.

Di antara kejayaan besar Islam waktu itu ialah kerajaan Kisra dapat ditumbangkan, Baitulmuqaddis pula dibebaskan dari Rom dan Masjid Al Aqsa dibangunkan.

Perbandingan kalendar juga telah dibuat oleh Umar,setelah Umar membandingkan kalendar tersebut dengan kalendar-kalendar Persia dan Romawi, didapati bahawa kalendar ini ternyata lebih baik dan bersistematik. Maka dengan itu pengisytiharaan Kalendar Tahun Hijrah adalah Kalendar / Taqwim Islam yang rasmi.


Sebab-Sebab berlakunya Hijrah.

Ia bagi mengurangkan tekanan yang dialami baginda Rasulullah terhadap serangan bertubi-tubi puak musuh di kalangan masyarakat Arab Jahiliyyah yang tidak senang dengan Islam yang diperkenalkan oleh baginda Rasulullah s.a.w.

Atas dasar itu Allah SWT memerintahkan baginda dan seluruh umat Islam yang masih berada di bumi Mekah supaya meninggalkan tempat itu dan menuju ke kota Madinah.

Bagi yang mengingkari arahan supaya berhijrah ke Madinah, mereka dijanjikan dengan neraka dan ditimpakan dengan siksaan yang amat pedih dari sisi Allah sepertimana yang ditegaskan Allah menerusi firman-Nya dalam ayat 97 surah an-Nisaa yang bermaksud :

“Sesungguhnya orang-orang yang diwafatkan malaikat dalam keadaaan menzalimi diri mereka sendiri, (kepada mereka) malaikat bertanya : Dalam keadaan bagaimana kamu ini? Mereka menjawab : Kami adalah orang-orang yang tertindas di negeri kami sendiri (Mekah). Para malaikat berkata : Bukankah bumi Allah itu luas hingga kamu dapat berhijrah di bumi itu? Orang-orang itu tempatnya neraka Jahannam, dan ia seburuk-buruk tempat kembali.”



Rasulullah SAW menjadi sasaran Musuh.

Allah SWT berfirman menerusi ayat 30 surah al-Anfal: “Dan (ingatlah) ketika orang-orang kafir (Quraisy) memikirkan segala daya upaya terhadapmu (Muhammad) untuk menangkap (memenjara), membunuh serta mengusirmu keluar dari (Mekah). Mereka membuat perancangan jahat dan Allah menggagalkan perancangan jahat mereka, dan Allah adalah sebaik-baik pembalas tipu daya (perancangan).”

Jelas ayat di atas, menunjukkan bahawa kejahatan orang-orang yang jahat terhadap kerja-kerja dakwah tidak terhenti setakat itu, malah mereka memilih salah satu jalan untuk memastikan dakwah itu gagal, sama ada melalui penangkapan terhadap pendakwah, mengusir, memenjara atau membunuh mereka tanpa kebenaran yang sah, itulah yang akan dilakukan sampai hari kiamat, tetapi yang lebih menduka-citakan ialah apabila ia dirancang sendiri orang yang bernama Islam.Sesungguhnya hijrah yang berlaku ke atas Rasulullah s.a.w itu bukan ke satu tempat tertentu, malah ia bermaksud hijrah kepada Allah bagi mendapatkan keredaan-Nya, ia bertepatan dengan firman Allah di atas lidah Nabi Ibrahim dan Nabi Lut dalam ayat 26 surah al-Ankabut :

“Dan berkatalah Ibrahim : Sesungguhnya aku akan berpindah (berhijrah) ke tempat yang diperintahkan Tuhanku, sesungguhnya Dia Yang Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana.”

Aplikasi Hijrah, Kebijaksanaan dan pengajaran dari Hijrah Rasulullah :

1. Sunnah Nabi keluar ke tempat jauh dengan ditemani seseorang (Saidina Abu Bakr).

2. Hijrah di waktu malam adalah paling sesuai untuk bermunajat kepada Allah, kerana pada waktu itu ramai di kalangan pihak musuh sedang seronok tidur.

