Monday, December 29, 2008

Bags under the eyes


E.y.e B.a.g.s

for staying up so late to cover the topics not covered earlier.
Silap siapa..Haa.. jawab sendiri.(padan muka!!)

All my YM friends list for Alex Med Batch 08 were online too...til late TOO.
And everone were on the BUSY status. Definitely busy reading,scribbling notes and stuffing each tummies with junkies. Thanks to Chibsi,Doritos,MORO and Snickers for being so yummy.

Ya Allah! Kurniakanlah kami fahaman para nabi dan hafalan para rasul serta mendapat ilham para malaikat yang hampir denganMu juga kurniakanlah kami kesihatan wahai Yang Amat Mengasihani.Terangkanlah hati kami seperti terangnya hati-hati orang yang arif.Berilah kami ilham petunjuk (kecerdasan) dan lindungilah kami dari kejahatan nafsu kami.

Tuesday, December 23, 2008

Rantai Rasa

BismillahiRahmaniRaheem.

Dalam Bilik.
Mood sekarang : Sayu dan rindu orang-orang jauh.
Mendengar : a few songs by Nitrus and Opick.

Sunnah kehidupan, tak setiap masa kita gembira,tak setiap hari kita ceria. Ada masa kita suram dan sayu.
Macam ana harini, mood ana tak seperti hari-hari biasa.Ana tak berapa nak seronok dan ceria. Buat-buat ceria boleh..tapi tak ikhlas.
Nak bercerita dengan orang pun, berfikir dua kali.
Lebih mahu bersendiri.Balik dari kuliah pun mahu berjalan sorang-sorang.
Harini hujan di iskandariah. Suhu jatuh, 16darjah harini. Memang sejuk.
Berpeluk tubuh ana jalan kesejukkan,melayan titis-titis hujan yang gugur.
Rasa macam nak balik Malaysia je,nak peluk mama, peluk maktuk. Rasanya tu saje yang boleh buat ana bahagia buat masa ni.

****
Semalam baba call, kasi bercakap dengan maktuk. Ana luah,"atuk..Nisa rindu sangat dekat atuk".. jawab atuk, "Atuk pun gitu jugee, selalu terfikir aje. Anisah belajar sungguh-sungguh sane yee". Bercucuran air mata ni jatuh. Ana rindu sangat pada maktuk (mak baba).

****
Tak tahu kenapa rasa macamni.
Mungkin pasal asyik galok je, gembira sangat dengan kawan-kawan setiap hari. Sedangkan ada peringtan : Bila gembira jangan keterlaluan, nanti esok bersedih-sedihan.

Tapi elok juga mood ni datang.Ana tenang sikit. Tak banyak bercakap.Tak banyak berinteraksi.Taknak kehadiran orang,nak dekat dengan ALLAH je.Pasal itu saje yang menenangkan.Kan?

Adanya perasaan ni pun atas izin Allah dan sesungguhnya Allah mengenali kita lebih dari kita mengenali diri kita.

Takpelah.Cukup.
Tak mahu dilayan sangat perasaan sayu-sayu ni.
Tak mahu aura sayu ni tersebar kat rumah ni.Nanti yang lain pun terasa sayu jugak.

hmm.
Apapun,ana masih ada rasa bahagia kerana ana masih ada tempat mengadu.
Tak jauh..DIA dekat. Biar ana mengadu pada DIA saje kerana ana tahu..DIA tak pernah melupakan,tak pernah menghampakan.

~ nak solat ~

Harap-harap esok ana kembali ceria.

wslm.

Rantai Rasa : anisah

Thursday, December 11, 2008

[-SPACEBAR-BERTUAH-]


BismillahiRahmaniRrahim.

This-is-a-story-about-a-girl-who-has-a-syndrome-called-'spacebar.malfunction'.
At-first-her-spacebar-was-still-okay.Only-half-side-of-the-spacebar-was-not-functioning-well..
This-girl-then-thought-she-can-repair-it-on-her-own-as-it-was-not-a-big-problem,so-she-took-a-ruler-and-poked-the-spacebar.Then-BOOM..she-damaged-the-whole-thing.And-so,Timberland-sang-"damages-done,so-i-guess-ill-be-leaving".HAHA!

NOW,She-had-to-use-the.---->'-'symbol-as-a-substitute.

-

Friday, December 5, 2008

Lawak jenaka malam ni.

Bismillahi Ar-Rahmani r-Rahim.

Aminah-aminah rumah ana berentap lagi.
Jam dah pukul 2am.
Belajar SEPATUTNYA.
Semua on the net, bukak wikipedia, cari maklumat tambahan. (bagus kan!)
Lama-lama..
Rasa nak tengok diri masing-masing ni famous ke tak..
Mula lah.

google search - Images
Type nama masing-masing.

Lala buh nama dia -Nabila Yahya. (dia type dekat-dekat)
Result :
Your search-Nabilayahya- did not match any documents.
Did you mean Nabi Yahya . ???? HAHAHA!!

Sofia pulak. Dia type nama penuh dia, Sofia Hazira.
Jeng jeng jeng..
Bukan keluar gambar dia.. Keluar gambar Lindsay Lohan! Sejak Bila?? HAHAHAHA!!

Gambar binatang pun banyak. Nama-nama binatang peliharaan rupanya. HAHA!
Setengah jam kami duk pecah perut gelak.Geli hati tengok results masing-masing.

And, after that, we came back to our senses..sedar yang banyak sangat gelak boleh menggelapkan hati. lagho-Lagho. Semua sambung study semula...

*Dah penat study, kita kene 'minum dulu'. kan? Itu lah dia antara acara-acara 'minum dulu' kami bagi menghilangkan ngantuk. =P


KITA MINUM DULU...!!




