Layang-layang kita.

Lukisan ANISAH ALI waktu tadika.Mama simpan.

Hari ni banyak angin
Hari ni angin kuat.

Aku berjalan di kuliah, terbang-terbang tudung dupukul angin.
Tengok tudung orang lain pun terbang-terbang juga.
Walaupun dah masuk musim spring, tapi sejuknya disertai hembusan angin kota iskandariah ini membuatkan aku merasa seolah-olah musim winter belum lagi pergi.

Dalam solitude aku berjalan sendiri, sambil menentang angin kuat yang bertiupan, fikiran aku mengimbas imej-imej waktu aku kecil-kecil dulu.Main layang-layang dengan adik.

Kalau kita semua ingat lagi,waktu dulu (sekarang pun masih lagi kot) permainan tu bermusim. Kalau musim batu seremban, semua orang nak main batu seremban. Kalu musim tamiya, semua orang nak beli kereta tamiya, dan bila musim layang-layang, semua orang nak ada layang-layang,Dan waktu itu, aku dan adik juga dibelikan layang-layang. Aku punya gambar Spiderman, dan adik pula gambar Superman.

Waktu aku dan adik kecik, around tadika ke darjah 1, mama baba tak dapat nak tumpu perhatian sangat pada kami kerana Kak Long sakit. Dia menghidap barah otak.Jadi, yang selalu layan kami adalah orang gaji kami, Kak Misah aku panggil dia. Dia orang melayu,orang perlis. Kak Misah lah yang selalu bawak aku dan adik ke taman permainan dekat dengan rumah kami di ampang jaya.

Asal ada angin je, nak naikkan layang-layang.Pantang berangin, mesti nak terbangkan layang-layang.Tak nak kalah dengan anak-anak jiran sebelah. Seronok bila teringat balik. Sampailah satu hari tu, layang-layang aku tersangkut pada wayar elektrik depan rumah.Aku tak reti nak ambil.Adik pun hanya mampu tengok saja.Aku pun membiarkan,pasrah.Selang dua tiga hari, layang-layang adik pulak rosak. Dua-dua tak dapat main layang-layang lagi.

Setiap hari bila lalu tiang elektrik tu, aku pasti menjenguk melihat layang-layang aku yang tersangkut.Nak minta baba belikan layang-layang baru, aku dan adik takut.Jadi kami pun biarkan aje.

Kemudian, satu hari... baba bawa kami ke kedai mahbob. Setiap minggu memang baba akan bawa kami ke kedai mahbob tu, kedai buku. Baba beli magazine dan kami akan beli stickers.
Pada hari tu, sebelum balik, tak tahu kenapa, baba berhenti di kedai sebelah kedai mahbob dan dia offer kami sambil menunjuk pada satu plastik.Plastik layang-layang! , " haa, kak ngah and adik nak tak? nak yang mana?". Aku tak ingat macamana rasa gembira aku pada waktu itu, tapi yang pasti..... sebagai seorang anak kecil, aku tahu bahawa Baba dah menggembirakan hati aku dan adik aku pada hari itu.

Dan esoknya, baba ajar kami main layang-layang.

Terima Kasih Baba. Terima Kasih Mama.
Nisa dan adik tahu, kamilah duniamu. Dan ketahuilah juga bahawa dikau juga dunia kami.

Anisah Ali menulis lagi.

Comments

shaai said…
haah..chomel zaman kanak2 dulu...sungguh chomel!
Anonymous said…
bismillah..kakyang membaca lagi..dicelah2 waktu senggang study..indah kan kerana kita punya kenangan bersama ayahbonda tercinta...nanti kita main layang2 kat pantai alex nak..?heee..apa khabar kakak nisa sekarang? syafahallah wa 'afahallah..maafkan kakyang kerana masih kurang mengenali ukhti yang kakyang kasihi ni..maaf ya jika masih ada hak2 yang kakyang tak tunaikan..nanti boleh request kat ym atau pun blog kakyang eh..moga Allah lindungan keluarga adik kakyang ni dunia akhirat..amin ya Allah..:)
Anonymous said…
salam mencelah..

rase nk meleleh air mate nih.. huhu.. love parent juge.. peace!!

Popular Posts