3. Tidak salah mendapat dan menggunakan khidmat orang kafir bagi tujuan maslahat Islam sepertimana baginda menggunakan khidmat Abdullah Bin Uraiqit (Nasrani) menjadi petunjuk jalan ke Madinah.

4. Baginda mengatur strategi berdakwah agar tidak dapat dikesan oleh musuh dengan menghilangkan kesan tapak kaki dengan puluhan tapak kaki kambing yang diusahakan oleh Amir Bin Fuhairah.

5. Memberi pengiktirafan dan kepercayaan kepada seorang remaja/belia dalam kerja-kerja dakwah sepertimana baginda mengarahkan Saidina Ali Bin Abu Talib menggantikan tempat tidurnya.

6. Memberi pengiktirafan dan kepercayaan kepada seorang muslimah berperanan dalam memberi saham seperti Asma Binti Abu Bakar.

7. Memberi pengiktirafan dan kepercayaan kepada seorang remaja, Abdullah Bin Abu Bakr untuk mendapatkan rahsia bagi memudahkan kerja-kerja dakwah.

Peristiwa-peristiwa penting dalam bulan Muharram :

1. Nabi Adam bertaubat kepada Allah.
2. Nabi Idris diangkat oleh Allah ke langit.
3. Nabi Nuh diselamatkan Allah keluar dari perahunya sesudah bumi ditenggelamkan selama enam bulan.
4. Nabi Ibrahim diselamatkan Allah dari pembakaran Raja Namrud.
5. Allah menurunkan kitab Taurat kepada Nabi Musa.
6. Nabi Yusuf dibebaskan dari penjara.
7. Penglihatan Nabi Yaakob yang kabur dipulihkkan Allah.
8. Nabi Ayub dipulihkan Allah dari penyakit kulit yang dideritainya.
9. Nabi Yunus selamat keluar dari perut ikan paus setelah berada di dalamnya selama 40 hari 40 malam.
10. Laut Merah terbelah dua untuk menyelamatkan Nabi Musa dan pengikutnya dari tentera Firaun.
11. Kesalahan Nabi Daud diampuni Allah.
12. Nabi Sulaiman dikurniakan Allah kerajaan yang besar.
13. Hari pertama Allah menciptakan alam.
14. Hari Pertama Allah menurunkan rahmat.
15. Hari pertama Allah menurunkan hujan.
16. Allah menjadikan 'Arasy.
17. Allah menjadikan Luh Mahfuz.
18. Allah menjadikan alam.
19. Allah menjadikan Malaikat Jibril.
20. Nabi Isa diangkat ke langit.


***

Wallahu Taala a'ala wa a'lam.

Anisah Ali membersihkan sawang blognya. :)

Friday, June 11, 2010

Apa MAAF boleh buat.


Kita takkan sangka betapa besarnya erti sapatah ungkapan maaf sehingga kita meminta maaf,memaafkan dan dimaafkan.

“Maafkan saya”.

“Im really sorry, please forgive me.”.

“Aasifni,Minta maaf sangat-sangat.”.


Dari yang marah menjadi tenang. Dari yang benci menjadi senang. Dan boleh dari yang senang menjadi sayang.

Ada seorang sahabat baru-baru ni telah menghubungi saya, meminta maaf atas kesilapan yang tidak wujud antara saya dan dia… sebaliknya, sebenarnya, saya yang salah terhadap dia..

“ Anisah, Su nak minta maaf..Maafkan su ye.”


“ Eh, kenapa?” – aku tertanya-tanya, dalam hati aku berasa bersalah kerana aku yang tersilap padanya. (terlewat memaklumkan sesuatu).

“Sebab su tak sihat semalam, jadi sebabkan keadaan tu, dapat khabar dr nisa lagi, su ada rasa bengang dengan nisa.”
“So, su nak minta maaf kat nisa ni.. mak su pesan, kalau kita suka berkawan dengan orang tu, jangan ada perasaan buruk pada dia.”