Anisah. Ahaha.

Thursday, December 4, 2008

Lawan arus. My buddy AL and I.

Anisah dan Alia.
The Rule Breakers.
Cemana kami dapat nama tu.
Senang saje.Break rules!!

Takde satu rules yang kami takpernah langgar, kecuali rules yang besar-besar lah. Hehe.
Kan Al kan??

Itu pasallah disini,rules bangunan MARA kami selalu TERlanggar. . .
Tak boleh keluar after 7pm?? Erks, TERkeluar pulak. KFC dekaat je.Takpe,Selamat. =P
Kene balik before 6pm?? Oops, sorry.. terlajak ke 8pm la pulak. =P

Outing with 'Olla , Aayah and Layla.
Our Alexandrian friends.
Bubbly.


Kabseh. Owh Heaven!!
Yes al.. The fingers.. I know you're happy with your kabseh.

Hari outing ni yang TERbalik lewat.
Sorry orang MARA.
Huh?

____________________________
______________


Alia.
My eyes.
My ears.
My rasionale.
My AL!
Ana Uhibbuk fillah!



Sunday, November 30, 2008

Smokkkiiinnnnnnn' (what i see in smokers).

I just got home form outside, went out to have a cup of tea with my friends..
I. .
smell of smoke
and its disgusting!!
My scarf, my jacket... even my pants, they're all smell of smoke!
Why?
Because everyone in the cafe was puffing smoke everywhere around us. Shisha.
Sabaaaar jelah.
I never agree with shisha, lebih-lebih lagi cigarettes.
That is not just because i don't smoke nor because its terribly unhealthy nor what not..
But primarily, because it gives a bad outlook to the smoker.
Honestly,
I don't see credibilty nor strength in people who smokes.
May he be a successful billion dollar man or let him be a macho-macho strong-badan-ketaq2 man,

Weak.Weak.
I believe in principles and discipline.
You got to have a stand! If you feel like saying NO to smoking.. Just Say it out loud !!
If you claim yourself a strong man, then BE ONE. ( i know quitting smoking/shisha is hard..but Hard doesn't mean its IMPOSSIBLE).

You know..
Its sad when you, a charismatic, macho guy walking tall with confidence degrading yourself. Spending your allowances on cigarettes/shisha just to look stupid and weak.You feel good huffing and puffing those silly sticks/shisha because you feel strong, stress-free, relieved.Well, what about those who doesn't smoke or never had smoked? I'm sure they also have stresses and pressures like you, How do they realese their stresses?? Not by smoking i suppose.What dyou think?hmm I wonder.. Oh! And the pathetic part is, you think you look good by doing so (smoking). Oh dear..Im sorry,but wheres your pride man ? ?


be wise.. i like guys..who doesn't smoke.. =)

Ana minta maaf kalau ada banyak berkasar bahasa, tak kasar pun sebenarnya.. awakorang je yang terasa. hehe. Dah ye.. kurang-kurangkanlah dan henti-hentikanlah merokok,mengshisha. Seorang yang bijaksana tidak akan menzalimi dirinya sendiri. Kalau zalim jugak, alamat tak bijaksana langsung lah tu. :P Cukup-cukup lah tu ye. Please.. Huduh tengok bila berasap tu. (saya perlu berterus terang, kalau tidak awakorang duk confident nampak macho.. tolonglah..tolong jangan perasan. Ha Ha). Ana cakap macam ni semata-mata pasal ana kisah. Bukan benci.Ya! =)

Allah dah menjadikan kita sebaik-baik kejadian, hargailah.Hargailah Allah dengan menghargai diri sendiri.

Kerana anisah kisah tentang kamu semua.
p/s : terasa ke. marah ke..nak cekik ana ke, comment lah, call ke, YM ke. hehe.. =P

Monday, November 24, 2008

Nabila & me


Ini adalah apa yang kami buat didalam library sewaktu kami sudah tiada apa-apa lagi untuk dibuat.

Nabila.. cayyalah!

Maafkan. Ha Ha. =P

The New look and scribbles.

Salamullah 'aleikum.

Ive edited and did some refreshments to this blog.
If you like this new look, Thanks, but if you prefer the previous one (which i doubt you would), do drop a comment or write something in the chatbox. Yea! :)

Anyways,
Dua tiga hari ni, rasa nak makan chocolates je. Hmm.. Siapa-siapa yang kenal ana tu tahu-tahu je lah kot kenapa ana demam chocolate ni. Tadi pergi Alfa Market, di Green Plaza (alex, egypt). Saje jalan-jalan teman aisha (angah) cari barang dia, atas shelves chocolates, ada offer lah pulak.. 2 bars for 1.25L.E only (Faqot!) . Ana beli 8 chocolate bars. LAPAN untuk ana sorang je!. Tak sempat sampai rumah, dah tinggal 4 bars. Ngehehehe.

Dan ana tak tahu kenapa, ana tak suka percaya bahawa chocolates ni menggemukkan. Jadi.. Biarkaaaaaan. Hehehehe. =P

destinasi~ku.

Sunday, November 16, 2008

BANJEER di pagi hari.

Pada suatu pagi.
Sedang rajin masyarakat rumah ini membaca buku bagi mempersiapkan diri untuk midterm exam anatomy, seorang minah telah keluar dari tandas lalu dengan tidak sengajanya melanggar drain hose washing machine rumah kami.
Sungguh comel.
Air mula melimpahi segenap kawasan ruang tamu.
Semua bangun melompat dan kelam kabut mengangkat segala barang dari terkena air.
Semua berlari kehulu kehilir mencari kain.
Semua kecuali minah.
Mana minah? Minah comel. Dia sibuk bersiap-siap untuk ke kelas.
Sungguh lucu, kerana minah maintain comel.
Pendek kata.. accident pagi tu sangat comel dan sangat kelakar.
Angaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaah. Ha Ha Ha.









