Thursday, November 22, 2007

Istilah 'KOT'. Kenapa ? ?

Dia pegi kedai KOT.
Dia pegi kedai Mungkin. / Mungkin dia ke kedai.

Kenapa ‘KOT’ ?
Apa sebenarnya maksud perkataan ‘KOT’ tu yang kita sekarang guna sebagai ganti kata ‘mungkin’ atau ‘barangkali’.?
Siapa yang mula-mula memperkenalkan perbendaharaan kata ‘KOT’ tu?
Dan sejak bila yang semua orang mula guna ‘KOT’ ni.?
Seronok sangat ke guna kata ‘KOT’ dari guna kata ’Mungkin’?
Apakah skema sangat ke kalau guna ‘Mungkin’ selain dari ‘KOT’?

Saya bukan nak menjadikan ini satu isu,tapi sekadar menjadi tanda tanya sahaja tentang penggunaan istilah ‘KOT’ ni dan bagaimana ia boleh menjadi “minat” bagi orang ramai dalam menggunakannya.

Bagi saya,ada beza apabila seseorang itu menggunakan istilah 'KOT' dengan 'Mungkin'.
Lihat ya, Jika saya bertanyakan seseorang tentang sesuatu seperti contoh,

Anisah : “Nina, ada Nampak Salman tak ? Tadi ada, ni dah hilang pulak. .”
1- Nina :“ Ha’ah, mana entah. . dia kat toilet KOT. “
2-Nina :“ Ha’ah, mana entah. . Mungkin dia kat toilet. . “.

Jika kita lihat jawapan Nina yang pertama, bila dia menggunakan kata ‘KOT’ tu, bunyi macam dia tak tahu apa-apa langsung tentang si Salman, dan andaian yang diberi ( dia kat toilet KOT) bunyi macam dia belasah je semata-mata untuk kasi kawapan yang lebih informatif. Konklusi : Nina 1 nampak tak tahu apa-apa dan biasa saje.

Tapi,cuba lihat jawapan Nina yang kedua.Dengan menggunakan kata ‘Mungkin’, jawapan nya lebih Nampak macam ‘she knows what shes saying’.Biarpun dia tak tahu menahu tentang si salman tu, tapi kerana jawapannya yang bunyi lebih matang membuatkan dia dilihat seperti dia Tahu. konklusi : Jawapan Nina 2 membuatkan Nina 2 nampak lebih intelek. (bagi ana).

Makanya disini, pemilihan penggunaan istilah oleh seseorang itu mampu mengubah pandangan orang lain terhadap dirinya. Tidak semestinya ia membuatkan seseorang tu nampak terlalu skema dan 'tight', tapi ia lebih mempamerkan diri seseorang yang lebih matang dalam memilih bahasa, juga mempamerkan level inteleknya. Betul ?? Ini baru kisah penggunaan istilah ‘KOT’ dan ‘Mungkin’ saje. Belum kita bualkan lagi tentang amalan menjawab ‘Tak Tau’ dengan ‘Kurang pasti’. . (tu dah boleh nilai sendiri lah kan.)

Apa-apapun,Itu hanya pendapat dan pandangan saya. Kalian juga pasti ada pandangan yang berbeza. [silalah tinggalkan comment-comment anda yang bernas!!].Sebelum saya terlupa,nak pesan. Tak salah dan tak hina jika dilabel sebagai skema asalkan kita dapat dilihat sebagai lebih matang dan lebih intelek. Betul ?? Reputasi tu penting, dan sangat penting bagi saya ! Lagi-lagi bila kita nak jadi Muslim yang Hebat. Serba serbi kena hebat. Kan?? Bahasa melambangkan bangsa. A g a m a juga!

- He He He -

Anisah : SkeMa

1 comment:

Tuan Azmil Abdullah said...

Aiseh, takde orang yang komen lagi? Seme tengah bz, KOT :P

Kot tu adalah bahasa pasar, mudah nak sebut, tak banyak suku kata. Mungkin tu adalah skema bahasa, digunakan dalam ayat-ayat jawapan soalan peperiksaan.

Kalau kita boleh guna perkataan "Dah" maka dengan sendirinya KOT pun boleh digunakan.. cuma tepat tak tepat tu je..

Kot pun biasa digunakan sebagai ayat cover line. Mungkin tidak sekali-kali mampu membawa makna, maksud dan pengertian setepat perkataan KOT tersebut.

Maka dengan ini, berakhirlah komen saya berkaitan perkataan KOT.

Kot.. hahaha

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...