Saya terkesan. Bertambah-tambah rasa bersalah dalam diri ni. Terus saya memohon kemaafan dia atas silap saya hari sebelumnya, dan saat itu saya mengharapkan hubungan ni terus mendapat redha ALLAH kerana wujudnya keikhlasan didalamnya.

Sebelum ini,dia mungkin hanya salah seorang dari sahabat-sahabat saya yang ramai, tapi hari ini dia menjadi sahabat yang istimewa, telah lahir rasa sayang dalam diri ini terhadap persahabatn kami, lebih-lebih lagi sayang terhadap dia.

Tampak kecil, dianggap remeh..tapi impaknya besar dan bermakna.

Meminta maaf , ia menundukkan ego.Membuktikan tawadhu’ seorang hamba.

Sedang ALLAH berpesan dalam surah Israa’ ayat 37 yang mafhumnya :

Dan janganlah engkau berjalan diatas bumi ini dengan sombong,kerana sesungguhnya engkau tidak akan dapat menembus bumi dan tidak akan mampu menjulang setinggi gunung.


Sekadar seruan dan ajakan pada sahabat-sahabiah pembaca sekalian,
Ringan-ringanlah lidah meminta maaf biarpun kesalahan itu bukan dari pihak kita..kerana Hamba yang tawadhu,hamba yang tiada angkuh dalam hatinya selalu disenangi orang..
kerana apa disenangi?

kerana ALLAH sayang. Dan apabila ALLAh sayang pada seseorang hambaNya itu, Akan dia menjadikan hambaNYA itu disayangi semua makhluk2 dibumi dan dilangit.
J

Kaaaaaan? Hehe.

renung-renungkan.

Sekadar berceloteh…

Anisah Ali bangkit dari lena.



Tarbiyyah dan Panggilan dari ALLAH : Ujian.


Dalam kehidupan seharian manusia tidak sesekali terlepas daripada kesusahan hidup. Hanya bagi mereka yang selalu bersabar akan menempuhi segala kesusaha hidup ini dengan tenang dan yakin segala kesusahan ini ada hikmah sebaliknya. Mereka yakin bahawa setiap liku kehidupan ini jika dilalui dengan sifat-sifat sabar, Allah S.W.T akan membalasnya dengan seribu kali kesenangan dan maka terimalah berita-berita gembira bagi orang-orang yang selalu bersabar seperti mana firaman Allah yang bemaksud:

“Demi sesungguhnya Kami menguji kamu dengan sedikit perasaan takut (kepada musuh) dan lapar (dengan berlakunya) kekurangan harta benda dan jiwa serta hasil tanaman dan berilah khabar gembira kepada orang yang sabar.” ( Al-Baqarah, ayat 155)

Hakikatnya manusia sentiasa diuji Allah SWT untuk melihat sejauh mana keimanan dan keyakinan mereka kepada-Nya. Apakah kita ini seorang yang bersikap sabar dan cekal hatinya atau mudah goyah imannya apabila diuji dengan pelbagai dugaan di dunia yg sementara ini?

Ujian Allah SWT kepada hamba-Nya meliputi semua peringkat usia, pangkat dan ujian ini Allah berikan tidak mengira tua muda, miskin kaya, mahupun pemimpin tertinggi atau rakyat biasa. Semuanya tidak terkecuali daripada mendapat ujian Allah SWT. Oleh yang demikian, kita sebagai hamba-Nya hendaklah sentiasa bersabar dan bersyukur dalam keadaaan apa sekalipun kerana seseorang yang beriman itu meyakini setiap ujian itu satu penghapusan dosa dari Allah S.W.T.

Sejarah menunjukkan sepanjang 400 tahun umur Firaun di muka bumi ini dia tidak pernah diuji dengan kesusahan dan kesakitan. Disebabkan nikmat tersebut dia kufur dan bongkak dengan nikmat yang diberi oleh Allah dan disebabkan nikmat tersebut dia berani mengaku dia adalah Tuhan. Oleh itu yakinlah kita bahawa setiap kesusahan itu sebenarnya adalah satu ikatan tarikan yang Allah jadikan untuk kita supaya kita sentiasa ingat kepada kekuasaan-Nya. Dan manusia sebenarnya tidak terlepas dari bergantung harap kepada pertolongan-Nya.