Banjeeerr
-Anisah-

Saturday, November 15, 2008

anga nga nga nga ngaaa.

Angah
Daku terharu

Angah
Dikau ratu hatiku

HahaHa.

Angah
Daku kelu

kerana

Angah
Dikau keLAkAr selalu


Tssskk..
Kerepek tempeyek yek yek.. Along jauh sekejap je dengan awakorang pun along dah rindu dah. Sayang yang-yang pada sisterhood ini. Hehe.
Angah... Nantikan entry BANJEER yang bakal along post. Jeng Jeng Jeng. * sape suruh tanak tolong lap lagi... Haaa *

Owh, Angah. . Jemput makan, Apa?? Biar lebih jangan kurang?? Haaa... itu dia!
hehehe. Sayang yang-yang kat angahh.

XOXO - A.L.O.N.G

Anna and Tommy


Sobs Sobs and more Sobs
='(

I don't think i did very well in my anatomy midterm exam just now.

Having a lot of regrets now.

='(

Keeping strong.. Im keeping strong. . InsyaALLAH.




I do hope for everyone's support and most of all, Prayers.

~ O Allah, i turn to you. .
Anisah. .

dah bang. . .

Azan dah berkumandang.
Mata masih tertancap pada monitor komputer riba.
Asyik berYM dan berBlogging.
Selain dari itu, menyiapkan assignment-assignment yang sudah hampir dateline-nya.

Azan dah berkumandang.
Ada mereka-mereka yang masih tak berganjak dari tempat duduk mereka, menghadap buku, menelaah pelajaran.
Al-maklumlah examnya esok sahaja.

hmm.
Iqamah pun sudah dilaungkan....
Para jemaah sudah bangun merapatkan saf di masjid.
Mereka-mereka itu masih pada posisi yang sama. Semat.
Busy sangat barangkali....

Tapi....
Takkan untuk ALLAH pun nak busy jugak ? ?

Biar sesibuk manapun kita, jika mampu meluangkan masa untuk ALLAH biarpun sekejap,Luangkanlah. INSYAALLAH akan diluaskan juga masa-masa kita.Tak rasa sempit dan kekurangan waktu selalu. Jika kejayaan dunia dikejar-kejar tanpa mengejar Rahmat dan RedhaNya. . serupa sia-sia juga usaha kita tu. Betul tak??


Wallahu'alam.

Sunday, November 9, 2008

Pembersihan habuk di blog ini.

Hari pertama sampai Iskandariah. Perut Kosong, Balun Pasta!


Bismillahi bada'tu kalaami.

Ingin dimaklumkan, bahawasanya, Ana dan sahabat-sahabat serumah telah berjaya memasang internet dirumah. ALHAMDULILLAH.. (mai ramai-ramai bertahmid.. kalau tak boring je ana tak update apa-apa kannn.haha)

Maka dengan ini, adalah diumumkan, bahawa anisah akan cuba sedaya upaya untuk update blog, Facebook, Friendster dan Flickr nya sekerap yang mungkin demi memartabatkan nama agama dan bangsa. (haa??) Secara tidak langsung, Blog ini sudah dibersihkan sawang-sawang dan habuk-habuknya. Ye!

Walaubagaimanapun, harapan ana adalah agar kita semua dapat terus keep in touch dan dapat saling menjadi cermin antara satu sama lain.. apa yang kurang, bantu perbaiki dan yang baik jadikan inspirasi. Wallahu Ta'ala A'lam.

Makhluk itu yang aku benci. .

Agak-agaknye, boleh tak kita bunuh benda-alah makhluk yang bernama ‘mengantuk’ tu??
Tekanan aku bila aku dah persiapkan diri penuh semangat ke kelas untuk belajar,tiba-tiba makhluk ‘mengantuk’ ni datang menyibuk.
Tak mahu layan, dipaksa layan juga.
Dah tepis, dah tampar.
Dah makan gula-gula, baik yang manis mahupun yang berangin..
Ada jugak makhluk tu menyelit celah-celah mata bulat ku ini (nak jugaak).
Kenapa makhluk ‘mengantuk’ ni suka datang menyibuk? Aku bertanya …
Bertanya dengan segala rasa marah, geram, bengang dan segala rasa yang tak bagus.
Aku rimas betul dengan kehadiran ‘mengantuk’ ni. Rasa nak tembak saje dekat kepala dia (ada kepala ke?).
Aku bertambah marah bila ‘mengantuk’ ni naik lemak, datang waktu kita nak tumpu perhatian pada lecture, and pergi waktu dah habis lecture. Kurang ajar namanye!
Aku cuba halau ‘mengantuk’ ni dengan berbagai kaedah dan metode dah, namun dia terus berdegil.
Lantas, aku meminta pendapat dan pandanagn masyarakat disekeliling aku…..
Ada seorang tu kata, aku makan carbs banyak. – TAAK!-
Ada lagi sorang kata pasal tidur lambat. –Tapi semalam aku tidur awal je, makin ngantuk ade lah-
Ada lagi sorang, dia gelakkan aje. Yang dia ni memang nak kena!
Akhir sekali, aku fikir-fikir, biarlah aku layan ‘mengantuk’ ni puas2 untuk tempoh masa 2-3 minit.
Biar dia puas sedikit, aku tahu ‘mengantuk’ ni mahukan perhatian aku sahaja.
Ok… Segar semula lepas 2-3 minit. ‘Mengantuk’ hilang.
TAPI…. Aku dah terpaksa mengorbankan 2-3minit punya isi lecture!!!!
Aku yang rugi!! Bengong betul ‘mengantuk’ ni.
Itu pasal lah sampai sekarang aku berdendam dengan benda-alah makhluk ‘mengantuk’ ni.