Firman Allah SWT yang bermaksud:

“Hanya kepada Engkau yang kami abdikan diri, dan hanya kepada Engkau kami memohon pertolongan.” (Surah al-Fatihah, ayat 5)

Oleh itu, kita dituntut oleh agama untuk sentiasa berdoa tidak mengira apabila kita berada di dalam kesusahan atau pun kesenangan sekali pun kerana fitrah manusia dijadikan untuk sentiasa mengharapkan bantuan dari pencipta-Nya. Siapalah manusia jika mereka tidak bergantung kepada Penciptanya.

Manusia seringkali berdoa ketika mana mereka ditimpa kesusahan kerana di saat itu hanya Allah S.W.T tempat mereka bergantung. Akan tetapi Allah SWT tidak suka kepada orang yang sombong, iaitu orang yang merasa mereka dapat menyelesaikan sendiri masalah mereka tanpa mengharapkan pertolongan Allah SWT.

Allah berfirman yang bermaksud:

“Dan apabila hamba-Ku bertanya kepadamu mengenai Aku, maka sesungguhnya Aku dekat. Aku memakbulkan permohonan orang yang berdoa apabila ia memohon kepada-Ku, maka hendaklah mereka memenuhi (segala perintah) Ku dan hendaklah mereka beriman kepada-Ku, supaya mereka selalu berada dalam kebenaran.” (Surah al-Baqarah, ayat 186)

Sebagai Pencipta, Allah sangat menyukai hamba-hamba-Nya yang sering berharap akan pertolonganNya dan Allah menyukai hamba-hambaNya yang merintih ikhlas memohon pertolongan kepada Nya. Akan tetapi ada segelintir hambaNya apabila berada di dalam kesusahan mereka sangat berharap kepada pertolongan Allah tetapi di waktu kesenangan mereka kufur akan nikmat yang diberi dan berpaling dari jalan-jalan yang benar. Sesungguhnya golongan ini sangat dibenci oleh Allah S.W.T.

Dalam firman Allah SWT yang bermaksud:

“Apabila manusia ditimpa kesempitan, dia berdoa kepada Tuhan-Nya, dalam keadaan bersungguh-sungguh untuk kembali kepada-Nya. Kemudian apabila dia dianugerahi dengan nikmat daripada-Nya, dia lupa doa yang dipohon kepada Tuhannya sebelum itu dan dia menjadikan untuk Allah gandingan untuk menyesatkan (manusia) daripada jalan-Nya.” [Surah al-Zumar, ayat 8]

Walau bagaimanapun sebagai hambaNya yang beriman, di kala kesenangan sekalipun kita disuruh untuk selalu berdoa. Berdoalah supaya ditetapkan dan ditambah rezeki yang halal, bermohonlah supaya kebahagiaan yang kita kecapi sekarang ini dipanjangkan dan berdoalah supaya nikmat kesihatan ini sentiasa berkekalan.

Nabi Muhammad SAW bersabda yang bermaksud:

“Doa itu bermanfaat terhadap kejadian yang sudah berlaku atau kejadian yang belum berlaku. Oleh itu, wahai hamba Allah, hendaklah kamu berdoa.” (Diriwayatkan oleh Ahmad, Ibn Majah dan lain-lain)

Sesungguhnya setiap ujian dan percubaan hidup ini seharusnya kita yakini akan kewujudan hikmah yang Allah S.W.T jadikan. Bagi orang beriman, ujian bukanlah sesuatu yang selalu boleh melemahkan semangat kerana Allah sentiasa mempunyai maksud baik di sebaliknya. Malah dalam keadaan seorang hamba itu berdosa sekalipun, ujian didatangkan-Nya sebagai satu pengampunan. Sementara dalam keadaan taat, ujian didatangkan untuk meningkatkan darjat.

Hadith yang diriwayatkan oleh Anas ada menunjukkan setiap ujian itu adalalah suatu dari Allah;

“Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda, sesungguhnya Allah berfirman: “Jika Aku menguji hamba-Ku dengan dua benda yang paling dia sayangi, lalu dia bersabar menghadapinya, maka Aku akan menggantikan keduanya dengan syurga. Yang dimaksudkan dua benda itu adalah kedua matanya.” (Hadis riwayat Bukhari)

Hadith ini jelas menunjukkan bahawa setiap ujian yang Allah S.W.T berikan kepada hambanya yang bersabar dan cekal menghadapinya pasti Allah membalas mereka dengan balasan setimpal dengan kesabaran mereka iaitu syurga.Walau bagaimanapun, kita tidak perlu memiliki keyakinan dan keimanan yang lemah akan hikmah apabila diuji dengan percubaan. Ketahuilah bahawa Allah Ta’ala itu mencurahkan kasih sayang-Nya dengan mendatangkan berbagai cubaan kepada hamba-Nya semata-mata untuk mengampuni dosa-dosa hambanya.

Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud:

“Tiada seorang Muslim yang menderita kelelahan atau penyakit, atau kesusahan hati, bahkan gangguan yang berupa duri melainkan semua kejadian itu akan berupa penebus dosanya.” (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)

Bagi orang-orang yang beriman dan yang mahu memperkukuh serta menyempurnakan akidahnya, cubaan atau ujian itu akan semakin memperteguh semangatnya untuk mengabdi diri kepada Allah serta meningkatkan ketakwaannya kepada-Nya.

Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:

“Sangat mengagumkan kepada seorang mukmin, sebab segala keadaannya untuk ia sangat baik, dan tidak mungkin terjadi demikian kecuali bagi seorang mukmin: jika mendapat nikmat ia bersyukur, maka syukur itu sangat baik baginya dan bila menderita kesusahan ia bersabar, maka sabar itu lebih baik baginya.” (Hadis riwayat Muslim)

Sumber : Laman web ISMA-Mesir cawangan Iskandariah.

Sunday, April 11, 2010

Bila Budak Medic Beli Barang.

Ni kisah ana dengan ahli beit ana, mastura atau lebih mesra dikenali sebagai Pendekar Mustar (ala-ala mustang).
Kami telah diamanahkah oleh setiausaha beit villa sukaramai (nama rumah ana) untuk membeli printer.

Lalu pergilah kami ke kedai yang menjual printer.
Macam-macam jenis printer kami survey. Dan pilihan hati kami mmg 2 jenama inilah,iaitu 'sekian' atau 'sekian'. (sorry, tak boleh jaja nama product, nanti ada pihak yang terasa hati..kami kene saman. Duit ana hutang Su yang 8 genih tu pun tak habis bayar lagi, inikan nak bayar saman nnt..kannn).

Justeru itu,bertanyalah kami pada assistant kedai tu berkenaan dua product tersebut. Segala details kami tanya.serba serbi demi nakkan printer yang terbaik.. saaampailah begini jadinya..

Anisah & Pendekar Mustar : So, erm...what about its cartilage?

Assistant : Im sorry..what is it? *arab punya style cakap english..*

Anisah & Pendekar Mustar : The ink..

Assistant : Owh..Owh.. you mean the CARTRIDGE!

wahaha!!

nak medico-medico sangat pun.."agak-agaaklah bangg" - tone haziq dalam syurga cinta
Buat Malu den jooo!!!!!

______________________

Cartilage tu Tulang Susu, yang kalau kita makan ayam, kan selalu ada bahagian tulang yang kita boleh makan tu. Setengah orang suka, setengah orang tak reti makan. Haa.Tulang tu lah cartilage. :)

Cth gambar : ni dua tulang bertemu di bahagian lutut. Pada pertemuan tu, ada cartilage.

Ha...Yang ni pulak. CARTRIDGE. Dakwat / ink printer....haha!