MarAh _ nisa

Tuesday, July 22, 2008

I need you.

Ramai yang bakal kita tinggalkan..nontheless, ramai juga yang bakal meninggalkan kita.

I'll be leaving my Home soon.

My friends.

My Best friends.

My Bestest friends too.

My cats (miawi and chomeyyll).

My VROOMbastic Car (uhhh this ones the hardest!!).

My cuzzies.

My warm bed.

My second family.. Usrah group Kak Aishah. (definitely..DeFINITEly will cry everytime i think about them).

My MAKTUK!!

And the hardest (second to my car - haha!)... My FAMILY.

Sometimes i just wish that we would never have to depart, with anybody or even with anything (im thinking of my car!). Thinking that my best buddy Nihlah is getting married so soon. . honestly, i havn't had enough time spent with her. I really am going to miss the single nihlah. My witty nela! hehe. Then, my lil cuz amirah... tak puas lagi inject nilai2 islamiyah dan tarbiyah dalam dia. She's so enthusiast in all the islamic practices and shes just too adorable. Kemudian, agenda2 hangat kat malaysia lagi.. I never wana miss those!!! Hmmm.

Owh, how i wish for a lot of things to happen and not to happen.
And when we're desperate for more time..the only thing we're left to do is just to wish and pray for only the best things to happen in these few moments left. Right?

I got this one wish yea..its funny, but let me just share it with you lot.

I wish, before i leave, that i would at least receive a msg from the guy who had always have my heart, to at least say.. " ... take care and be strong." or the best line he could always use is ".. ill wait for you." (waaaah!!!! HAHAHAH! IF.. IF by any chance, he says that, I would become a specialised doc by 3rd year i tell you!! hahahaah.).

I wish a lot.. a very 'a lot' of 'A lot'. if that make sense to you. =P

And for the time being.. while listening to this melody which im putting it on auto play on this blog, (maestro- the holiday).. all i think about is to balik malaysia... jumpa everyone.Let them know how much i missed them and how im gona miss them even more later. I want to spend my time to the fullest with everyone and to also participate in a lot of good causes for The UMMAH. I have to. Ana dah tertinggal banyak, and ive to make it up to it. My contributions for this ummah is yet very tiny. (like you cant see it even if you use a microscope.. its so tiny that a bacterium seems huge like a dinosaur.. and now im exaggerating.). You know what..I want to go fight for the truth!! I want to get in line and fight for Justice!! That had always been my wishes (since i cudnt go out becoz i had been having a whole stretch of exams and tests before. =P - lame stupid excuses but they were my honest excuses before.)

Sekarang, lagu ni pun dah perlahaaan je.. emosi pun dah berubah sikit.
Sayu bila fikirkan. Tapi takpe.. Ana pergi dengan lengkah2 baru. Semangat dari semua ana bawa sebagai bekal kekuatan,mudahan dengan itu langkah ana tak terbantut di tengah jalan. Setiap kali melangkah, akan pasti ana menoleh... melihat sahabat-sahabat dan kaum kerabat yang tak pernah jemu menyokong.Tak pernah letih beri desakan agar langkah2 mujahadah ini tidak terhenti separuh jalan.Demi ALLAH,langkah-langkah ini maju kerana adanya kekuatan, doa dan sokongan dari kalian...

Awakorang,
Doa ana. Sokongan ana juga takkan putus dimana-mana untuk awakorang!! Itu janji ana! =)

Wednesday, July 16, 2008

My funny mummy.

Mama's so funny that her thoughts are funny too..
We were sitting at the dining area, Me, having dinner, Mum, reading the magazine. Then suddenly mama was making some sort of a sign language to herself. Then i asked, "Ma buat apa tu?"

She goes, " Mama tgh jawab soalan dalam magazine ni."

I, "soalan apa?"

Mum, " Dia tanya ni.. ' Would you send your parents to a nursing home?' "

Me, with a smile - i know what to expect coz mum was giving me her cheeky smile, " haha, mama jawab apa siap ada sign language? "

My Funny Mummy answered with her finger pointing at me, " YES, ONLY IF I RUN THE NURSING HOME."

Saturday, July 12, 2008

Third cut is the not-so-deep cut.

'First cut is the deepest' -they say,she sang,people agree.Hmm. But no matter how deep a cut is, a cut is still a c.u.t!! and a c.u.t always hurt.

For what they/he had done,I can try to Forget but i dont think i can simply forgive. Or maybe i can forgive, but i cant forget.. but then,if you cannot forget, isn't that the same as not forgiving? What i understand about forgiveness is that, when you forgive you'll completely forget everything about it. So, if you still remember and still thnik about the pain that he/she had caused you, guess there are still unsettled issues need to get rid of. Hey, What else can he/she do anyways.Things just doesnt work out well and life has to keep on going. Yeah life goes on but now with a lil bit of grudges,hatred and dendam kesumat for you to keep as souvenirs !?!?

Haha.

Apa-apa pun. Love hurts.You dare to love,be prepared to get hurt. Nobody can escape the excruciating pain of love. Agree?? Ya laa.. angguk2 pun jadi lah.Hehehe. (This is nodding me off.. Boring topic thou.. and i don't know WHY in heaven's name i wana write about it.)

Moral of the story :
Learn from your mistakes.Only that can make you a wise man.
Biar cinta hari ini lebih baik dari cinta semalam. [taken from the ' biar hr ini lbh baik dr smlm' quote.Hehe] * Berapa banyak cinta pulak?? Satu, cukup!! =P


withLOVEanisah.

Slap on the face.

Simple reminder.

Remember what Muhammad Al-fateh said to his fellow warriors before they launched the attack towards Constantinople and later succeeded on conquering the city..? One of his reminders was :


"..... aku risau dosa-dosa setengah daripada kamu akan menjadi penghalang kepada makbulnya doa-doa kita.Maka bertaubatlah !....."

Ive got nothing more to say other than.. Reflect! reflect and reflect!

We always take the ease and comfort we get each day for granted.We only pray when we're in need, and worse, only when we're TERRIBLY in need. But anyhow.. the point is not so much on that..But..Our akhlaq towards ALLAH, having all the sins done explicitly and implicitly and yet we keep on asking Allah for more. ~ are we not ashamed of ourselves or are we just too angelic, a descendant form heaven?~

Jika perlu paksa menangis..paksalah. Waktu solat itulah waktu yang paling baik untuk kita makin mendekatkan diri dgn Dia. He doesnt need us, But WE need Him.

Please be my mirror..
Anisah..

Wednesday, July 9, 2008

Kisah minyak yang tak habis-habis. Funny!!!

Selamat Menonton the videos.
Bak kata Dr Izzi Haji Ali, "Renung-renungkan dan Selamat Beramal!"



And this CAN happen if EVERYONE is afraid of using the transportations because of the hike in fuel prices ! Watch this vid.

What's it all about?

I use to think I had the best end of the deal.

What have i got really?
Some money in my pocket..
Some nice threads..
A fancy car . . at my disposal.
And Im Single, Unattached.
Free as a bird.
I dont depend on nobody
and nobody depend on me.
My life is my own.

But.

But.

Eventhough ive got evrything i need,
I dont have a piece of mind !
And if you dont have that...
you've got nothing!!

So..

Whats the answer?
Thats what i keep asking myself.
WHAT'S IT ALL ABOUT.?

*********

Life without missions and reasons is just as good as useless.
Know your role, and take part in the action. Be somebody to the world.

anisah


Tuesday, July 8, 2008

How come evryones getting married NOW??

I dont know how and i dont know why, suddenly everybody says they're getting married...
Im not talking about a friend or two here alrite, almost about 8 of them, I counted!!
. . and im still single.. not mingling also.. Single but NOT, definitely NOT lonely. Hehe. Have to have a backup statement to tell that im happy. HAHA.

Adding up to my shock, today i visited people's facebooks, and i found out a few of my contacts had gotten married already!! and one of them is abg Salmani (from adni). * al, remember him?? Yang kelakar tu!!*

Where was i when everyone were having crushes and relationships AND discussions ?? Suddenly dah nak kawin ni??!!? I wonder, Hmm . . Where had i been hibernating?? Alaska maybe... Ahhhaaaa.

Anyways.. Im happy for EveryOne. And i wish to attend EvEryOne's Walimah.. and i hope, you lot (whose getting married) pray for me too.. ya! Mudahan ana temu jodoh yang terbaik juga. Pejuang Agama, Penjulang kebenaran! Itu yang penting. =) Dan ana pun perlu ada semangat begitu juga.. Doakan kekuatan untuk ana.InsyaALLAH.

Selamat Kahwin lah kaliannn..
Salam Mawaddah dari ana.

Monday, July 7, 2008

Ahlul ghurabaa


Sabda Rasulullah SAW menerusi riwayat Imam Ahmad bahawa : "Islam bermula asing dan ia akan kembali asing, maka berbahagialah golongon gurabaa (golongan asing)... "

Lalu Sahabat-sahabat bertanya kepada Baginda, : "Siapakah golongan Ghurabaa ini ya Rasulullah?" Baginda bersabda : " Mereka adalah golongan yang memperbaiki keadaan yang telah dirosakkan manusia."

My dearest friends and family,
Selamat menyambut Rejab!
-
Anisah ALi-

what i call... a holiday.

Let me start with a short prayer.. For all of us.

" Bismillahi arrahmani arraheem,
Ya ALLAH, Mudahan Engkau mendatangkan seribu manfaat dan kebaikan dari setiap amalan kami hari ini, hari esok dan hari2 seterusnya. Apabila kami dalam kealpaan, mudahan Engkau memberi peringatan kepada kami segera dan janganlah Engkau membiarkan kami terus menjauh daripadaMu.Peliharalah kami, peliharalah Iman kami." Ameen~

It was a bright and shiny morning (because it was already 11am!).. i woke up with my normal 'selekeh' but ' comel' look on my face, brushed my teeth, mandi and i went down to have my breakfast. HAHAHA. Branch if you like. Mama and Rudy, my buddy cousin, was watching telly.Kak salina, my other cousin went to work already and Mummy, my aunty had gone out..i forgot where she went.

There was a whole load of clothes in the clothes basket, so i load them in the washin machine. Pour some washin powder, put some softener and press the START button. *pssshhhhhhhh* the machine started.

So, i continued myself with breakfast. i felt like having omelette for breakfast today.
- 2 medium Omega-3 Eggs
- Cheese
- Button mushrooms
- tomatoes, cubed
- Salt
- Black pepper powder.

Awwh.. marvelous...

Add some taste to it by pressing some Tartar sauce on it, Sweet chilli sauce anddd some english mustard. Yummm-yummyyyy.

Ready.. wore my slippers and had my lovely breakfast in the garden, surrounded by beautiful and colourful flowers..under the sun, ditemani hembusan angin sejuuukk kota London. To die for.. And thaaat is whatt i call... a holiday.


Having a great time, haliday-ing in UK.

The Wimbledon Final




It was SuPerb!!!
We were jumping and shouting at home yesterday.
Yet confused who we were supporting because we wanted both to win, there was no Good guy-Bad guy, Both are champions ! !