Friday, March 26, 2010

i know you're always there...





To YOU.

I know i have you and i know you're always there.

and as far as i know, im always here for you,

and you will always have me with you.

Im here Alia, eventhough we're 15mins away. =)

You don't need to say anything, you don't even have to look at me...i know.

And i know you know that....

..Dan ALLAH tidak menguji HambaNya dengan ujian-ujian yang tidak mampu dia tanggung...

..with every hardship is ease, verily with every hardship is ease...

and have faith, Allah takkan beri ujian dan membiarkan sahaja hambanya, bersama setiap ujian ALLAH berikan jalan-jalan keluar.. kita hanya perlu menghulurkan tangan dan InsyaALLAH , DIA pimpin. Jangan mengeluh...hati orang-orang muslim adalah hati-hati yang kuat.

..bersabarlah, sesungguhnya ALLAH bersama dengan orang-orang yang bersabar.

.. dan kesabaran itu Indah.


I LOVE YOU, ALIA ADEEBA AZLAN.

Love,anisah ali.

Thursday, March 25, 2010

Internet ni macam pil...

bismillah,

Ana dah berjaya buat satu perkara yang ana tak sangka ana sanggup buat..
..
...
.....

ana telah men'deactivate'kan Facebook account ana!!

dan Alhamdulillah, ana rasa tenang sedikit. (cuba utk tenang).

Ana mencari ruang sebenarnya.
cari ruang untuk mendidik hati.
cari ruang untuk belajar mempercayai.
cari ruang untuk yakin dengan orang-orang disekeliling ana.

Jika dulu, Facebook tu merapatkan ana dengan sahabat2 lama, dengan sahabat2 di malaysia, dengan ahli keluarga..
tapi sejak dua menjak ni, ana merasakan facebook ni hanya makin mendatangkan rasa-rasa yang tak baik dalam hati.
mendatangkan syak2 yang tak sepatutnya hadir.
menimbulkan rasa-rasa kurang selesa.
ana takut hilang rasa PERCAYA...

tengok gambar2 kawan2.
tengok komen2 dan perbualan orang.
Kita yang tak kenal, tak faham, hanya mampu buat2 faham and buat2 tahu apa deorang tengah buat.
hanya tinggal untuk berHUSNO DZON sahaja.


Lama-kelamaan, ana rasa tak seronok.tak seronok dengan macam-macam.

dan sekarang memang sungguh2 ana sedang mendidik hati.
mendidik hati dengan sangat.
agar percaya.
agar terus berbaik sangka.
agar tak mudah membenarkan syak2 yang dibisik syaitan.

InsyaALLAH.

tak BestNya!! *tgh rasa ni*
tak larat nak type.
Just nak kata, ana TAK SERONOK dengan kemudahan alam maya.

Ana minta maaf jika perkongsian ana ni tak banyak isi atau penyampaian yang ilmiah...
niat ana menulis malam ni, memang sengaja untuk meluahkan rasa. Nak berkongsi dengan semua.

maafkan ana yang menulis....
ana tak suka alam maya..

"..you're just like a pill, instead of making me better, you keep making me ill ."





anisah ali mendidik hati untuk percaya.

Wednesday, February 24, 2010

just some of the times i feel....


sometimes,
i just wonder...

do i deserve all this?
and the best thing to do is to be thankful,grateful and say ALHAMDULILLAH because everything given are from Him and because He wants to give.

So, Alhamdulillah.

sometimes,
when certain things happen and i don't agree...i always say to myself :


i don't deserve to be treated like this because im hakaza hakaza and i had always treated them hakaza hakaza..
*hakaza hakaza = like this and like that*

but perhaps i have forgotten that
to one person i had done good,
probably i had done bad to another without noticing..


astaghfirullah,
i regret and i apologize.


and so the best thing to do is to MUHASABAH & ISTIGHFAR... as whatever things that made us wonder are the things that ALLAH wants us to ponder.

A muslim thinks, but A better muslim reflects and make improvements.