If only they can just cut the cup into two, and give both a halve each. HAHA. If only yea..

Saturday match, the Williams was Great too!!!
Its was a tennis-tennis week for us here. Haha.


Wednesday, July 2, 2008

Until i realised how short . . .

Mama and baba : Staying in london for good now.

Adik : Now in Malaysia sorting out her things, coming to London in August and study her.

Me : Returning home (malaysia) on the 26th of this month. Stay there until October (alone okaay! berJolly leerr ana nampaknye. Haha), 7 or 8 October fly to egypt. 6 years study.

_______

Yesterday, while i was folding my telekung after maghrib prayers, i suddenly realised..
How fast time flies and how little time I have left for me to spend it with my mum before i leave for egypt, and stay there for 6 years (oh dear!).
Only then i realised how important these few weeks are for me. To spend them not only for holidaying (such word??) or shopping, but to spend 'em 100% quality time with mama and baba. (and adik later when i get back home).
Before this, i was taking advantage of all the time i had, doing my own things in my own little space.. owh noooo....... need mama baba time now!!
Gona miss mama's jokes.Mama's E.V.E.R.Y.T.H.I.N.G!
Gona miss baba's pastas.Baba's temper.Baba's 'belanja' and presents AND surprises.
and im gona miss adik like hell man!!!
This 26th will be the last time i see them before.. before i dont know.. before what?? ow ya.. before i fly to london for holidays, and that should be next year June I suppose.
Dear oh dear...


Al, if you're reading this.. spend good quality time with your fam puas-puas okaay.. Kita nak pi jauh dah nii..


Need Mama Baba time!! A lot!
Luvs. Nisa

Friday, June 20, 2008

Susu is Milk

Setelah sekian.. berkurun lamanya,

Ana terasa nak minum susu semula.

Kira-kiranya saat akhir ana minum susu

adalah sewaktu kecil-kecil dahulu.

Terus melangkah ke dapur

lantas meneguk segelas susu segar dutch lady (promosi).

Kekok rasanya.

Tapi ana nikmati juga.

Setelah sekian lama

ana merasa rasa susu semula.

Thursday, June 19, 2008

Tiada matlamat menulis.

Tiada matlamat menulis *ana mengulang semula title entry ni*

ALHAMDULILLAH. Siang tadi ana telah menamatkan pengajian ana di UCSI dlm bidang, erks... bidang?? hm, dalam programme A'levels.

Tamat.Selesai.Habis.

Last paper ana pukul 2.30pm tadi dan alhamdulillah, my last paper was Okay. Saat invigilator kutip kertas exam ana, jiwa ana bagaikan meloncat-loncat.Ana rasa jiwa ana menjerit-JERIT gembira.Cuma tak terkeluar suara je. Ana dapat lihat wajah-wajah lega dari setiap orang yang dah serahkan kertas exam tadi. Senyum sampai ke telinga.
Dalam fikiran ana dah tersenarai dah pelbagai jenis aktiviti yang ana nak buat. Haha. Dan masa ni, takde orang boleh halang ana!! Ha Ha Ha (gelak evil).

Pukul 6pm tadi. Berkumpul di Adni dgn ahli-ahli usrah. Dapat jemputan jadi audience di acara final Akademi Al-Quran, di PICC Putrajaya. Ramaai orang datang. Seronok juga. Waktu pengumuman,ana puas hati bila Fakhrul Radhi dapat Juara. Hehe. O ye, muka dia mirip-mirip Faiz Khaleed sikit. Ada mirip 'org tu' pun sikit. hmm. Membuat ku berfikir sepuluh jenak. (ah, abaikan.)

Sampai rumah pukul 12.30mlm tadi. Mama tak tidur lagi, risaukan ana dan adik. (kesian mama). Lepas selesaikan solat isya semua, terus online. Dah tak payah baca-baca buku dah.. Update blog yang dah bersawang ni. Update faceebook dan friendster. Update diri dengan cerita-cerita kawan yang merata-rata. hehe. Seronok hari ni pasal dah habis exam, dan ana masih lagi tersenyum gembira kerana ana dah bebas.Hehehehehe.

Tu je cerita. Nak bagi ada entry baru je ni. =)

Nisa dah habis.
Tamat.
Selesai.

Sunday, May 25, 2008

Confuse or Confused ?

Have i told you the story about a girl who got confused and made others become more confused than her....

Nobody knows what she was confused about.

she just died before telling.


***

Im confuseddd!!!! ergh.. stop cofusing me with all your confusing acts. *and heres a manja "pleaseee" with a fake smiley-face.*

anisah.still confused.
confused about a lot.
a whole lot of things.

Monday, May 5, 2008

Gone before farewell.

I sat at the passenger seat quietly, staring out the car window.
Rubbed my chest off the sharp pain that I’ve felt since last night.
My whole body ached.Probably because of the extra exercises I did for the past few days. It was a sunny day, yet cloudy and solemn inside of me.
Everyone in the car spoke no words. Silence and grieve filled the atmosphere inside the car.

We were on our way to the Islamic cemetery in Taman Keramat.
A member of our family had passed away earlier this morning.

Troot troot, mum’s phone rang.
*Click.
. . . . . . .
“MakNgah said she passed away while she was in her night prayers this morning.Subhanallah.”
Mum’s tears continued to pour.

Subhanallah. May ALLAH grant her heaven and keep her in peace together with the syuhadaa.
She had a good death. Husnul Khotimah.
What about me later?
My turn .. will it be during my prayers too?
Suddenly my mind was intense with all the ‘what ifs’.

What if the angel came while I was procrastinating prayers?
Or what if I was in the cinema with my boyfriend?

What if I was laughing and giggling with my friends at the mall?
Or what if I hurt my mum’s feelings and before I could apologize, I die then and there?

And..
What if……. I was too blown away with this worldly life, enjoying my life to the maximum and ‘taubat’ was in the list of ‘things to do during my free time’,
and without notice death came to visit me before I could even istighfar for the sins I have done …

Would I ever be a part of the people of heaven?
Will I ever get to taste the pleasure of it?
Would I ever get the chance to meet ALLAh, let alone the Prophet SAW??
Would I ever get the chance to be with Saydatina Khadijah? Abu Bakar As-Siddiq? Umar AlKhattab? The Prophet Yusuf?

Another question occurred.
Could I bare the Jahannam??
If no, then why am I putting my life at stake by purposely doing all the maksiat, and thinking that I still have a lot of time to taubat.

Why??
Didn’t I know that death comes without warning?

*****
The car stopped. I saw a crowd of people wearing white.
Some were crying, some were just staring at the ground.
and some were reciting Yasin.
As we approached the crowd, Makngah grabbed hold and hugged my mum,
my cousin hugged my sister.
I avoided and took another step forward to look into the hole,
dad and another three men were putting down the body inside the hole.
I saw dad wiping his tears and his face red.
As the body was put down,
I tried to look for her face and I saw her…..

That was when I stopped and stared,
tears running down my cheeks…
My leg suddenly felt numb and I fell to the ground.
It was too hard for me to accept.
Reality strikes,
she was. . . . . ME.

My body ached and I remembered the last thing I did
before I felt the excruciating torture, pain of death.
I was asking Allah to save me a place in Jannatul Firdaws and let me be the angel to wait for my parents in heaven..
. . . May ALLAH answer my prayers.

****
O ALLAH.. I seek your shelter and your guidance. Don’t ever let me go astray without you guiding me through this life's maze.


- - - - - - -
Kita takda masa nak meLeka dan meLagho.
Anisah Ali.

Wednesday, April 30, 2008

Evolusi Babi

Dua pelajar pintar dari darjah 2 cerdik,Ahmad Bukhari bin Hasanuddin dan Vincent Lim Eng Sew dipanggil masuk kedalam bilik guru besar Sekolah Rendah Taman Mewah pagi semalam.
Berdiri tegak, ketakutan Bukhari dan Vince dihadapan meja Tuan Saad.
Dengan suara yang garang lagi tegas,Tuan Saad pun bersuara,

T.Saad : Hm!! Bukhari! Terangkan! Kenapa Bukhari memanggil Vincent dengan panggilan yang begitu?

Ahmad Bukhari bin Hasanuddin tunduk.

T.Saad : BUKHARI, KENAPA KAMU MEMANGGIL VINCENT ‘BABI’!!!??!

Terkejut bukhari kerana sentakan Tuan Saad.

Bukhari : Saya…. Sayaa..

Vincent mencelah dengan bahasa skemanya, mahu menjadi batu api, : Dia selalu memanggil saya Babi cikgu!Saya pun tidak tahu mengapa,Namun saya tetap menjadi kawan kepadanya.

T.Saad : Bukhari?? Benarkah? Mengapa ?? Kamu tahu tak itu sungguh biadap?! Kamu mahu cikgu panggil kedua ibubapa kamu datang menghapad??

Bukhari : Jangan cikgu….. Saya minta maaf…

Air mata bukhari mula bertakung.Ketakutan.Menggigil Bukhari.Dia tidak mahu ibubapanya tahu dia dipanggil guru besar sekolah kerana sikapnya yang dikatakan ‘biadap’ itu.

T.Saad : Ini sudah aduan kedua cikgu terima tentang perkara yang sama dari kamu, Bukhari. Sudah 2 rakan kamu yang berbangsa cina kamu panggil ‘Babi’. Sikap ini harus dihentikan dengan segera! Apakah ibubapamu mengajar kamu agar memanggil orang berbangsa cina, ‘babi’??

Bukhari : Tidak cikgu…. Ibubapa saya menididik saya dengan baik…

T.Saad : Habistu?? Kenapa kamu panggil mereka ‘Babi’?? Itu bukan sikap yang baik!

Bukhari : Saya fikir mereka babi,cikgu.

T.Saad dan Vincent terkejut. Vincent hampa kerana rakan sekelasnya sendiri membuat sangkaan yang keji sebegitu rupa.

Bukhari sambung lagi : kan.. We Are What We Eat cikgu…… Vincent kata, dia selalu makan babi. Jadi, dia Babi lah cikgu!

Tuan Saad tergelak terbahak-bahak di tempat kejadian.
Vincent merajuk dengan Bukhari selama 20 hari 20 malam.

Moral of the story, You’re fat simply because you eat fat, and so eat healthy food to become healthy!
HeHe.

Tra La La : anisah

Thursday, April 3, 2008

Karya rindu-ku


Gegar! Gegar!
Atmosfera bergegar.
Berkocak air dalam gelasku.
Bergoncang dinding bilikku.
Bergetar katil tidurku.

Hasil…
Gegaran Rindu
Tak terbendung!!

Berdegup laju jantungku.
Berdegup laju tiada tama’ninah.
Lalu ku baring.
Baring menatap langit.
Masih biru.. masih siang.

Kuhitung-hitung waktu yang panjang.
Menanti saat mentari bersara.
Menanti bulan menjelma segera.

Segera! Segara!
Segeralah mata mengantuk.
Agar segera ku tidur.
Agar segera ku mimpi.

Gegar!Gegar!
Atmosfera bergegar.
Ku mahu! Ku mahu!
Mahu bermimpi segara.
Bermimpi

Berjumpa lagi
dengan-mu.