InsyaALLAH.
Rabbuna Al-Musta'aan.

May Allah allow me His Light of Hidayah and may He keep my heart open to it. And May All of us become good muslims.. inside out.
Ameen.

Anisah Ali trying to reflect.
.

Tuesday, February 16, 2010

[ diary ] Training the heart.

sekadar gambar hiasan.by anisah.ali.

duhai hati.

janganlah lemah sangat.
kalau dulu kau boleh kuat bertahan,
kenapa tak boleh sekarang?

duhai hati.
janganlah cepat tewas.
kalau dulu kaulah jaguh,
kenapa sekarang lekas mengalah?

duhai hati.
kau tak keseorangan.
kau ada aku.
kita bangun kuat sama-sama.
kau ada aku.
dan kau ada Tuhan,
tempat paling kau bersandar.

janganlah mengeluh...
duhai hatiku.

Anisah & hati.

Sunday, February 14, 2010

Lets make 'noise' togetha!

For this entry, i need you readers to press pause on my music mixpod on your right hand side tu..and play the clips below. (hehe)

Pagi tadi ana and mas main browse2 youtube for cool and smart videos and clips until we found this one! Menakjubkan how we can make such sound effects.
TuRRbayeQ~

They studied all the noises a honda makes, and they formed a choir to make those sound effects, smarted i say youuuu...
the effect was soo good that ana rasa nak beli kereta honda civic terus! haha.
Hehe.Mmg Civic sedap pun. Smooth engine. Sedap nak cruise di highway. Should get one! =)



Nak kata all the sound effects tu tak tipu..They worked very professionally, ni rehearsal derang.



selamat menganga~
-anisah ali-

Wednesday, February 10, 2010

Huih, Panas..PANAASS.



Muka panas.
Tak rasa nak senyum.
kalau tengah makan ni, makan apa pun taktau, yang tau nak makan semua benda je.
Pastu kalau boleh, nak je sembur perasaan marah tu kat siapa-siapa.
Kalau boleh lagi, dapat budak yang buat hal tu, nak aje sembur kat muka dia..
Kan? Kan?

Bila dah marah..
kalau fikiran tak dibantu rasional akal,
jadi bagai syaitan lah ia.
hilang muslim.

Tapi bila marah dan mampu diam, ambil sejenak untuk istighfar.
InsyaALLAH,
semakin muslim lah jadinya.



Ana sebenarnya tengah panas hati.
Itu yang jadi nak berkongsi tentang marah ni.
Bahana amarah.
Akibat and risk factor amarah. =P

Alhamdulillah,
my amarah lasted for only 15 mins. and then habis. langsai.
Thanks to my ahli beit for listening to the cause of it and laughed about it.
Habis setengah pinggan fateerah kreemah ana lahap tgh tgh marah tadi! haha.


Jom fikir2kan.
Amarah.

nak kata beratnya kes amarah ni,
ianya merupakan salah satu dari bahagian-bahagian nafsu.
Al-Quran membahagikan nafsu kepada 3.
1) Nafsu Ammarah (nafsu jahat)
2) Nafsu Lawwamah (sesal yang datang selepas membuat satu kejahatan)
3) Nafsu Mutma'innah (nafsu ketenangan)

Berjayalah sesiapa yang dapat mendidik hati sebagaimana kalangan nabi dan rasul. Ini kerana mereka yang boleh menguasai hati mampu menguasai nafsu. Sebaliknya, mereka yang rosak hati menjadi tunggangan nafsu.

Mulia atau hinanya manusia bergantung kepada sejauh mana manusia boleh atau tidak mengawal nafsu. Nafsu ni satu pemberian dari ALLAH. Di dalamnya ada ilham baik dan buruk, seperti maksud firman-Nya: "Kami ilhamkan kebaikan dan keburukan di dalam hati manusia.".

So, nafsu tak boleh disuppress, maka harus dididik.
nafsu tak boleh dibuang, maka harus dikawal.

kembali pada isu amarah tadi.
Bila marah..
bertenanglah.
jangan mudah melatah.
jangan mudah nak Hangin tak sepasal.
ambil sekejap untuk bernafas sehirup dua angin sepoi-sepoi bahasa tuu. =P
kalau perlu luah. Cerita lah pada kawan / kawan2.
*yg kawan2 tu pulak jgn lagi nak jadi batu api... tenangkanlah dia*

kemudian, dah sudah luah tu.
gosok-gosok sikit dada.
fikir balik guna akal yang pintar pintas tu,
"perlukah aku marah sebab ni?"
kerana kadang-kadang prka tu takde apa pun, cuma dzon (sangkaan) kita sahaja yang beriya-iya menghasut. Syaitan kann.. si syaitan ni pun satuu...(haduii).

kalau tak reda juga, duduklah.
kalau tak juga, baring.
berwudhu lah yang paling afdhol, kerana antara hikmah berwudhu, ia mendatangkan rasa dekat dengan Tuhan.
kalau dah buat semua tak hilang-hilang jugak..
memang ana tak fahamlah kenapa panass sgt hati hang tu!! haha..takdelah.
Tidurlah.. tenang2.
Kita kan muslim.
hati orang muslim kan tenang-tenang sahaja. =)


singa ni pun nak marah..tak handsome dah.

Ingat.
Amarah itu dari syaitan.
jangan kita terburu-buru sangat dengan perasaan.
Nak ke kita kecewakan rasulullah yang pernah berpesan pada seorang sahabatnya agar "menahan marah". 3 kali rasulullah pesan. kan? haa. =)

jadilah orang yang berakal dan yang penting, MUSLIM.
dgn bahasa otainya, " Lu cool la bro pasal lu tak cepat barann.."

selamat senyum.

Anisah Ali sekadar berkongsi.

Wednesday, January 27, 2010

Tenangkan hatiku,Oh Tuhan.

Semakin hari, semakin rindu.
Rindukan rasa tenang itu.
Rindukan damai itu.

Maha Tinggi ALLAH yang menciptakan.

Yang menciptakan setiap kejadian makhluk itu tanpa cacat tiada cela.
lalu membenarkan rasa tenang hadir apabila melihat ciptaanNya.


Firman ALLAH taala dari Surah Luqman : 14

" dan kami wajibkan manusia berbuat baik kepada ibubapanya ; ibunya telah mengandungnya dengan menanggung kelemahan demi kelemahan (dr awal mengandung hingga akir penyusuan) dan tempoh menceraikan susunya iaitu dalam masa dua tahun ; dengan demikian bersyukurlah kepadaKU dan kepada kedua ibubapamu ; dan ingatlah, kepada Aku jualah tempat kembali."



Firman ALLAH Taala :
" Dia menjadikan kamu dalam perut ibumu kejadian demi kejadian dalam 3 kegelapan."
(Surah az-Zumar : 6)

* 3 kegelapan ini merujuk kepada kegelapan dalam perut, kegelapan dalam rahim dan kegelapan dalam selaput yang menutup anak dalam rahim.
* menurut ilmu embriologi, semamangnya dalam proses kejadian manusia, ianya akan diselaputi oleh 3 lapisan yang memebri pelindungan kepada bayi ; membran amnion (amnion sac) , membran korion dan membran decidua.

Seagung-agung kejadian.
Wallahu Taala a'la wa a'lam.




Anisah Ali RINDU.

Tuesday, January 19, 2010

Laut mana tak bergelora?


Tika wajah penat memikirkan dunia, maka berwudhulah..
Tika tangan ini letih menggapai cita-cita, maka berdoalah..
Tika bahu ini tidak kuasa memikul amanah, maka bersujudlah..
Ikhlaskanlah semuanya dan dekatilah ALLAH s.w.t.....
agar tunduk disaat yang lain angkuh...
agar teguh disaat yang lain runtuh...
agar tegar disaat yang lain terlempar" ♥♥♥


Anisah kongsi-kongsi.
si-ai-en-ti-ea.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...