*****

"Dan diantara tanda-tanda kekuasaanNya ialah, Dia menciptakan untukmu isteri-isteri dari jenismu sendiri, supaya kamu bersenang hati dan merasa tenteram dengannya.Dan dijadikanNya diantara kamu perasaan kasih dan sayang. Sesungguhnya pada yang demikian itu terkandung tanda-tanda bagi orang-orang yang berfikir." - surah ar-Ruum : 21

Mu'adz bin Jabal R.A reported : Rasulullah SAW said, "Allah SWT has said : 'For those who love one another for the sake of My Glory, there will be seats of light (on the day of resurrection), and they will be envied by the Prophets and martyrs.' " -At-Tirmidzi-

Monday, March 31, 2008

Empayar kekuatan.

Menjadi kuat dan menjadi kekuatan.
Perananku.
Perananmu.

Aku Harus.
Menjadi kuat.
Untuk menjadi seoarang Da'ie.

Aku Harus.
Menjadi kekuatan.
Agar Mad'uku mendapat inspirasi.

Akulah sang Da'ie.
Akulah sang Mad'u.
dan Aku perlu kuat untuk menjadi kekuatan itu.

Saturday, March 29, 2008

Aku,Samoa,Melayu dan Inteligensiaku.


Suatu petang itu.Aku menjadi bosan.Tiada apa yang layak lagi untuk aku kerjakan melainkan berbaringan di atas sofa empuk yang koordinasinya begitu enak terletak dibawah hembusan hawa dingin ruang tv rumahku.Lantas,tanganku mencapai remote tv,Aku yang kebosanan memicit butang merah ‘ON’ yang tertimbul pada remote tv tersebut. Zzziingggg.Televisyen pun hidup.Bermulalah pencarianku akan siaran-siaran yang menarik. 101,102,103. Ahh. 106,119,122. Hanya menambahkan kebosanan hidup aku sahaja. 701,501, hmm..41..1.

Erk. Terhenti aku pada siaran 411 (HBO). Tajuk : The Samoan Wedding. Menarik! Kisah orang-orang Samoa. Atau lebih familiar jika aku sebut ‘orang-orang new Zealand’ atau juga ‘All-black’.
Aku memang sangat berminat pada kelompok manusia yang ini. Orang-orang Samoa. The samoans. New zealanders (if there is such term). Bukan erti aku berminat yang gila bayang itu, Tapi aku berminat untuk mengenali lebih tentang bangsa ini. Apa yang menarik minat aku ialah.. features mereka yang berciri ketimuran. To be more precise, sangat berciri MELAYU. Tona kulit yang sawa matang, hidung yang tidak begitu mancung, mata yang sederhana besar (tak sepet, tak pula bulat).Sungguh Melayu! Sempurna.Perfect. Aku berani kata, itulah sepatutnya menjadi features orang-orang melayu yang tulen dan sempurna. (andaian aku sahaja).

Memikirkan tentang ciri-ciri melayu yang menyerlah pada kelompok kaum Samoa ini.Aku terdiam dan tanpa perlu daya fikiran yang panjang,iaitu cukup dengan satu suntikan daya refleks , minda geligaku mula beraksi.Impuls-impuls pintar mula berlompat-lompat dari satu sel saraf ke saraf yang lain,memindahkan data-data bernas ke kotak inteligensiaku.Justeru,menghasilkan idea-idea logic yang luar biasa.

Aku telah mendapati bahawa, features orang-orang Samoa in sempurna sebagai Melayu tulen. Cantik. Kacak. Tapi asal-usul mereka adalah dari New Zealand dan bukan dari Negara melayu (Boleh jadi Malaysia atau Indonesia).
Orang melayu pula, jika kita lihat sekarang. Sudah bercampur aduk rupanya. Kacukan Arab lah. Kacukan omputeh lah,dan paling ramai kita dengar, “aku darah JAWA.”, “Aku ada keturunan JAWA”. Boleh kata ramai jugalah dari kita warga Malaysia yang melayu ini berketurunan jawa.Dan bugis.Dan serani.Dan mcm2 lagi. Hatta aku sendiri pun berdarah campuran itu dan ini, dan aku tak nafi, features aku juga tidak mencerminkan seorang melayu tulen.

Maka aku pun membuat kesimpulan genius aku sendiri.

Bersandarkan features semata-mata:
Inferens 1 : 3 Ciri-ciri penting orang melayu tulen ; Tona kulit yang sawa matang, hidung yang tidak begitu mancung, mata yang sederhana besar (tak sepet, tak pula bulat)

Inferens 2 : Orang-orang Samoa memiliki 3 ciri-ciri ; Tona kulit yang sawa matang, hidung yang tidak begitu mancung, mata yang sederhana besar (tak sepet, tak pula bulat)

Hipotesis : Orang Samoa adalah orang melayu tulen.


Bersandarkan features tulen dan sedikit logic :
Jika orang-orang Samoa itu adalah orang-orang Melayu, dan orang-orang melayu adalah orang-orang jawa. Maka dengan itu, orang-orang jawa adalah orang-orang Samoa!!

Sedar tak sedar, ibuku yang sedari pagi keluar bersama adik,sudahpun lama pulang dari siar-siar mereka.Ibu menepuk bahuku yang sedang asyik menonton tv,menyergah aku dari lamunanku, “dah makan belum? Lepas ni nak baca buku!”. Aku tergelak seorang diri, menyerahkan remote tv kepada ibuku yang sudah melabuhkan punggung diatas kerusi disebelahku, dan terus bangun menuju ke dapur untuk makan.
Sambil berjalan, minda cemerlangku seraya berkata, ‘ Orang melayu kan asalnya orang-orang asli. The Somoans are originated from the aborigines too and that is why our features and theirs are alike.’.

he he he. Selamat terhibur.


Anisah nan Intelligent!! haHa

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...